17 December 2011

BETUL KE DIA SUKA AKU ?

Olla !

Sekarang ni kan .. rase macam best je nak taip-taip panjang berjuntai kat belog aku nih .. bukan tak de keje , ade banyak hal sebenarnye tapi , entah la .. mcam tak de keje je aku nih .. ( eh , kenape la aku cakap berbelit-belit ni , hilang akal ape ? ) giler dah mai dah .. hokek , since laki aku  da masuk tido tu , beloy ler nak ngadap belog lame-lame  ! hihi , cam da kawen betul-betul pulaks ! hikhik malu* ;)
ala.. biar la .. laki itew ! bukan laki awok ! sibok ! ;D

Malam-malam buta ni nak cite pasal
'BETUL KE DIA SUKA AKU?'

Aku nak cakap cenggini , eh cenggitu , eh ape-ape lah aku nak bebel sekali pon , sebab aku ada pengalaman pasal ni dan aku dah alami ! Suka hati la nak cakap perasan ke hape , aku tak ambik port pasal mulut orang ! Aku tahu sapa aku , sapa dia dan sapa kami ! pasal orang lain even sedare ke hape , eh..hape pon ko nak cakap ? pegi mati la ..maaf , aku tak hadap ape ko nak cakap tuh .. laki aku , aku yang peyuk nanti , suke hati aku dan dia la nak cemmane pon .. blueekk !

* HOI .. NAK BEBEL KE NAK CITE PASAL ENTRY NI ? hihi .. ok2 , back to point yea ! :)



Hello overemo girls and boys ,

Well ,aku ni as a girl , women and so on lah kan .. honestly suke sebenarnye kene tegur or marah siket-siket dengan lelaki ni . Bukan ape , bile kene sound or marah tu , buat kite yang perempuan ni realize diri kita yang sebenar . Kita selalu fikir ego lelaki , tapi sebenarnya perempuan pon selalu ego , yang mana ada ketika tu , membuatkan lelaki beralah ! Oh my bushuk , kecian yu kan b ! hihi

Dan dah sememangnye saudara , geng-geng , besties , kawan-kawan aku ramai perempuan , so aku memang masak sangat dengan perempuan ni . Dan korang tahu lah perempuan ni . Sikit-sikit nak eww-eww . Sikit-sikit nak eww eww . Mengada-ngada betul  kan . Nasib baik comel ! (aku la tuh ! haha . perasan jap !)

Well , kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu . Berkali-kali kena dump gedebuk ,- gedebik gitu ! aww ! haha . Sebab tu lah aku tak support couple-couple ni sangat sebab kebanyakkan lelaki ni buaya ! auumm!!!  Tapi aku tak pernah kata couple ni haram atau apa . Cuma , jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa beberapa bulan . Sebab korang sure end up dengan heartbroken . Tapi kes aku sendiri lain sebab mula-mula ingatkan nak memain je , die pon cam tu , nak memain gak , sekali da jatuh cintan dengan mamat ni , alamak ! terus sangkut ! haha

Apa pun gadis comel sekalian ye . Jangan risau kalau balak korang tinggalkan korang . Ramai lagi lelaki yang baik sebenarnya kat dunia ni . Dunia ni kan luas . Tapi ramai lelaki baik da pupus sebab yang baik tu , memang la tak kejam dan tak permainkan hati wanita tapi mereka GAY ! Oh , no peliss !!

So , memandangkan aku hari ni baik hati sebab tak de gaduh dengan laki aku , mood aku jadi baik so aku nak bagi tahu sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut . Oh , ni bedasarkan pengalaman sweet , sour , bitter , segala macam la aku di zaman muda - mudi ! ( eh , da tua ke sekarang? ) wee  !!


ops , kebanyakkan ye .. tapi bukan semua ! My chenonet bukan penipu okay ! teett !

Dengan kata lain, lelaki tu suka kat korang kalau...

