23 June 2012

Kalaulah,,

Andai Lelaki Tahu... 

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Dugaan Semasa Bertunang

Dugaan Semasa Bertunang?

Kerap benar kita mendengar cerita mengenai dugaan bertunangkan? Apasal plak aku dok cerita pasal dugaan bertunang ni ya ? Sendiri mau fikirlah ya… Benarkah bila bertunang banyak dugaan… Rasanya ya… Tapi semuanya terletak pada diri sendiri jugak macam mana nak jaga sesuatu hubungan tu kan. Syaitan tu hanya menunggu masa je nak menghasut dan sesatkan manusia terutamanya dalam melakukan ibadat ke gerbang perkahwinan ni.

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.


  1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi. 
  2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian. 
  3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. Duit ntah dibelanja ke mana. 
  4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala. 
  5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.
  6.  Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.

Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

  1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah. 
  2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. 
  3. Bersabar sentiasa. 
  4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua. 
  5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda. 
  6. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan. 

Akhir kata, dugaan bertunang akan dirasai oleh semua orang, cuma yang membezakannya sama ada kecil atau besarnya dugaan tersebut. Kita pula haruslah pandai mengawal keadaan kalau timbul sebarang masalah di kemudian hari. Sebelah kaki da melangkah, tinggal sebelah lagi untuk memasuki alam perkahwinan. Maka, pertahankan dan bersabarlah atas dugaan yang diberikan. :)

Doa Memulakan Hari


"Ya Allah ! Ya Tuhan kami,
Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni
kami.”

“Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.”

“Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus
hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah.”

“Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim!
Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!”

“Ya Allah Ya Robbul Alamin !
Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat- sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.”

“Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.”

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini iaitu tercapai objektif atau matlamat pekerjaan,mendapat kemenangan terhadap musuh, mendapat cahaya memberi petunjuk ilmu dan pekerjaaan, mendapat berkat kemurahan rezeki yang halal lagi baik, mendapat hidayah agar tetap mengikut petunjuk dan menjauhi hawa nafsu dan aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan yang ada pada hari ini dan segala kejahatan yang ada selepas hari ini."

KU ADA KAMU


Kau dan aku
Dunia kita berbeza
Perbezaan antara kita terlalu ketara
Namun perbezaan itu mengukuhkan lagi percintaan kita


Kau dan aku
Kita saling melengkapi
Disetiap kali aku terjatuh dan pilu
Kau sentiasa memberikan semangat untuk aku
Tapi semuanya itu dulu

Kau dan aku
Antara kita jarak kini memisahkan
Aku di pantai timur kau pula di pantai barat
Namun tidak pernah sesekali aku lupakan

Kau dan aku
Antara kita tercipta 1001 kenangan
Yang tidak mungkin aku lupakan
Kerana ia anugerah terindah yang Allah berikan

Kau dan aku
Kita semakin matang dalam menilai kehidupan
Semakin matang dalam membuat keputusan
Kerana masalah telah mematangkan fikiran

Kau dan aku
Kau harus tahu
Kau sentiasa ada aku di sisi
Walaupun kini kita jauh beribu batu
Namun kau tetap kuingati

Kau dan aku
Aku tahu kini aku hanyalah persinggahan
Namun tidak bermakna terputus percintaan
Kerana percintaan ini terlalu indah aku rasakan

Kau dan aku
Aku rindukan kau yang dulu
Kau yang sentiasa mengambil berat akan diriku
Namun semuanya telah menjadi debu
Di bawa angin lalu

Kau dan aku
Kita cuma pelakon di pentas dunia ini
Tiada apa yang kekal abadi
Kecuali Allah Rabbul Izzati
Jadi bersyukurlah atas apa yang dimiliki


Yang aku harapkan semoga ikatan percintaan ini tidak akan pernah putus walau sesulit manapun keadaan kita kini. Semoga Allah merahmati perhubungan ini. Doaku sentiasa mengiringimu wahai kekasihku.

