a. Ingin Melenyapkan Kemarahan - Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan atau kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi dia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.
b. Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.
c. Dengki - Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
d. Saja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada menafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurau senda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.
e. Menghina Orang - Iaitu menganggap hina, rendah atau lemah terhadap orang lain. Ini disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.
No comments:
Post a Comment