12 January 2011

Petua Mengatasi Anak Kencing Malam

Anak anda menghadapi masalah kencing malam? Apakah reaksi anda? Memarahinya kerana membasahkan tilam setiap hari atau membiarkan gejala itu begitu saja kerana anda rasakan perkara itu akan pulih sendiri? Memarahi anak tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya ia akan memberi kesan negatif terhadap perlakuan dan sikap anak pada masa depan, masalah kencing malam boleh menyebabkan kanak-kanak mahupun remaja itu berada dalam keadaan serba salah, berasa rendah diri atau hilang keyakinan apabila berdepan dengan masalah yang dia sendiri tidak mahu.

1. Pastikan anak anda membuang air kecil terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

2. Jika anda membawanya ke bilik air pada waktu malam, pastikan anak dalam keadaan jaga.

3. Letak lapisan plastik di tempat tidurnya untuk memudahkan anda. Guna pelapik dan cadar yang mudah dibasuh dan dikeringkan.

4. Beri anak anda minum lima hingga tujuh gelas air pada siang hari tetapi elakkan memberi air teh atau kopi sebelum masuk tidur.

5. Bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya air kencingnya berbau atau ia menghadapi kesukaran untuk membuang air kecil.

No comments:

Post a Comment