Puding Roti Mak Cik Dora Yang Lazat ! hihi
- 15 gm agar-agar
- 1 cawan gula*
- 5 keping roti
- 1 tin susu cair
- (3/4 cawan susu segar+1 sudu bsr custard+2 sudu besar gula) ATAU (3/4 cawan susu pekat) *mase ni aku gune susu segar .
- 1 bijik telur
- 1 sudu esen vanilla
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 hingga 1 cawan hot coklat (serbuk)*psst : hotchoc cadbury yang paket kaler biru tu sedap
- 6 cawan air
- Bahan ber* tu boleh ubahsuai. gula blh + lau nk manis lg , hotchoc depends jenama hotchoc diguna
Cara-cara
- Masakkan agar2 dengan 6 cawan air .
- sambil tunggu agar2 hancur , tuang kedua-dua jenis susu dalam bekas . carik-carikan roti kecik-kecik dalam bekas tu .
- Pastu masukkan telur dan esen vanilla . kepuk2 semua bahan dalam bekas supaya x berketul . ( kalu nk sng , blenderkan je semua )
- Bila agar2 dah hancur , tambahkan gula ke dlm periuk , kacau. Kemudian masukkan bahan2 dalam bekas tadi dalam periuk . * api kena kecik *
- Kacau bahan2 jangan bagi berketul . Masukkan mentega , kacau lagi .
- Dalam bekas lain , bancuh hotcoklat dengan air panas , guna 1/3 cawan je air panas . ambil separuh dari isi periuk , tuang dalam bekas hot coklat tadi , kacau bagi warnanya rata.
- Tutup api , tuang adunan warna cream (vanilla) selang seli dengan adunan warna coklat dalam bekas. Tunggu sejuk sikit , masukan dalam peti dalam setengah jam camtu . Sedia dihidang buat tercayangg .Wee ! Try buat sebab budak-budak suke . Bapak budak pun layan puding roti ni . ;D
No comments:
Post a Comment