KATA AKU UTK KAU

"Kalau kau adalah taman,
izinkan aku menjadi rama-rama yang terbang riang di ruang itu,
Kalau kau adalah lautan,
Izinkan aku menjadi karangan yang indah menghiasi di dasarmu,
Kalau kau adalah langit membiru,
Izinkan aku menjadi pelangi yang mewarnai di kakimu,
Kalau kau adalah komputer,
Izinkan aku menjadi harddisk untuk menyimpan segala datamu,
Kalau kau adalah sebuah kompas,
Izinkan aku menjadi jarum yang sentiasa memandu arahmu,
Namun, kau adalah seorang manusia,
Yang punya hati dan juga perasaan,
Yang punya kehendak serta keinginan
Yang punya hasrat serta impian,
Maka, izinkan aku untuk menadi pendampingmu,
Menjadi penjagamu,
menjadi temanmu,
menjadi pendegarmu,
menjadi suri dalam hidupmu
untuk satu waktu yang kekal selamanya
kerana
Bby sgt sayangkan B"


dan kata kau pula kepada aku

"Kalau aku menjadi taman,
takkan ku izinkan kau menjadi rama-rama
tapi aku mahu kau mejadi puteri di taman yang indah berseri,
Kalau aku menjadi lautan
takkan aku izinkan kau menjadi karang
tetapi aku mahu kau menjadi ratu yang menguasai lautan yang luas terbentang
kalau aku menjadi langit
takkan aku izinkan kau menjadi pelangi
tapi aku mahu kau menjadi bidadari di langgit yang membiru
namun aku hanya manusia
yang aku mahu adalah kau menjadi
teman, sahabat, kekasih, suri dalam hidup aku
untuk satu waktu yang kekal selamanya"

kerana aku percaya kau begitu menyayangi aku
dan pastinya
NaZeErA eDoRa juga terlalu menyayangi AffRiZaL MohaMed


aku terus-terusan senyum bahagia

p/s: syukur Ya ALLAH atas kurnian-Mu yang indah ini..

SIAPA IMAMMKU?


dalam hidup..tak lengkap kalau tiada pasangan..setiap manusia sudah ditetapkan pasangan untuknya..tapi apa yang kita cari pada perhubungan tu? apa maksud berkahwin untuk mencari keredhaan Allah? aku spesifik kepada perempuan..kerana aku tau apa yang aku nak dalam sesebuah perkahwinan dan perhubungan tu..

aku mahukan imam yang boleh membimbing imanku
aku mahukan imam yang boleh mengimamkan solatku
aku mahukan imam yang memimpin aku menuju ke jalan Allah
aku mahukan imam yang memberikan aku kasih sayang yang tidak melebihi kasih sayangnya terhadap Allah
aku mahukan imam yang boleh menerajui keluarga
aku mahukan imam yang boleh aku berkongsi suka duka bersama
aku mahukan imam yang memahami aku
aku mahukan imam yang boleh aku hormati

bukan duit ringgit yang aku kejarkan
bukan pangkat darjat yang aku nantikan
bukan rupa molek yang aku harapkan
aku hanya mengharapkan seorang imam dalam hidup aku yang boleh membimbing aku dan boleh mengetuai aku untuk meneruskan hidup
setiap suami adalah imam kepada isterinya

kalau nak kahwin..rata2 golongan masyarakat akan memandang akhlak seorang perempuan..tapi pernahkah terfikir..dalam soal jodoh..seorang bakal suami lah yang sepatutnya mempunyai akhlak yang baik dan berkemampuan untuk mendidik seorang bakal isteri? sebuah kereta akan mengikut haluan yang dipilih oleh pemandunya..

 

**aku tak perfect..tapi aku sentiasa mengharapkan seseorang yang datang, mampu mengajar dan membimbing aku untuk menjadi yang solehah :)

15 June 2012

AKU TIDAK SEMPURMA MAKA , BIMBINGLAH AKU..

Aku tidak sempurna....

   Seandainya seorang gadis yang lemah lembut dan terlalu baik adalah pilihanmu
   Maka aku bukanlah orangnya
   Kerana kau tahu sikap ku yang tidak seperti yang kau inginkan sebagai isteri
   Aku tidak cukup sempurna untuk menjadi isterimu
   Telah berkali-kali aku cuba berubah untuk menjadi yang terbaik
   Tapi sifat dan tingkahlaku ku tetap begini
   Semoga kau bertemu dengan pilihan hatimu
   Yang menjadi dambaan kasih
   Melayari bahtera bersamamu
   Ingin sekali aku pergi jauh darimu
   Membawa diri yang terluka
   Kerana menyintaimu
   Namun semakin cuba aku melarikan diri
   Semakin sukar untukku pergi
   Seolah-olah ada yang mengikatku
   Lalu aku mohon pada Allah agar sentiasa diberi kekuatan
   Di beri petunjuk & hidayah
   Agar segala perasaan hati sentiasa tenang bersamamu
   Walau untuk seketika
   Namun aku pasti akan tetap ada sirna cinta antara kita
   Sesungguhnya KAU MILIKKU