20 May 2012

Pavlova ! Sedap sangat . Try ni ! ;)

Bahan-bahan ( 1 biji pavlova ..bajet dlm 5 org makan )

  • 8 biji putih telur
  • 300g gula kastor
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil cuka makan

    *******untuk topping*******
  • 250g whipping cream
  • 30g gula icing
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Buah-buahan seperti strawberry,passionfruit,kiwi,blueberry,pineapple dan sebagainya.

Cara-cara

  1. Pastikan mangkuk anda bersih yer . Putar putih telur sampai keluar 'soft peak' , tambah gula kastor sedikit demi sedikit dan putar sehingga keluar 'stiff peaks'. pastikan gula betul2 hancur.masukkan esen vanila, cuka dan tepung jagung.kacau semuanya .
  2. Lukiskan bulatan besar pada baking paper dan sudukan adunan ke dalamnya . Panaskan oven 180 degree celcius dan tukarkan ke 120 degree celcius sebaik sahaja ia dimasukkan ke dlm oven . bakar selama 1 jam dan sejukkan 30 minit.
  3. Untuk topping , putar whipping cream sehingga muncul soft peaks. Maniskannya dgn gula dan esen vanila.


  4. sudukan whipping cream keatas pavlova sehingga menutupi atasannya . Hias dengan buah-buahan .



    SELAMAT MENCUBA ! ^^,