10 October 2013

LIST KEPERLUAN MY BABY

Assalamualaikum. Tajuk macam tak boleh nak poyo lagi. hehe. Dalam banyak-banyak entry nak buat, entry kali ni paling excited nak type. Yelaaaa, dulu selalu tengok mummy to be yang lain busy update checklist keperluan baby. Tapi masa tu baca pon gitu-gitu je sebab belum sampai masanya lagi nak beli. Haaaa sekarang ni, gigih buat checklist nak beli ape laaa tu laaa. Pening rupa-rupanya @__@ Nak-nak ni adalah 1st pengalaman mengandung dan 1st baby. Haruslah excited dan haruslah semua barang-barang baruuu.hihi.  
Sekarang ni masih dalam proses kumpulkan info barang apa nak beli and yang betul-betul penting untuk baby lahir nanti. Kalau nak diikutkan semua benda nak beli. Tapi, biasalaaa kena fikir betul-betul nak beli barang apa je yang betul2 penting sebab baju-baju baby yang cinonet tu ponnnn sekarang mahal.Lagi mahal daripada baju orang dewasa ni. 
Dah boleh start dah ni.Yeayy. Puas tunggu.  Dengan preparation yang ala-ala suam kuku ni, hari-hari berdoa supaya janganlah bersalin awal. Ye rrr, kang maunya tak sempat nak beli barang apa-apa. Tapi dalam senyap-senyap, berjaya jugak rembat beli sikit-sikit macam bedung, tilam bayi, baju-baju bayi (2-3 helai je dulu.hihi).

 Sekarang :) 53 kg daripada 43 kg.
Ok laaa tu nampak jugak perubahan nombor yang naik. huhu.


So, seperti yang dijanjikan, nillah antara barang-barang keperluan yang zeera refer dekat blog-blog mummy to be yang lain. Copy paste terus kt blog diorang untuk buat refer. Korang nak refer pon takde hal.Yang penting ingat satu je, beli ikut keperluan bukan kehendak ok! (geli je nasihatkan orang, tapi diri sendiri pon banyak yang beli lebih kepada kehendak..wakaka).
Baby [PAKAIAN]
1- Baju harian @ siang-baju seluar pendek dan lengan pendek..baju lubang2..dan singlet jugak
2- Baju malam @ tidur-baju malam selalu nyer beli lengan panjang dan seluar panjang
3- Romper dan Jumpsuit
4- Baju jalan2
5-Mittens & Booties-yang ni kalau boleh beli lebih sikit sebab baby baru lahir ni kena pakai byk sarung tangan dengan stokin kaki.
6- Bonnet @ topi
7-Sapu Tangan- beli yg 100% cotton supaya kulit baby tak melecet..
8- Bib- mula-mula rasa macam taknak beli, tapi tengok ada baby yang minum pakai botol dan susu meleleh2 kene baju..jadi terus rasa tu salah satu keperluan jugak kot. .
9- Barut-yang ni penting untuk baby.
10- Bedung- haaa yang ni banyak gilaaaa beli! haha. taktaulah kenapa, maybe sebab rasa comel sangat. Harap2 nanti baby nak laa kena bedung.



Diapering


1-Napkin- dah terbeli sebenarnya brand Pureen. beli 1 pack je, kalau guna pon mungkin untuk bedungkan baby je atau sebagai backup.

2-Diapers @ Lampin pakai buang- setakat ni survey-survey ramai yang suggestkan beli brand Mamy Poko atau Pet-Pet. Ramai yang cadangkan beli lebih sikit sebab baby awal-awal banyak kali "poopoo".hehe.
3-Wet Tissue
4-Changing mat- untuk lapik kat tilam baby supaye tilam tak mudah kotor biler baby u'uk atau tetiber terkencing mase bukak baju dia.

5-Baldi dan bakul untuk Lampin/baju kotor
6-Detergent khas pencuci baju


Baby Care dan Grooming

1-Bedak Bayi

2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil) -jenama Johnson&Johnson
4-Putik Kapas (Cotton Bud)
5-Pengepit Kuku (Nail Clipper) - beli khas kecik tuk baby..
6-Minyak Telon-nak beli minyak yuu yee sebelum ni..tapi ade dengar minyak tu tak halal..biler kite was was kite tak ley guna..jadi nak carik minyak telon pulak
7-cotton ball
8-Nappy Cream-beli kot2 montot baby nanti tak sesuai pakai diapers dan tumbuh ruam

Nursering [keperluan tidur baby]

1-Set Tilam
2-Baby Cot
3-Kelambu[mosquito net
]


Feeding

1-Botol dan puting susu saiz S - maybe akan beli jenis Tommee Tippee
2-Bottle Sterilizer
3-Berus Pembersih Botol
4- Penyepit Botol
5- Nipple Cream
6-Nursing Pad Washable
7- Nursing Pad Disposal
8-Breast Pump
- -belum beli lagi.
9-Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] 
10- Nursing Pillow
11-Nursing Bra
12-Termos


Travel

1-Beg Baby
2-Baby Warmer for Bottle-warmer ni penting tuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais.ade orang suker rendam pakai air suam jer..
3-Baby carier

4-Stroller- maybe akan beli selepas bersalin nanti.
5-Nursing cover-senang kalau kene BF kat public.boleh cover.
6-Car seat

Bathing


1 Tuala baby
2 Besen Mandi[Bath Tub
3 Toiletries set
Keperluan berpantang 

1 Set jamu
2 Tungku
3 Tuam/tungku baby-ramai yang cadangkan beli tungku atau tuam baby ni untuk kembung perut
4 Baju sejuk
5 Kain batik-mintak kat mak je sebab mak ialah peminat tegar kain batik! haha.
6 Stokin
7 Nursing bra
8 Maternity Pad
9 Tuala mandi
10 Breast pad
11 Tukang urut
12 Bengkung
13 Air Zam-zam / selusuh

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Mainan baby
3 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
4 Hanger
5 Almari laci baby-untuk pakaian dan keperluan baby



Dannnnnn yangggg paling pentingggg,  produk yang penting dan wajib zeera sediakan awal-awal untuk keperluan bersalin nanti ialah produk dari Dunia Herbs iaitu Losyen Pati Mustajab.

Nak lebih jelas, ni antara kelebihan-kelebihan Losyen Pegaga :-
  • membakar lemak dibahagian sensitif (dagu,lengan,peha)
  • Losyen ini bersifat sejuk dan menjaga struktur kulit.
  • Mengandungi vitamin A, dan C, protein dan zat besi
  • Mencerahkan tempat tertentu (celah ketiak, peha dan siku)
So far, memang sesuai sangatlah zeera nak guna losyen pegaga ni masa lepas bersalin nanti. Lagi2 tang bakar lemak and cerahkan bahagian2 tertentu tu. 
 
Ok..daaa...see you in next entry!  x.o.x.o