29 January 2011

Petua Untuk Wajah Berseri

1. Jika anda ingin wajah berseri, sesekali mandi bunga dengan mencampurkan 7 jenis bunga bersama sedikit perahan limau. Bagi wanita bersalin, mandian daun-daun kayu paling baik untuk membuang angin di dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengharumkan badan.

2. Hampas kelapa boleh digunakan untuk menyental daki. Selain itu, campuran kapur makan dan perahan limau nipis pula untuk menyental daki pada ketiak dan pelipat kaki.

3. Anda juga boleh amalkan beras pulut. Goreng beras pulut tanpa minyak hingga kuning, kemudian tumbuk lumat. Ambil segenggam, titikkan air agar lembap, gosok pada bahagian bermasalah. Bagi mengelakkan kulit kering,  sapukan pula gel aloe vera (lidah buaya) ataupun minyak sayur-sayuran.

4. Bedak sejuk daripada beras juga sangat berkhasiat untuk menyejukkan muka, menghilangkan ruam serta menghaluskan kulit. Biasanya, beras direndam berbulan-bulan hingga lembut, dititik di atas daun pisang dan dijemur berhari-hari. Setelah kering, disimpan di dalam mangkuk tanah dan dicampur hirisan daun pandan, bunga melati atau mawar agar berbau harum.

5. Ambil buah tomato dan kisar sampai halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Seeloknya, amalkan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah lebih kurang 1 jam atau lebih, cuci muka anda dengan air suam. Buah tomato juga elok untuk membersihkan kulit.




No comments:

Post a Comment