31 January 2011

Jika Meninggalkan Solat..

 6 balasan semasa hayat di dunia :-
Hilang berkat umur seseorang.
Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
Keluar roh tanpa Islam.

3 siksaan semasa sedang nazak :-
mati dalam keadaan yang hina dan aib.
mati dalam keadaan teramat lapar.
Mati dalam keadaan yang teramat dahaga

3 siksaan semasa dalam kubur :-
disempitkan kuburnya
dinyalakan api didalam kuburnya
dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.

Begitulah balasan dahsyat yang amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
 
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Petua Terkena Gigitan Hama atau Tungau

Petua 1: 

1. Ambil minyak cap kapak ataupun minyak kayu putih.
2. Kemudian, sapukan minyak tersebut pada bahagian yang terkena gigitan hama ataupun tungau.

Petua 2:

1. Ambil sedikit kapur sirih (kapur makan).
2. Kemudian letakkanlah kapur pada bahagian yang terlibat.



Petua Halau Lipas

Daun pandan boleh menghalau lipas yang tinggal dalam kereta, kabinet di dapur atau almari pakaian. Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat yang didiami lipas.

Petua Menghilangkan Bau Hapak Baju

Letakkan beberapa  helai daun pandan ke dalam almari anda. Daun pandan boleh menghilangkan bau hapak baju yang berada dalam almari.  Anda akan dapati baju dan lain-lain pakaian akan berbau wangi.

Petua Untuk Menidurkan Anak

Kanak-kanak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.

Berikut petua untuk menidurkan anak:

* Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi
Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

* Tidurkan Waktu Dia Mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

* Cahaya Mentari Sebagai Loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

* Persekitaran Tidur Selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

* Persekitaran Yang Selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

* Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

* Tetapkan Rutin Tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

* Jangan Abaikan Tidur Petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

* Makanan Yang Betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan ‘kuasa’ berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

* Aktiviti Fizikal Penggalak Tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

* Gangguan Lain
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.




Petua Memulihkan Suara Serak

Petua 1

1. Sediakan 2 biji bawang besar.

2. Basuh dan buang kulitnya dulu.

3. Kemudian, tumbuk atau kisar bawang besar tadi sampai hancur.

4. Lepas tu, tapiskan airnya ke dalam cawan atau gelas.

5. Anda minumlah ia dalam sukatan 3 sudu besar.

Dalam sehari, buat 2 kali minum. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.


Petua 2

1. Ambil beberapa biji limau nipis.

2. Basuh limau nipis dan kisarkannya dengan mencampurkan sedikit air.

3. Apabila sudah hancur, panaskan bahan yang telah dikisar.

4. Tujuan memanaskan bahan tadi adalah untuk anda sedut wap yang terhasil melalui mulut. Sedutlah beberapa kali untuk memulihkan suara anda yang serak.


Petua Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah

Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.


DOA Untuk Melamar Wanita

Bila mana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur. Kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda diterima.

Doa Nurun Nubuwwah
Ertinya: “Ya Allah, Zat Yang memilikikekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku, kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir.

Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”.Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”



Petua Menghilangkan Warna Baju Luntur atau Turun

Ambil air panas dan campur dengan perahan air asam limau. Letakkan sedikit serbuk pencuci. Rendam baju putih yang terkena warna selama 1 hingga 2 jam. Kemudian cuci dan bilas seperti biasa. Warna yang yang melekat pada baju putih akan hilang. Walaupun tidak sama seperti warna asal, tetapi tompok-tompok warna  yang luntur dapat dihilangkan.

Petua Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.

Petua Menghilangkan Kelemumur

1. Ambil kangkung yang masih segar dan bersihkan. Rendam kangkung di dalam besen berisi air yang mencukupi untuk membasuh kepala anda. Selepas direndam semalaman, cuci kepala anda pagi esoknya. Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

2. Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu tapis dan sapukan air itu pada kepala. Biarkan seketila sebelum dibilas dengan air biasa.

