31 December 2011

SEBAB KENAPA PERLU KAWEN SKG JUGAK !

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Kahwin muda‘ , 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara zaman sekarang ni . Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita . Tapi zaman globalisasi ini , berapa ramai yang berani menyahut seruan ini ?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda ? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

#1 Tuntutan agama 


Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya . Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi . Paling penting , saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti . Jika agama menggalakkan , mengapa kita harus melengah-lengahkannya ?

KELEBIHAN NIKAH
Before ni aku dah pernah post bende ni kat mukabuku aku ! Sangat like status ni . Suke sangat bace bende ni banyak-banyak kali . :)

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
suami mandi bersama isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2 Mengelak daripada zina 


Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang ? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi . Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja , sebuah kereta dan rumah , sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun . Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu ?

Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti , berpegangan tangan , menonton wayang midnight ,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina ? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur . Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah , malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi .

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab 

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa , kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa . Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa je , sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta , tak gitu ?

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa 


Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami , mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan . Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata . Ya , memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan , assignment , ansuran kereta , sewa rumah , tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar , tempat bermanja dan menjadi rakan di kala suka dan duka . Dialah kawan terbaik , suami dan tak lupa , sebagai musuh . Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

#5 Fikiran lebih matang 


Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan . Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan , membaca komik atau ber-facebook ,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang .

#6 Membaiki diri 


Ramai mengakui , turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik . Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit . Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa . Sweet kan !

#7 Plan jangka panjang 


Jika berkahwin muda , sudah tentu memperoleh cahaya mata awal . Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang . Dengan tubuh yang masih cergas , ekonomi yang kukuh , dan anak-anak pun sudah dewasa , suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan  :P

#8 Seks yang lebih berkualiti 


Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur . Tahukah anda , menurut kajian perubatan , antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat ? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun , anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi dan anda berisiko untuk mendapat bayi yang tidak sempurna .

#9 Rezeki bertambah 


Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana masalah kewangan . Makan minum , pakaian , ansuran kereta dan rumah , lampin anak , kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran . Tapi percayalah , Tuhan tidak akan membebankan hambaNya melebihi apa yang ditanggung oleh mereka . Berkahwin adalah tuntutan agama , dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sediki t, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya . Insya Allah !

#10 Jangan tunggu lama-lama 



Pasti ada di kalangan kita yang sudah mempunyai kekasih , bukan ? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya , mengapa harus ditunggu lagi ? Ingat , sekarang ini ramai lelaki hidung belang . Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial . Andai itu berlaku , gigit jari sajalah . Teet !

*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya ,
yang bersama anda di kala panas atau hujan ,
yang sudi melengkapi kekurangan anda ,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda ,
yang akan melahirkan zuriat anda ,
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya .
Apa ditunggu lagi ??
Hantarkan rombongan meminang ! Besok juga ya ! Haha ! :P

No comments:

Post a Comment