Emas Cotek amat dikenali di Malaysia. Daunnya berwarna hijau di bahagian atas dan berwarna keemasan di bahagian bawah serta terdapat bintik hitam disetiap pangkal cabang urat daun ini. Ia memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan manusia. Emas cotek banyak terdapat di Semenanjung Malaysia dan kepulauan Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Ia merupakan sejenis tanaman yang hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar hanya untuk mendapatkan cahaya matahari.
Tumbuhan ini banyak terdapat di kawasan belukar di tepi laut atau rimba di pergunungan. Tanaman ini tidak tumbuh di kawasan hutan bakau. Bentuk daun adalah berbeza mengikut aksesi iaitu sama ada bulat, bujur telur atau lonjong. Daun yang besar dan bulat di klasifikasikan sebagai emas cotek betina, dan yang lebih kecil dan lonjong sebagai emas cotek jantan. Daunnya berwarna hijau berkilat dan mempunyai bintik yang berwarna emas di permukaannya manakala dibawah permukaan daunnya berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam.
Nama Lain: Serapat Angin, Telinga Beruk, Ara Terbang.
Kegunaan dan Khasiat Emas Cotek
1. Air rebusan daunnya yang telah dikeringkan diminum untuk menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
2. Air rebusan daun dan batangnya yang telah dikeringkan diminum untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
3. Air rebusan keseluruhan tumbuhan ini dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.

No comments:
Post a Comment