02 February 2012

.a.i.s.h.i.t.e.r.u.

"sayang...bangun...hari ini hari ulang tahun perkahwinan kita.."kejut irham lutfi brahim kepada isteri nya yang tercinta farahlieza farhan."ye abg.ayg bangun la ni".ngomel isterinya sambil menggeliat.seraya itu irham terus mendakap tubuh farah dan mencium dahinya.farah hanya terseyum.jom kita ke dapur,abg dah sediakan sarapan yang spesial untuk ayg.farah hanya mengikut saja.farah hanya tersenyum melihat makanan yg terhidang di depannya.pertama kali sejak berkahwin 1 tahun yang lalu suaminya membuatkan makanan hasil tangannya sendiri.dan farah tidak pernah mengajar tentang nya.mungkin irham belajar memasak dari buku resepi.bisiknya sendiri.kek coklat,puding roti,sandwish,nasi goreng terhidang di depannya."apa lagi,jom mkn.nk abg cuap jgk ye."usik irham.farah terharu.bukannya dia tidak mahu menjamah makanan itu tetapi terharu dengan semua ini.patut la suaminya itu bangun awl.selalunya dia yang akan mengejutkan suaminya terebih dahulu."mkn la syg.ish mengelamun lak dia ek".farah terkejut dan tersedar dari lamunannya.irham terus menyuapkan kek kedalam mulutnya."mmm...sedapnya kek yg abg buat,lagi sedap dari kek coklat kat kedai yang pernah farah makan.puji farah.irham tersyum dan terus menyuapkan makanan seterusnya untuk farah.

hari itu hari sabtu.irham dan farah cuti minggu setelah penat bekerja sebagai jurutera dan juru rawat.kebetulan ulang tahun perkahwinan mereka jatuh pada hari mggu.dan kebetulan juga hari itu hari jadi farah.selepas mandi dan bersiap,mereka akan berjalan-jalan menghirup udara segar di taman,di tempat pertama perkenalan mereka.

mereka mengimbas kembali detik-detik perkenalan mereka 4 tahun yang lalu dimana kereta yang dipandu irham terlanggar farah yang muncul tiba-tiba kerana berlari dikejar beberapa ekor anjing semasa berjoging.mereka tergelak apabila mengenangkan peristiwa itu.kisah itulah bermula nya bibit-bibit cinta diantara mereka.farah dengan tidak tahu malu terus membuka pintu kereta Honda Civic kepunyaan irham.irham terkejut dan tergamam.oleh kerana berhati mulia,irham terpaksa menghantar farah yang trauma itu.sejak itulah mereka bertuka nombor telefon dan berhubungan."abg sayang ayg.abg sayang farahlieza bt farhan.sayang sangat".suasana menjadi sepi seketika.burung-burung yang berkicauan seolah-olah memberikan peluang untuk irham berkata-kata."terima kasih kerana hadir dalam hidup abg dan terima abg seadanya".farah terus memeluk suaminya dan mengucup pipinya.irham meyuruhnya memejam mata."kenapa abg,mata ayg tak cantik ke untuk memandang abg,"usik farah."pejam sajalah".kemudian irham meletakkan sekotak hadiah yang berbalut cantik ditelapak tanggannya dan 1 kad dalam sampul surat warna pink."ok ayg boleh buka mata,tp ingt"."abg,ape semua ni.ayg tak mengharapkan hadiah pun dari abg.erm..ingat ape abg?"tanya farah."tp ingat yang farah mesti buka hadiah dan baca kad itu waktu malam nanti..sblum berakhirnya ulangtahun perkahwinan kita dan hari lahir ayg"."ok abg,as u wish".

teringat kenangan irham melamarnya untuk menjadi suri di hatinya 2 tahun yang lalu.saat itu irham menghadiahkan farah sekuntum bunga mawar dan seutas jam.kata irham biarpun sekuntum namun itulah sebagai tanda sayang dan cinta nya pada farah.tidak ada yang lain.tidak ada dua atau tiga.hanya satu di hatinya.dan jam jenama 'rolex' itu untuk farah mengingatinya setiap jam dan detik.sehingga kini farah masih meyimpan bunga ros itu dalam buku tebal meskipown telah layu dan kering.jam tangan itu juga masih farah simpan dalam kotak sama seperti sewaktu diberikan kepadanya dahulu.farah akui memang suaminya jarang memberikan hadiah kepadanya dan bagi farah,irham akan memberikan hadiah yang simple tapi mempunyai sejuta makna dan erti buat farah.