Perangai dia berubah bila bersama dengan korang . 
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila . Bila lepak dengan member , pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak . Rambut pulak tak kalah nak style punk je . Tapi bila dengan gadis yang dia sayang , dia jadi lembutttt sangat . Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa . Suara pun romantik je bila tengah gayut .Kalau mak dia dengar pon , mak dia sampai tak mengaku anak la , nak membayangkan betapa lemah gemalainya anak jantan dia tu ! haa..hambek !


Lelaki macam ni memang taste perempuan suka . Ah , tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea . Bullshit je semua tu . Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat atau naughty-naughty siket . Perangai jahat . Tapi baik . Err i mean , iyalah , lelaki tu pakai baju koyak rabak . Rambut serabai-serabai siket . Baju seluar semua hitam . Tapi tolong nenek tua lintas jalan . Perh, confirm cair perempuan tengok . Tapi kekadang , jantan cenggini tak leh pakai jugak , kuat menipu jugak ,dan ramai awek jugak ! Sebabkan perangai slumber badak dia , perempuan suka ! Be careful , Girls !


Dia marah gila-gila , tapi bila korang pujuk , mudah je dia hilang marah .
Lelaki memang sukakan benda-benda cantik . Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse . Dan tak lupa juga perempuan . Lelaki memang sukakan perempuan cantik . Dan comel . Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan ? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan . Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok . Dan ada certain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda . Dengan kata lain , kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia memang ada wink-wink dengan korang . Anda janagn nak perasan ke ape , tp ni memang hakikat ye mak cik !

Sebagai contoh ,we olls girls lah . Kita emo gila babeng la kan . Mungkin emo sebab kena marah atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah . Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan ? Actually bukan ada apa pun . Emo anda tu bila-bila je boleh hilang . Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan ?

Mengada-ngada! Gedik ! ( aku xde la sampa cenggitu de . tu bukan gedik da tapi menyusahkan hidup orang ! ni ape yang aku nampak dengan mata kepala sendiri la kan.. )


Bila lelaki luangkan masa dengan korang. 


Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause game semata-mata kerana korang ? KORANG TAU TAK ? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main game online . Lelaki kalau dia gilakan game , dia memang akan utamakan game . Tapi once dia utamakan korang , maknanya dia utamakan korang dari game ? It's a big deal ! Seriously babe !

Dan biasanya , kalau lelaki tu suka kat korang , dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang . Tak kira lah situasi apa sekalipun , dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak ? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan ? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia . Tapi alhamdulillah sangat-sangat la .. aku bersyukur sangat-sangap sebab boipren aku selalu la tersangat sms , call aku . Aku ni flexible type , kalau nk sms , aku on , tak nak sms pun aku on je . Boypren aku pulak nak kami berkepit je ! Aku on plus suke giler ! Kalau lambat reply , dia terus call ! Bahagia sangat-sangat hokek !
p/s : Untuk sesiapa yang ada rase dengki or iri hati tu , peliss sangat ! Jangan nak dengki or jeless sangat ye sebab kami akan terus berkepit dan mengepit dengan semakin erat ! blueekk  ! ;p


Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat . 
Kadang kadang , lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia , si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap . Kadang-kadang lelaki romantik ni hanya akan tengok gelagat awek dia , cara dia bercakap dan sebagainya la . Kalau bergayut pula , dia lagi suka dengar awek dia bebel . Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa . Kelakar doe . Kelakar dan comel . Dan sweet . Dan macam-macam perasaan lagi la ! Kadang-kadang tu , terasa sekalipun tengah admit kat sepital Tanjung Rambutan , korang akan tetap rasa bahagia sebab yes , sangat-sangat bahagia ! :)


So, apa yang lelaki akan perasan ? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap . Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa . Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat . Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat . Dan most of the time , lelaki akan perasan si gadis punya nada . Actually lelaki romantik je yang perasan , da tak semua lelaki boley perasan bende-bende cenggini . Biasalah , romantik kan . Lelaki melayu kan romantik .


Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common . Aku nak cerita pun malas . Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia , tu ada beberapa maksud. First , itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini . Walaupun aku huduh , tapi awek aku comelllll . Tak macam korang , muka handsome . Tapi awek tak der gak . Dan maksud yang ke dua adalah... Wait , why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious ?

Yes , dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan . Dan kalau boleh , lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek . So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia . Dan pada masa yang sama , lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki . Dia nak jugak send time dengan kawan-kawan dia . Bab n kene bagi open , sebab bila kita trust boypren kita , kita tak der nak control dia sangat da plus kita sendiri da tau dengan sape dia nak lepak tu kan .  TQ pak cik hilmi ! ;)


Well, korang boleh tanya kawan dia.
Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia . Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak . Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia , ada tapi jarang la . Tapi , kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not , kan ? So , korang boleh susun langkah track your boy .Believe me , it's work girls !


Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.


Lelaki mudah bosan . Iya . Kadang-kadang , dia rasa nak main game je memanjang . Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia . Tapi once dia habis main that game , dia akan mula tercari-cari awek dia . Then bila awek dia ignore , perh , lagi la si lelaki rasa nak cari . Macam aku , bile dia sibuk sangat dengan game , aku tido ! Bila dia cari aku lik , aku da berdengkur ! Even da tawen nanti pun , aku nak buat cenggini ! Biar dia tak berani nusyuz dengan aku or erti kata lain , menolak kemahuan ku , chewah !! Tapi , betul la .. semakin perempuan lari , semakin kuat lah si lelaki kejar . Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva . Tajuk citer tu adalah Play The Game . Antara quote dalam movie tu adalah
"Love , you either know it when you meet her , or when you lose her ." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl , dia biasanya akan rasa gelabah . Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik . Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat semua perempuan ! Hanya kamu je dapat ! :)


Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang . Tak adanya kalau korang bercouple , si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan . Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur . Okay fine memang ada . Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata . Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him . Ni seyesly based on my experiences la .

Tapi cuba you all fikir balik . Andai kata korang sayangkan satu benda , korang nak jaga elok-elok tak ? Macam entry yang before ni yang aku story pasal kerete kalau korang sayang kerete tu kan ! Kalau aku lah kan jadi lelaki  , kalau aku jumpa seorang awek comel , bertudung litup , muka suci then pakai baju kurung setiap hari cam Ana Rafali tu kan , aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari . Iyelah . Dia tu comel . Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia ? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy ? Mesti rosak that girl kan ? See , so you guys lelaki , peliss jaga girls korang baik-baik and respect them ! Takkan lari gunung dikejar ! Kalau memang dah tertulis dari luh mahfuz untuk korang , janagn la nak risau ape-ape okay !


Tapi korang kena ingatvye girls ! Lelaki ni pandai menipu . Perempuan pula tak berapa nak pandai . Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak . End up masuk bilik gak . Avoid lah !

Yes , most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin . Tapi korang kena ingat . Lelaki pun tahu yang perempuan tahu . So , bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious . Then bila perempuan setuju dan happy gila , si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You yo u. Kita akan kahwin nanti kan . So , apa kata you buktikan cinta you kat I . Malam ni check in hotel jom ?" Jeng , Jeng , Jeng !!

Eh , jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu . Sangat-sangat bersepah !

Dan , conclusionnya , yes , seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas . Persoalannya , lama mana dia akan suka kat kau ? Aku belum pernah jumpa lelaki yang setia pada cinta hingga akhir hayat ! Demi Allah , belum ada mana-mana lelaki yang aku banggakan .

SUKA - MINAT - SAYANG - CINTA
Bezakan antaranya , namun hati-hati dengan CINTA , ia mampu menjadi benci dan dendam yang maha dahsyat . 

Ya Allah , moga cinta aku dan dia diberkatiMu dan satukanlah kami andai kami ditakdirkan bersama . Amin .


No comments:

Post a Comment