Sebut saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli. Jika anda impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, makanlah budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas, sekali gus menghalang proses penuaan.

No comments:
Post a Comment