16 December 2011

KENAPA LELAKI BEGITU DAN JUGA BEGINI ? OHH LELAKI !

Olla .. best jugak bile taw ade stalker setia ! heyyo .. awak stalker ! ;D




eh , jap .. aku buat entry ni bukan untuk tuju kat sesape .. lagipon , ni la satu-satunye tempat aku nak cakap ape je aku suke hokek ! Since ramai yg tak tahu blog aku nih .. aku nak taip je ape aku suke ,ape je aku nak story , kalau kau cakap aku 'syok sendiri' kann and kau tak suke la kann , ko pegi click kat sign 'X' atas tuh .. jangan bace ! Mak hokey je ! aw !


First of all , ceh-ceh .  Jap lagi datang la giler aku nih ! hihi ! Actually , it feels really good bila aku ada laptop sendiri untuk menulis , tak der nak pinjam orang punye or pegi cc ke hape . Apa pun , harap-harap laptop ni tak buat hal lagi ye , sebab rasenye tahun ni je da 3 kali format ! tu la kedekut tak nak pasang anti - virus ! sape yang kaya raya , bak mai siket duit ! Teee *

Kenapa ada sesetengah lelaki , yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan dengan girl dia tuh , fed up , muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else ?
Lelaki tu pilih awek berambut karat berbanding girl yang berambut tak karat ? Dan kenapa perempuan tu karatkan rambut dia ? Apa dia ingat kalau dia buat rambut karat, dia boleh dapat muka macam sys Hamis Jalikha? Eww pelissh hokek . No way ! No enrty ! ahaks ! Sys Hamis Jalikha kalau rambut karat sampai putih pun lawa okay . Sebab dia kacukan . Korang ? Korang kacukan ke ? Mana adaaa . Sebab tu la tak lawa pon pompuan-pompuan yang pelik2 ni gatal nak g karatkan rambut ! Da la buat lagi huduh , berdosa lagi tu . haiyoo.. !


Lagi pun, cer tengok sys Lisa surihani tu . Mana main kaler-kaler rambut ye tak ? Kaler-kaler rambut tu dah ketinggalan zaman ah . Sekarang zaman dah maju . Dunia dah berubah . Zaman sekarang semua main rambut hitam . Baru nampak so neutral !



So , berbalik kepada soalan , kenapa lelaki suka curang instead memberitahu yang dia dah fedup dengan si gadis ? Actually , ye ke yang lelaki tu dah bosan dan fed up ? Well , bukan la nak cakap aku ni expert pasal lelaki ke ape , but dengan pengalaman aku da kenal ramai sangat lelaki ni , bagi aku lelaki tu mungkin takut dan tamak .

Takut ?
Certain lelaki amat takut untuk bagi tahu yang dia curang . Why ? Sebab dia takut kot-kot dia dah buat pilihan yang silap apabila mula curang . Dengan kata lain , lelaki curang untuk 'Try and Error' . Dia curang (try) . Bila rasa tak tak boleh bertahan (error) , dia blah . Easy concept . Faham kan ! Tapi banyak kebodohan dan kedunguan lelaki ditonjolkan di sini ! sebab ? Most of lelaki ni la kan , dorang akan menyesal bile dorang rase (error) tu is the right thing ! Dan mase tu nak nyesal pon , eh .. haremm la nak nanges ke ape sebab girl tu mesti da maki , reject , etc korang giler2 ! Padan la muke ! sob2 !

Tamak.
Bayangkan yang anda adalah seorang lelaki . Di hadapan anda ada dua orang awek . Sorang yang alim , yang baik , yang sopan santun . Dan sorang yang liar , seksi dan menggoda . So, korang nak pilih mana satu ? Well , kalau boleh ngap dua-dua , kenapa nak buang satu ? HAHA . Mesti kat kepala hotak korang nak awek yang seksi meksi , tayang lemak sane - sini kann ! Baru korg ley bangge jalan dengan awek tu .. Tapi kalau nak tnggalkan yang alim , baik , sopan santun ni pulak , sayang giler kot ! Tu la calon bini nak bawak balik kampung , tayang kat mak bapak korang ! Takkan nak tayang awek yang terjojol t*t*k kat mak bapak ! Sumpah , memang korang kene rembat dengan penyapu punye la ! hahaahha !! That is why lah kenapa lelaki curang dan pasang dua . Am I right ? ;)



How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu , do such things as check in into hotel , ringan-ringan , geli-geli dan bermacam-macam lagi ?
Sebenarnya , solat 5 waktu tak menjanjikan apa-apa (kalau solat tak sempurna bab Mak Cik Senot-Senah cakap kann.. ) Ustaz pun ada yang merogol , meliwat . Pelajar tahfiz pun ada yang melanjurkan diri ke arah ketelanjuran . Cikgu agama pun ada yang molest . Ustazah dan ustaz dok beromen . Dan Kelantan , negeri paling islam di malaysia , mempunyai pesakit HIV dan AIDS paling tinggi bilangannya di Malaysia . So what upp ?


Korang kena ingat satu benda . Jari telunjuk adalah ilmu . Dan jari tengah adalah nafsu . Kalau korang tengok balik , jari tengah akan sentiasa lebih panjang dari jari telunjuk . Maksudnya , even korang belajar sampai ke tahap ustaz sekalipun , nafsu adalah sesuatu benda yang amat-amat bahaya . Sebab tu la aku cakap , solat atau tak , puasa atau tak , taat ibu bapa atau tak , ianya tidak menjanjikan apa-apa pun , percayalah . Aku pernah tengok sendiri orang-orang yang pelik . Ada orang yang tak pernah solat , tetapi puasa tak pernah tinggal . Ada orang yang tak pernah tinggal solat tetapi hari-hari pergi club .Haih , manusia kan .. macam-macam ragam ! Gitu lah gamaknya manusia ..




