10 July 2012

BILA DIA MATANG DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR

Hello July !!

Okay , bila cakap pasal kematangan seorang lelaki , memang kita sendiri akan fikir yang lelaki lebih lewat matang berbanding perempuan . mungkin faktor 'datang bulan'  ataw 'mimpi basah' tu agak jauh . oleh itu , no wonder lah kan kita as a gegurl ni cepat sikit matang kalau compare dengan lelaki . tapi bila dia matang percayalah . seorang lelaki tu akan sangat matang . tapi kita kena faham dulu erti matang yang sepatutnya .

aku ambil dari Hilal Asyraf :
"Matang pada saya, adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah SWT, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di dunia ini, seterusnya bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT, dan pentadbir muka bumi ini." - Hilal Asyraf
sebenarnya , lelaki yang sedar dengan realiti dan dah sampai tahap matang seperti diatas , mereka tahu pompuan cantik tak kekal . mereka tahu bila-bila masa Allah boleh tarik . hari ni cantik  , esok lusa mungkin dah takda . so , orang lelaki yang sedar pasal ni akan cari cantik bukan dari muka . lelaki macam ini akan lebih tertarik pada perangai seseorang wanita tu , cara dia borak dengan orang lelaki . cara dia borak dengan orang tua , pemikiran dia dan imej Islam yang dia bawa (pakaian tutup aurat secara betol) , perspective dia terhadap agama Allah macam mana . dan semuanya berkaitan dengan agama Allah . kalu pompuan ada agama , itu la pilihan dia ( tu pon lepas solat istikharah dulu la..:P ) tapi kalu laki tu tak pandang seorang pompuan kerana agamanya , sila lah cari laki lain ye :) . hihi , sebab apa yang aku komen ni adalah berdasarkan pengalaman yang dah aku alami .

bagi aku lah kan , lelaki ada zaman dia . sebab lama-lama , bila umur meningkat , kebanyakkan kaum adam ni , akan berubah . pandangan dunia pon berubah . terutamanya pada lelaki yang sudah temui tujuan hidupnya . apa tugas dia di dunia ni . sapa dirinya . dan kesedaranya kepada kehadiran Allah . redha yang dia cari dari Allah . pasangan yang macam mana yang paling sesuai untuk dirinya . bila semua ni berlaku pada seseorang lelaki , dia mula melihat cantik tadi dari perspective yang berbeza . cantik pada wanita yang dia puja tidak lagi yang utama baginya . muka yang cantik tidak lagi yang dia hiraukan . sebab cantik yang lebih yang dia cari , cantik yang lebih dalam dari melihat pada luaran semata .

sedar atau tidak , matang itu bermula dari diri sendiri . banyakkan la muhasabah diri , tengok balik mana-mana yang silap dan boleh dibaiki . ramai yang lupa , kita hidup kerana Allah . dan bukan kerana nafsu . sepatutnya , redha Allah yang dicari dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim sentiasa ada, kita sahaja yang tak sedar atau lupa . maka jadi lah matang yang sepatutnya . buka lah mata, supaya mencapai bahagia abadi . Insya Allah ! :)

p/s : I LOVE YOU , B DAH SEMAKIN MATANG DALAM HUBUNGAN CINTA KITA ! LOVE U A LOT !