25 January 2011

Koleksi Petua Memasak

Ikan Goreng Tidak Hanyir
 1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan. Kemudian masukkan ikan, gaulkan dengan garam. Goreng ikan seperti biasa. Ikan tidak  hanyir walaupun telah sejuk.
2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan dan perapkan beberapa minit. Seterusnya goring ikan seperti biasa.

Menghilangkan Rasa Masin dalam Gulai
Untuk menghilangkan rasa masin,  ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan dan masukkan ke dalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian, masukkan hampas yang berikat tersebut ke dalam periuk yang berisi gulai, Biarkan beberapa minit sebelum diangkat.

Cara Memasak Air dengan Cepat
Untuk memasak air dengan lebih cepat, masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air. Kemudian masak. Air anda akan masak dengan lebih cepat.

Mengelak Daripada Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang anda masak mentah, jangan padamkan api. Buka tudung periuk dan tudung dengan plastik, Kemudian tudung semula dengan tudung periuk. Tunggu selama 6 minit, Nasi akan masak.

Untuk Mempercepatkan Kacang Hijau yang Direbus Kembang
Untuk mencepatkan kacang hijau yang direbus kembang, masukkan 1 atau 2 sudu minyak masak ke dalam rebusan kacang tersebut dan lihatlah hasilnya. Anda tidak perlu tunggu lama untuk kacang tersebut kembang.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak.

Jika Nasi Hangit
Biasanya kita memasak nasi menggunakan periuk elektrik. Namun ada ketikanya cara lama juga digunakan. Untuk mengatasi masalah nasi hangit, ambil segelas air dan masukkan gelas yang berisi air tersebut ke dalam periuk nasi. Biarkan selama 10 minit. Kemudian angkat gelas,

Merangupkan Ayam Goreng
Selalunya ayam yang digoreng tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.

Menyedapkan Sambal Sotong
Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya. Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.

Melembutkan Donat
Untuk melembutkan donat, campurkan 2 atau 3 biji ubi kentang yang telah dilenyekkan ke dalam tepung bancuhan. Donat akan menjadi lembut dan sedap rasanya walaupun sudah sejuk.

Elak Ikan Goreng Melekat pada Kuali
Semasa memanaskan minyak dalam kuali, bubuhkan sedikit garam pada minyak tersebut sebelum masukkan ikan.



No comments:

Post a Comment