Sebab tu lah orang kata berkahwin itu umpama menyempurnakan agama . Supaya kita boleh fight all of those nafsu . Tapi nak buat macam mana . Nak kahwin je , mintak hantaran tinggi-tinggi . Pastu masak tak reti ( eh , aku reti yer ! hihi ) . Pastu tanggalkan stoken suami tak mahu . Macam mana nak kahwin ? Then masa nak kahwin , make up pulak tebal nak mampus . NI TAK MENTION TOK SEMUA PEREMPUAN HOKEK ! OKAY FINE , terubah topik .


Tapi seriously ah , aku rasa tak ada kot orang nak bernikah dengan perempuan rosak . Contohnya, Maria Ozawa la . Kalau korang di beri peluang untuk kahwin dengan sesiapa sahaja adakah korang akan pick Maria Ozawa ? Or top Vietnam model , Elly Tran Ha ? Okay fine Elly Tran Ha tu ada kot ( Member aku nak . Eww) . Tapi realitynya , tak ada kot . Kecuali la engkau tu memang lelaki tahap setan , sanggup la kot .. tapi aku percaya mana- mana lelaki kat dunia ni , mesti nak perempuan suci untuk buat isteri !


Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?


The issue nya sekarang ni , aku rasa lelaki tu terperangkap antara nafsu dan long term planning doe . Biasa lah , darah muda la katakan . Sekali awek hot tackle , sure cair .  Dan bila dia tengok perempuan blond yang hot dan seksi tu , aku bet yang dia nampak adalah nafsu . Dan bila dia tengok awek dia , apa yang dia nampak adalah 'future wife' . Dan bila dia fikir-fikir balik "Hmmm. future wife ni lambat lagi kalau nak naughty-naughty pun . Tapi kalau awek blond ni , bila-bila masa boleh" . Actually tak semua perempuan seksi dan tak tutup aurat tu adalah liar . Tapi dalam kes ni , siap dah check in hotel . So faham-faham la ye .

Actually kan , ada certain lelaki ni dia suka tau kalau ada lelaki lain pandang awek dia sambil cakap "Weh, seksi gila awek kau. Badan dia, perh" . Then lelaki tu sure rasa bangga bila kawan-kawan dia bercakap pasal body awek dia . Ya , ewww . Aku tak faham kenapa ada certain lelaki boleh share-share cakap pasal part-part badan awek dia dengan lelaki lain . Dan rasanya tentu sekali dia tak nak jadikan awek dia tu sebagai wife dia . Lagi pun , no way lah korang (boys) nak lelaki lain usha dan fikir yang bukan-bukan pasal yang calon isteri korang kan ? Dan yes , most of lelaki , dia akan cari gadis yang baik untuk di jadikan calon isteri . Yang liar dan entah apa-apa tu , hanya di jadikan stok dan bahan simpanan je . Tapi yang tak adil untuk perempuan baik , bila dapat suami yang jahat ! Sakit hati kan ? 

Bytheway , sejujurnya nasihat aku , past is past , terima dia seadanya asalkan dia tak ulangi lagi . Ubah dia .. Sayangi kebaikan dan cintai keburukan dia , insya Allah . Ni la yang aku buat . Tapi kalau da tertulis memang tak ditakdirkan untuk bersama dengan dia , redha je la . Percayalah , Allah tu memberikan apa yang kita perlu , bukan kita mahu !


 
Lagi pun, korang bayangkan ye , korang ada seorang awek yang baik gila babeng la kann . Nak ke korang rosakkan ? Mesti korang nak jaga elok-elok kan ? Konsepnya sama je . For example , korang ada kereta . Kereta korang lawa . Then superb . Korang beli mahal gila . Di sebabkan mahal , korang jaga la elok-elok kan ? Sanggup ke korang kotorkan kereta tu ? Sanggup ke korang drive guna kereta tu di kawasan berlubang-lubang sampai rosak ? Mesti tak sanggup kan? So , instead dari merosakkan calon bakal isteri sendiri , baik rosakkan bakal bini orang lain ye tak ? Hoih , jahatnye aku , macam menghasut lelaki jadi jahat lak ! haha ! See lelaki ni pandai sebenarnya . Ehem . Mr , Affrizal , peliss take note ! take note the right and good things ye !


*********************


Well , dalam dunia ni ada bermacam kes pasal lovey dovey ni . Ada yang begitu , dan ada yang begini . Tapi, aku rasa dalam banyak-banyak tu , mesti ada yang nak menuju ke alam perkahwinan kan ? Sebab aku pun cenggitu !

Well , kahwin ni seronok sebenarnya . Kadang-kadang gaduh manja . Kadang-kadang gurau-gurau kasar . Kadang-kadang suami yang merajuk . Kadang-kadang isteri yang pujuk . Bestnya , even belum kawin , bile aku gaduh dgn dia , dia pujuk je , tu pun da rase syok giler ! Guys , berkahwin adalah sesuatu stage dimana kita dah di satu tahap yang berkeinginan untuk hidup dengan pasangan kita untuk satu jangka masa yang amat panjang . Contohnya, aku nak hidup dengan seorang lelaki yang aku tak akan pernah rasa bosan untuk bersama . 

Ya , antara sebab aku berkahwin adalah sebab aku nak bersama dengan boy yang aku suka for the rest of my life . My whole life . Bangun pagi nampak muka si dia , terukir senyuman indah , ecece ! Masuk tidur pun , nampak muka si dia dan senyuman indah itu tetap terukir . Tak akan pernah rasa bosan .
And... yeah . Saya romantik siket kan ? Sila jangan terpikat ! Teeettt *




p/s : I DO LOVE U OKEY ! xoxo


No comments:

Post a Comment