3. Ambil 10 helai daun bunga raya, 4 helai daun limau purut, 3 kuntum bunga (kenanga, cempaka, mawar) dan sedikit air limau nipis. Ramas semua bahan sehinga berlendir. Lumur di atas kepala dan biar 15 minit sebelum mencucinya.

4. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, sapu pada seluruh kulit kepala sambil mengurut-urut kulit kepala.



Petua Hilangkan Tahi Lalat di Pakaian

Campurkan secawan cuka dengan setengah baldi air. Rendam pakaian yang bertahi lalat ke dalam air cuka tersebut semalaman. Keesokannya, cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

Petua Untuk Hentikan Muntah-Muntah

Jika anda mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana, anda boleh mencuba untuk amalkan petua ini.

1. Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
2. Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah.
3. Hindarkan diri dari wangian
4. Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
5. Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon atau minum jusnya
6. Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang atau orang di sebelah.


Petua Halau Semut Di Rumah

Petua 1:
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2:
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3:
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4:
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5:
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 6:
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


29 January 2011

RESEPI SIAKAP KUKUS KUAH TUMIS

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap (bersihkan)    
1 sudu kecil minyak bijan
150 ml air rebusan ayam 
Garam,gula dan lada sulah secukup rasa


Bahan Kisar:
10 gm halia
10 gm bawang merah 
10 gm cendawan hitam
15 gm taucu

Cara Menyediakan:
1. Ikan dikukus sehingga masak
2. Satukan kesemua bahan kisar. Kacau perlahan-lahan di atas api perlahan sehingga menjadi pekat.
3. Masukkan air rebusan ayam, garam, gula dan lada sulah.
4. Akhir sekali tuangkan di atas ikan dan hidangkan.


RESEPI BAKSO..NYUM2..

Bahan-Bahan:
½ kg daging cincang
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur

Sediakan:
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais

Cara Penyediaan BAKSO:
Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah Bakso:
Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Sajian:
Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.

Petua Halau Tikus

Dapatkan dahan pokok durian belanda dan letakkan di bahagian tersembunyi atau di tempat yang sering ada tikus. Pasti tikus akan hilang dari rumah anda.

Petua Menghilangkan Parut Jerawat

  • Ambil sedikit madu dan campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak sejuk tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan 1/2 jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 4 kali seminggu.

Petua Menghilangkan Jerawat Batu

Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras dan tumbuk hingga halus. Campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur 4 kali seminggu. Jerawat batu anda akan hilang.


Petua Untuk Wajah Berseri

1. Jika anda ingin wajah berseri, sesekali mandi bunga dengan mencampurkan 7 jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling baik untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.

2. Hampas kelapa boleh digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.

3. Anda juga boleh amalkan beras pulut. Goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap, gosok pada bahagian bermasalah. Bagi mengelakkan kulit kering,  sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.

4. Bedak sejuk daripada beras juga sangat berkhasiat untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya, beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.

5. Ambil buah tomato dan kisar sampai halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Seeloknya, amalkan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah lebih kurang 1 jam atau lebih, cuci muka anda dengan air suam. Buah tomato juga elok untuk membersihkan kulit.




Petua Untuk Memahami Hati WANITA

Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya
dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan
kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara  hatinya berbanding akalnya.

Dia cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.



Petua Kukuhkan Ikatan CINTA

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat. Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.
- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


Petua Menangani Lemah Syahwat

Bahan:
a. 3 biji telur ayam kampung
b. 5 ulas bawang merah
c. 5 ulas bawang putih

1. Pukul kesemua telur ayam kampung hingga rata atau kembang.
2. Manakala bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.
3. Setelah bawang tadi halus, perahkan ia untuk mendapatkan airnya.
4. Kemudian, masukkan air perahan bawang ke dalam telur yang telah dipukul rata.
5. Kacau atau pukul sekali lagi campuran telur ayam kampung dan air bawang agar ia sebati.
6. Apabila campuran sudah sebati, kukus ia sampai setengah masak.
7. Akhir sekali, makanlah telur kukus tersebut.
Amalkan petua ini setiap hari selama sebulan.