Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa- apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
Hantu Langsuir
Dia suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tidak pun tunjuk cermin muka pada hantu ini. Pasti dia tersipu-sipu malu.
Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia takut.
Hantu Galah
Hantu ini yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tidak perasan kita ada di situ.
Hantu Jerangkung
Dia ada kulit tetapi nipis. Tinggal rangka saja dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

No comments:
Post a Comment