2 jam mereka di taman tiba-tiba farah mengadu tidak sedap badan.5 minit selepas itu farah muntah."kenapa ni syg.tak sihat ke.jom kita pergi klnik."farah menggelengkan kepala.irham memicit-micit kepala isterinya dan menggosok2 belakang badan nya.irham memaksa farah untuk ke klinik dan farah terpaksa akur juga akhirnya.setelah lama farah di dalam bilik doktor,akhirnya farah keluar dan tersenyum.irham pelik kenapa pula tersenyum sedangkan tadi bukan main lagi tak sihat.baru la irham tahu yang farah sudah mengandung 2 bulan.irham bersyukur ke hadrat ilahi dan menadahkan tangan ke hadrat yang Maha Esa."abg berjanji yang abg akan menjaga kandungan ayg sebaik mungkin k syg".irham mencium tangan isterinya.

dalam perjalanan pulang ke rumah,farah tertidur.dan irham kerapkali memandang wajahnya.sungguh cantik.bisik hati irham.kulitnya yang putih berseri,mata yang bulat,hidungnya yang mancung dan pipi yang gebu memang memikat hati lelaki yang memandangnya.irham sangat berbangga apabila rakan sepejabatnya memuji wajah isterinya.irham bertuah mempunya isteri secantik farah.

tiba-tiba muncul kereta waja dari arah bertentangan.kereta proton waja itu hendak memotong tetapi tidak melepasi kereta di depan kerana tiba-tiba kereta wira di depan memecut laju dan menyebabkan kereta mereka bertembung.
irham terkejut dan farah terjaga dari tidurnya.irham tidak dpat mengawal kenderaan yang dipandunya menyebabkan kereta itu terbabas melanggar pokok di tepi jalan .irham cedera parah.

"abg,mana abg."itulah perkataan pertama farah selepas sedar dari kemalangan.jururawat yang bertugas menenangkan farah.farah sudah mula risau kerana bayangan suaminya belum tiba.jururawat itu menjelaskan kepadanya bahawa irham di dalam 'Operation Theatre',sedang menjalani pembedahan kerana irham cedera parah di kepala.farah meraung sekuat-kuat hati nya."ya Allah kenapa ini harus terjadi,kenapa irham yang cedera,bukan aku ya Allah."farah cuma cedera ringan di badan dan bayi dalam kandungannya tidak apa-apa.air mata sudah membasahi baju yang dipakainya.

hampir 2 jam setengah farah menangis dan meraung-raung.akhirnya pertanyaan farah akan dijawab oleh doktor."suami puan tidak dapat diselamatkan" kata doktor yang bernama shukri itu.farah sedih..teramat sedih apabila mendengar berita itu.dia tidak dapat menahan lagi kesedihannya.air mata nya bagai hujan yang turun dengan lebatnya.seperti baru sahaja dia merenung suaminya,mendengar suaranya dan menatap wajahnya.semua itu tidak lagi akan farah rasa abg,tidak ada lagi abg untuk menceriakan hidup farah,tidak ada lagi abg untuk farah mengadu dan farah sangat sedih abg.kenapa abg tinggalkan farah dalam kesdihan.kenapa abg pergi secepat ni.dan anak yang farah bakal lahirkan ini.belum smpat dia berjumpa ayahnya.bermanja dengan ayhnya dan tidak sempat untuk kami bahagia tanpa abg di sisi farah dan ank yang farah kandungkan ini.berjujuran lagi air mata nya keluar.

jam menunjukkan pukul 11.30.farah teringat yang arwah irham menyuruhnya membuka kad dan hadiah yang diberikan di taman siang tadi.kad bersampul wrna pink itu dipegangnya.sugguh harum dan wangi kad itu.seperti bau perfume arwah suaminya yang dipakai setiap hari.wajah arwah irham muncul di benak nya.seraya itu bergenang air mata farah.farah tabahkan hati dan membuka smpul surat kad itu.satu persatu perkataan yang tertulis irham dibacanya dengan penuh syahdu..

