16 March 2012

Ayam Masak Hitam Style Cik Dora

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1 ketul dada ayam - potong 8
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 6 sudu makan kicap pekat (cap unta)
  • 2 sudu makan mentega
  • 50 gm kismis hitam (goreng dan kisar)
  • 1 biji bawang besar ( potong bulat )
  • 8 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 2 batang serai - kisar
  • 1 inci lengkuas - kisar
  • 1 paket kecil rempah tumis
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 sudu makan susu manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 helai daun pandan - di simpul
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Ayam dicuci dan toskan . Selepas itu masukkan rempah kurma , kicap pekat dan gula . Biarkan seketika .
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis dan daun pandan hingga angkat baunya. Kemudian masukkan cili kisar dan bahan kisar . Masak lagi hingga kuah agak pekat.
  3. Kemudian masukkan ayam. Gaul lagi hingga sebati. Selepas itu masukkan kismis hitam yang telah digoreng dan di kisar tadi.
  4. Bawang besar di goreng juga dan dikisar lalu masukkan ke dalam adunan ayam tadi . masak hingga kuah ayam nak pekat.
  5. Apabila ayam masak baru masukkan mentega dan susu manis . dan masak lagi hingga ayam betul-betul masak. Rasakan adunannya ada masin , pedas, lemak manisnya .( ikut selera masing-masing )
  6. Setelah ayam masak bolehlah dihidang . Makan dgn nasi panas ! Sangat2 sedap . Try okay ! 

No comments:

Post a Comment