19 July 2013

ღ RESEPI NASI GORENG DAGING SERAI ღ



Bahan2

nasi
daging
lobak merah
lada kering kisar
serai
bawang merah
bawang putih
sos tiram
sos cili
serbuk kari 2 sudu
garam n gula

CARA MASAK

bawang merah,bawang putih,halia n serai di kisar 
kemudian panaskan mnyak di kuali n tumis bawang2 yg tlah dikisar tumis hngga naik bauk 
masukkn daging yg dihiris nipis2 
tumis hngga daging layu n empuk
,masukkasn lobak merah yg dicincang halus,lada kering,soso cili,sos tiram n serbuk kari 
kacau rata n masukkan nasi 
kemudian gaul rata n masukkn perasa...
klu mau letak telur masa menumis pun boleh jgk..

ღ Fruit Tart ღ



BAHAN2 PASTRY:-

113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)

BAHAN2 KRIM PASTRY:-

150 ml susu segar
2 biji telur
8 sudu gula halus
2 sudu tepung gandum*
2 sudu tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
130 gram butter yg dicairkan

1. UNTUK PASTRY:- 

Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
2. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
3. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
4. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan.

UNTUK CUSTARD

1. satukan tepung gandum,tepung jagung,gula bersama 3 sudu susu di dalam sebuah mangkuk.
2. kemudian pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama campuran td. setelah itu masukkan baki susu dan kacau.
3. Tuang ke dalam periuk. Masak di atas api yg sgt perlahan. Jangan berhenti mengacau menggunakan whisker.
4.dia akan memekat secara perlahan2. setelah pekat, kacau selama 2 minit lg, tutup api dan sejukkan. Masukkan juga satu sudu kecil esen vanilla dan kacau. Kemudian biarkan menyejuk di dalam petii sejuk.
5. setelah pastry dan custard sejuk, boleh mula mengisi custard di dalam pastry. gunakan piping bag utk. kemudian hiaslan buah pilihan anda.

ღ Biskut Rangup Cornflakes ღ



BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cwn tpg jagung
3/4 cwn tpg gandum
3/4 cwn tpg beras
1 cwn cornflakes dikisar halus
250 gm mentega
1/2 cwn gula ising(gula halus juga boleh gunakan)
1/2 sdt esen vanilla

untuk hiasan (ikut suka)
100 gm coklat masakan
50 gm coco butter coklat M & M

CARA MEMBUAT :

ayak semua tpg dan masukan cornflakes yg dikisar halus ketepikan,pukul mentega dan gula,masukkan esen vanilla,campur dalam tpg gaul terbalikan buat jadi doh,kemudian terap dgn acuan yg anda sukai,bakar sekejap 10 minit sahaja.bila dah sejuk,hias dgn coklat dan manik atau sebagainya.
coklat masakan campur coco butter,masak cara doubleboiler,biar agak pekat baru titikan atas biskut,hias coklat m&m.

ღ Samperit Pandan ღ



Bahan A :

200 gm mentega
100 gm gula halus
1/4 sd pes pandan
1biji biji telur
1/2 sdk perwarna hijau(atau pati pandan)

Bahan B :

250 gm tpg gandum
50 gm tpg jagung
30 gm tpg kastad

hiasan:
bebola manik atau ikut cita rasa.

pukul bahan A sebatikan dan dicampur dgn bahan B ,jadikan doh,
perap 1/2 jam, baru terap ikut suka acuan ,carikan yg cantik2 yer.
tambah hiasan ,
bakar,

ღ Resepi Almond Flakes Cookies ღ


Almond Flakes - 1 cawan
Benette Flour - 1 cawan
Baking paper buat alas loyang

Cara2

 
- masukkan almond dan benette flour dalam bekas dan gaul sebati
- lapik baking paper atas loyang
- rata-rata kan bahan atas dulang pembakar

 
*jangan buat tebal nanti keras....
- bakar dalam suhu 150' lebih kurang 5 - 8 minit
- bila dah nampak agak kekuningan, keluarkan dan sejukkan
- bila dah sejuk, boleh potong2 ikut saiz yang korang suka

ღ BISKUT COKLAT STRAWBERI HAZEL ღ



Bahan-bahan

200g mentega
1cwn gula aising
200 g tepung gandum
2 cwn tepung jagung
1 bj kuning telur
1 sdt perisa strawberi
1 sdt pewarna merah
kacang hazel secukupnya (bakar terlebih dahulu)

Bahan lain

Coklat masakan gelap
Coklat putih
1 sdt pewarna merah
Cawan kertas

Cara-cara
1.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2.Kemudian masukkan kuning telur,perisa dan pewarna.Kacau rata
3.Selepas itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit diselang-seli dengan tepung jagung dan kacau
4.Uli adunan tersebut sehingga menjadi doh
5.Kemudian ambil sedikit doh,leperkan dan letakkan kacang hazel.Bentukkan ia menjadi bulat
6.Selepas itu,bakar doh selama 30 minit pada suhu 180 darjah..tapi sebelum itu,panaskan ketuhar terlebih dahulu selama 10 minit..
7.Apabila sejuk celupkan biskut tersebut dengan coklat masakan gelap yang telah dimasak dengan kaedah double boil dan masukkan dalam cawan kertas
8.Setelah coklat kering,paipkan coklat putih yang diletak pewarna merah tadi yang dimasak menggunakan kaedah yang sama
9.Paipkan coklat mengikut kretiviti anda

Cara-cara masak coklat

Coklat Gelap
*potong coklat terlebih dahulu dan masukkan ke dalam mangkuk@periuk
*letak air ke dalam periuk yang lain dan panaskan atas api
*masak coklat gelap td atas periuk yang berisi air

Coklat Putih
*di potong seperti coklat gelap
*letak 1 sdt pewarna merah
*dan masak seperti coklat gelap tadi