16 March 2012

Puding Buah Peach

Bahan-bahan ( 10 orang makan )

  • 1 bungkus agar-agar
  • 6 gelas air
  • 1 cawan gula (kalau nak manis, tambah lagi)
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu esen vanila (jika suka)
  • 1 tin buah peach (tuang air buah ke dalam gelas lain. Baki buah peach tadi, dipotong dadu)
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1/2 cawan sagu (direbus dan diwarnakan merah)

Cara-cara

  1. Rendam agar-agar terlebih dahulu kemudian masukkan 4 gelas air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar- agar hancur.
  2. Sementara itu , susun buah peach dan buah ceri dalam acuan .
  3. Ambil sedikit adunan agar-agar dan curahkan ke dalam acuan yang sudah disusun buah peach dan ceri sehingga sama paras atau tenggelam sedikit buah tersebut . Tunggu sehingga agar-agar keras .
  4. Air buah tadi dicampur dengan air biasa menjadi dua gelas air . Curahkan ke dalam periuk berisi lebihan agar-agar tadi .
  5. Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan ke dalam adunan agar-agar diikuti dengan esen vanila, telur, susu cair dan tunggu sehingga mendidih .
  6. Curahkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan berselang-seli dengan buah peach yang dipotong dadu dan sagu sehingga habis .
  7. Biarkan sehingga sejuk dan bolehlah dihidangkan .


No comments:

Post a Comment