__________________________________

farahlieza farhan..sayang...hari ini genap setahun perkahwinan kita.abg sgt beruntung dan bertuah mempunyai isteri sebaek ayg,yang menjaga makan minum abg,pkaian abg.abg ingin mengucapkan terima kasih banyak-bayak kat ayg kerana terima segala kekurangan abg.maafkan abg sepanjang kita kenal abg ada sakitkan hati ayg.buat ayg menangis dan kecewa.abg tak bermaksud nk buat ayg mcm tu.tapi ayg comel sangat bila merajuk.abg suka tengok ayg merajuk dan abg makin suke usik ayg.mfkan abg.abg tak sengaja.maafkan abg..

isteriku yang abg cintai...maafkan abg xdpt bagi hadiah yang mahal2 mcm suami org lain bagi kat isteri diorg.dan ayg tahu kan abg bkn kedekut tapi abg bg sesuatu hadiah itu kerana ada peristiwa atau makna disebaliknya.dengan erti kata lain hadiah itu meyimpan misteri miskipown murah dan tak cantik..maafkan abg..

isteriku yang abg sayangi..hari ni juga genap ulangtahun kelahiran ayg..SELAMAT HARI JADI SAYANG..semoga panjang umur dan di murahkan rezeki..abg teramat sayangkan ayg..teramat cintakan ayg.ayg la segalanya bagi abg..abg mintak ampun dan maaf jika selama ni abg ada terguris perasaan ayg.maafkan abg..

ayg...mlm ini hujan pasti turun dengan lebatnya...sebagai penutup dua2 ulangtahun ini..ayg..tentu sejuk mlm ni kan..

FARAHLIEZA FARHAN ~~

KAU CINTA PERTAMAKU
KAU CINTA TERAKHIRKU
TADA APA YG BISA MENAFIKAN KASIH KITA
KAU AYU DIMATAKU
1 ANTARA 1000
TIADA TARA DI DUNIA
MUNGKINKAN TERPUTUS DI TENGAH JALAN
MUNGKINKAH TERLERAI TANPA IKATAN
USAH RAGU DENGAN TAKDIR
MUNGKIN KITA BERBEZA HALUAN
BERAKHIRNYA CERITA PERCINTAAN
SEGALANYA KETENTUAN TUHAN

_________________________________

"ye abg..memang hujan akn turun dengan lebatnya.." hujan air mata telah mencurah-curah dari mata farah..

di dlm sampul surat itu juga terselit ada 1 kertas yang berlipat..farah terus membacanya.

_________________________________
12pm..
klinik mansur..

syg..abg da dapat agak yg ayg pregnant..sbb ayg ckp kat abg yang ayg xdtg bulan sejak 2 bulan yang lalu..
hebat x abg??hehe..abg bersyukur sangat dan abg janji akan jaga ayg sebaik2nya k..kalau umur abg xdiizinkan tuhan..ayg jaga la diri ayg baek2 ye syg..ayg jaga baby tu sebagaimana abg jaga ayg..kalau perempuan mesti baby tu comel mcm mak dia,kuat merajuk..hehe..n kalau laki mesti handsome mcm ayh die ni,bertanggungjwab dan penyayang..hehe..ayg..jaga diri baek2 k..amalkan pemakanan yang seimbang untuk kesihatan ank kita k..abg syg ayg..dan ank kita..kalau ank tu lelaki ayg bg la nama MOHD ADAM BIN IRHAM LUTFI . n kalau perempuan ayg bg nama ALISHA ADRIANI BT IRHAM LUTFI k.take care ayg..smoga epy2 slalu yer..jgn sdeh2..


________________________________

air mata farah gugur lagi..die mengusap2 perutnya. dia sedih..sangat sedih yang tak dapat digambarkan dengan kata2..farah mengambil kotak hadiah itu dan membuka nya perlahan..di dalam nya ada sapu tangan wrna pink.dan juga surah Yassin.irham
seperti memahami yang dia akan pergi buat selama-lamanya..malam itu menangislah farah keseorangan dan kesedihan detemani hujan yang lebat.sungguh syahdu mlm itu."bagaimana ku nk truskan hidup tnpa dirimu irham lutfi.sesunguhnya ku xbisa hidup tnpa mu syg.apakah nasib yang akan mnimpaku kelak.akan ayg ingat hari ini sepanjang hidup ayg.ulangtahun perkahwinan,hari kelahiran ayg,hari ayg disahkan mengandung dan hari abg pergi buat selama-lamanya.semoga roh abg di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.smoga ayg trus tabah menempuh hidup tnpamu irham lutfi ibrahaim"~~~~~~~~



No comments:

Post a Comment