12 January 2011

Info Cirit-Birit Kanak-Kanak

Cirit-birit terjadi apabila terdapat penambahan pembuangan najis berbanding biasa. Najis mungkin dihasilkan dgn lebih kerap, kurang berbentuk malah berair. Cirit-birit pada kanak-kanak boleh disebabkan oleh berbagai sebab. Sewaktu sakit, ia mungkin terjadi apabila terdapat radang pada lapisan usus, yang mempengaruhi penyerapan nutrien dan cecair oleh badan. Malah pada sesetengah jangkitan usus, usus mungkin membebaskan cecair dari menyerapnya.

Kebanyakan jangkitan akan sembuh sendiri selepas 3 hari ke seminggu. Pada kanak-kanak yang sihat, cirit-birit mungkin disebabkan oleh saluran usus diisi terlampau banyak makanan. Sebagai contoh, apabila kanakkanak makan berlebihan di sesuatu majlis. Cirit birit yang kronik atau berulang mungkin terjadi pada kanak-kanak yang menghidapi alahan pada sesuatu jenis makanan, ketiadaan enzim atau lain-lain keadaan perubatan yang tidak berjangkit. Bagi mengurangkan risiko cirit-birit disebabkan oleh jangkitan, makanan dan kebersihan diri merupakan faktor yang paling penting. Seseorang yang menyediakan makanan patut membasuh tangan mereka dengan sempurna sebelum menyediakan makanan. Kanak-kanak perlu diingatkan untuk membasuh tangan sebelum makan dan paling baik adalah mereka patut mengurangkan berkongsi peralatan terutama sewaktu di pusat penjagaan atau persekitaran sekolah.

No comments:

Post a Comment