13 January 2012

Lelaki Seksi ? Aww.. !!

Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat ? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang . Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang . Pendek kata confident adalah seksi , dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident) . Itu lelaki . Kalau perempuan pula ? Sama juga . Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan .

Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum . Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing . Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman . Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik ni bukan bertujuan lucah ye . Seksi tidak semestinya bermakna lucah . Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita . Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki . Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe .

Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap(dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi . Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu :
penampilan1 Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Daripada graf kat atas ni memang jelas kebanyakan wanita sukakan lelaki yang berbadan agak tough . Tapi tough yang dimaksudkan bukanlah badan tegap seperti Mr. Universe . Kebanyakan wanita tidak berapa suka lelaki yang terlampau tegap . Tough yang dimaksudkan adalah berbadan tegap sederhana dengan dada yang bidang . Ramai yang cakap bentuk tubuh badan macam Aaron Aziz atau lebih dikenali sebagai Seth Tan dalam drama Nora Elena yang biasanya menjadi idaman para wanita yang disoal-selidik . Kalau ada six packs sikit lagilah diorang suka . Itu pandangan kebanyakan wanita yang ditanya . Lain orang lain taste icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Sama juga dengan ketinggian . Kebanyakan wanita lebih suka lelaki yang lebih tinggi daripadanya . Lelaki yang lebih tinggi biasanya dapat digambarkan sebagai lelaki penyelamat . Kebanyakan wanita suka berada dalam dakapan lelaki . Atas sebab itulah lelaki yang lebih tinggi selalunya menjadi pilihan , lagi-lagi yang berdada bidang . Tapi tak semestinya juga . Kalau semua pegang statement ni kesianlah kepada suami yang lebih rendah daripada isterinya hehe . Ada juga orang kata jodoh lebih panjang jika si isteri lebih tinggi daripada suami . Wallahualam .

Tang punggung tonggek lelaki ni jawapan yang paling aku tak sangka . Bukan lelaki je yang suka tengok punggung perempuan , wanita pun tak terkecuali hehe . Punggung gebu macam kuih pau yang jadi idaman kebiasaannya macam striker Kelantan , Norshahrul Idlan Talaha kata diorang hehe . Punggung yang agak tonggek ni kata diorang sedap dicubit ataupun ditampar manja . Jadi lelaki yang berpunggung agak leper tu bolehlah buat senaman membesarkan ‘bumper’ kasi mantap sikit hehe . Untuk isteri juga icon razz Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Wanita sinonim dengan sifat pembersih dan sifat pembersih itu telah diajar oleh Islam sejak dari akil baligh lagi . Jadi tak mustahil wanita pun inginkan lelaki yang bersih dari segi penampilan , dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki . Perkara pertama yang akan dipandang semestinya pakaian . Lelaki yang suka pakai selekeh kuranglah sikit harapan untuk dipandang wanita . Sama juga dengan kebersihan muka termasuklah mulut . Bau mulut yang segar , misai dan janggut diandam rapi dan kulit muka yang bersih tanpa jerawat . Wajah yang berkumis pun ramai wanita yang suka . Nampak ciri-ciri seorang lelaki maskulin selain daripada senyuman yang menawan katanya .

Berkenaan dengan gigi pula , gigi yang putih bersih dan tersusun dapat mempamerkan senyuman yang sangat manis lagi menawan . Jika senyum gigi kuning  , hati yang mula-mula tadi berbunga kembang boleh terkuncup balik hehe . Elakkanlah merokok supaya gigi tak berkarat . Terlalu rendah peratusan wanita yang suka lelaki merokok .

Bau badan lelaki pun main peranan sebagai daya penarik keseksian seorang lelaki . Bau badan ni sebenarnya boleh diubah melalui tabiat pemakanan . Tak semestinya orang yang berbadan besar je yang berbau kurang enak . Tapi kalau berbau juga rajin-rajinlah guna minyak wangi atau deodorant .

Ramai juga wanita yang kurang menganggap lelaki berkulit cerah sebagai seorang yang seksi . Kulit sawo matang bak lelaki Malaysia juga yang jadi pilihan . Petanda bagus kepada kita yang berada di Malaysia . Hakikat yang sebenarnya kebiasaan wanita kurang selesa dengan pasangannya yang berkulit lebih cerah daripada dirinya sendiri . Tapi wanita berkulit tak berapa cerah pun cantik juga . Hitam manis kata orang . Kalau hati tu bersih , kulit yang agak gelap pun orang nampak cerah . Setuju ?

Lelaki yang berbibir merah nampak lebih seksi daripada bibir yang agak gelap . Kata diorang nak cium mulut rasa lebih sedap . Boleh tahan jugak ! haha . Sama point dengan gigi tadi , elakkan merokok kalau nak selalu dicium isteri dengan janggut sejemput sebagai bonus ye , cik abanggg ! icon wink Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Ok sekarang kita fokus kepada ciri-ciri lelaki seksi melalui sikapnya pula ataupun melalui ciri-ciri dalaman dirinya . Ini sebenarnya yang aku nak fokuskan memandangkan ciri-ciri luaran hanyalah bersifat sementara manakala ciri-ciri dalaman ni akan kekal sampai bila-bila .

Okey , now dapat disimpulkan secara kasar bahawa lelaki yang bersikap cool lebih menjadi pilihan para wanita . Cool seseorang itu berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing . Rasanya tak perlu dihurai lanjut sebab ianya bersifat agak subjektif .

Selain daripada itu lelaki yang bijak atau mempunyai pengetahuan luas lebih diminati . Secara ringkasnya pandai dalam kebanyakan perkara , sama ada teknikal ataupun perancangan . Lumrah lelaki mempunyai kelebihan merancang berbanding wanita yang selalunya lebih kepada persediaan dalam sesuatu perkara .
Peratusan lain seperti romantik , menghormati orang lain terutamanya orang tua dan juga sikap gentleman itu semua adalah antara sikap-sikap biasa yang selalu diidamkan oleh seorang wanita yang perlu ada pada diri seorang lelaki pilihan mereka .

Secara kesimpulan hasil daripada kaji selidik sekumpulan wanita dapat dirumuskan bahawa ciri-ciri fizikal bukanlah menjadi point utama keseksian lelaki pada pandangan wanita . Majoriti memandang lelaki yang seksi pada sifat-sifat dan sikap yang ada pada diri lelaki itu sendiri . Wajah kacak , dada bidang dan macam-macam lagi ciri-ciri fizikal hanyalah bonus . Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa sikap atau sifat yang positif dalam diri seseorang itu mampu lahirkan daya penarik kepada sesiapa saja yang memandang . Maksud memandang adalah dengan pandangan mata hati . Lain pula dengan orang yang memandang dengan pandangan hawa nafsu atau pandangan mata saja .

 

No comments:

Post a Comment