12 January 2011

Resepi Mandi Bunga

Mengikut istiadat, mandi bunga perlu dilakukan dengan syarat yang ditentukan oleh tukang ubat.  Limau bersama-sama sirih pinang dan sireh merupakan ‘tiang seri’ dan ramuan utama dalam adat-istiadat orang Melayu. Daun, bunga dan limau dengan sifat tertentu seperti contoh daun bertemu urat, warna tertentu, bilangan tertentu (contoh tujuh jenis bunga dipetik ketika pagi masih berembun) merupakan syaratnya.  Hanya bunga-bunga yang sudah mekar sempurna digunakan. 

Antara jenis bunga yang biasa digunakan ialah melur, cempaka, mawar putih, mawar merah, melati, lili, krisan, lotus, kenanga, anggerik ungu, dan raya putih. Pelbagai ramuan turut dicampur seperti daun sireh dan daun serai wangi.  Dipercayai, aroma daun, bunga dan limau dalam mandi bunga akan menjauhkan makhluk jahat tertentu dan mendatangkan makhluk lain yang ‘baik’ sebagai khadam atau ‘pendamping’.

SYARAT DAN PETUA
Masukkan bunga-bunga itu ke dalam bekas berisi air.  Bekas kristal lebih baik.  Ada yang menggunakan air sejuk yang telah dijampi kerana dipercayai boleh dijadikan penawar. Air jampi atau penawar ini boleh diminum, disapu atau digunakan untuk mandi. Sebagai air mandi, air penawar atau jampi akan dicampur dengan air biasa kerana air jampi biasanya disediakan hanya segelas atau semangkuk sahaja

Ada yang mensyaratkan bunga perlu direndam semalaman. Ada pula yang mensyaratkan bahawa bunga dalam air harus mendapat sinar matahari langsung selama beberapa jam sampai bunga layu, yang menandakan energi bunga itu telah larut dalam air.  Sinar matahari mampu melepaskan energi bunga ke dalam air. 


Kemudian, campurkan air bunga dengan air untuk mandi.  Dikatakan, air bunga untuk mandi lebih baik ketika masih hangat (tidak lama setelah terkena sinar matahari).  Menyiapkan air bunga sebaiknya dilakukan sendiri. Campur tangan orang lain, terutama jika orang lain ikut menyentuh air bunga, dikhuatirkan mengurangi energi bunga akibat perpindahan energi. Mengikut pantang larang Mandi bunga, kita tidak boleh membersihkan sendiri sisa mandian.  Orang lain yang kena bersihkan sisa mandian sebab ‘sial’ itu sudah ‘tumpah’ ke bahan-bahan mandian.  Oleh itu, kalau orang yang mandi sendiri yang bersihkan sisa tersebut, ‘sial’ itu boleh ‘hinggap’ semula.  Tuah yang dijemput akan lari dan apa yang dihajati tidak dicapai.   


No comments:

Post a Comment