03 March 2012

Sandwich Omellete Bawang . p/s : breakfast for my hubby nanti ( berangan )

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • Bahan-bahan untuk Omelette :
    - 4 biji telur
    - 2 sudu makan susu tepung dibancuh dengan stengah cawan air @ stengah cawan fresh milk/susu cair
    - 1/2 biji bawang besar holland dipotong dadu
    - daun bawang dihiris halus
    - 1 biji cili merah dihiris halus
    - 1/2 sudu teh garam
    - 1/2 sudu teh gula
  • Bahan-bahan untuk sapuan : Sos cili thai & Mayonis

Cara-cara

Cara memasak :
1. Satukan semua bahan-bahan untuk Omelette kecuali roti & planta . Kacau hingga sebati.
2. Panaskan frypan/ kuali leper (untuk buat roti canai/burger) dengan api yang perlahan .
3. Sendukkan 1 senduk keatas kuali .
4. Tampalkan sekeping roti keatasnya, bakar selama 1-2 minit (tak perlu balikkan roti) .
5. Ulang langkah diatas hingga habis .
6. Sapu mayonis diatas omelette yang melekat kat roti tadi hingga rata diikuti dengan sos cili thai .
7. Roti yang beromelette tadi dilipat 2 & sedia untuk dihidang utk hubby tercayangg . Weewiitt !

No comments:

Post a Comment