1. Duduk Secara Betul
Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda berkeyakinan dan bertenaga. Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.
2. Ambil Berat Kesihatan Gigi
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi. Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan. Jadi beruslah gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun
3. Ketawa Penawar Duka
Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan. Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka. Ianya juga bertindak sebagai senaman dalam (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.
4. Kerap Berjalan
Bersenam menyihatkan badan. Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.
5. Berhenti Merokok
Merokok mempercepatkan proses penuaan. Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan. Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri. Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.
9.Tidur Yang Mencukupi
Seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur 8 jam sehari. Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya. Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.
No comments:
Post a Comment