19 July 2013

ღ BISKUT COKLAT STRAWBERI HAZEL ღ



Bahan-bahan

200g mentega
1cwn gula aising
200 g tepung gandum
2 cwn tepung jagung
1 bj kuning telur
1 sdt perisa strawberi
1 sdt pewarna merah
kacang hazel secukupnya (bakar terlebih dahulu)

Bahan lain

Coklat masakan gelap
Coklat putih
1 sdt pewarna merah
Cawan kertas

Cara-cara
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan kuning telur,perisa dan pewarna.Kacau rata
3.Selepas itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diselang-seli dengan tepung jagung dan kacau
4.Uli adunan tersebut sehingga menjadi doh
5.Kemudian ambil sedikit doh,leperkan dan letakkan kacang hazel.Bentukkan ia menjadi bulat
6.Selepas itu,bakar doh selama 30 minit pada suhu 180 darjah..tapi sebelum itu,panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 10 minit..
7.Apabila sejuk celupkan biskut tersebut dengan coklat masakan gelap yang telah dimasak dengan kaedah double boil dan masukkan dalam cawan kertas
8.Setelah coklat kering,paipkan coklat putih yang diletak pewarna merah tadi yang dimasak menggunakan kaedah yang sama
9.Paipkan coklat mengikut kretiviti anda

Cara-cara masak coklat

Coklat Gelap
*potong coklat terlebih dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk@periuk
*letak air ke dalam periuk yang lain dan panaskan atas api
*masak coklat gelap td atas periuk yang berisi air

Coklat Putih
*di potong seperti coklat gelap
*letak 1 sdt pewarna merah
*dan masak seperti coklat gelap tadi
 

No comments:

Post a Comment