Apabila suami berubah sikap, misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda, apatah lagi memupuk kasih dan sayang, si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat tegur, agar dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha, mungkin akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya.
Memang benar apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar. Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu kata orang, wang membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan. Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak. Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.
Tetapi ada juga kes yang mana apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Kalau isteri membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan si suami memukul atau mendera si isteri. Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh di sudut hati pasti mempunyai belas kasihan.
Apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment