“ Kadang-kala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYA dan belajar daripadanya.. "
Sahabatku , ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan . Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan .
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita , melainkan kerana kita sendiri menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya .
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu .
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain .
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi .
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita .
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang itu ketika hati kita sering berkata, “Aku sangat mencintainya..”
JUST REMEMBER THIS , DARL :
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru. .
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya .
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita .
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu , Dia telah siap memberi yang lebih baik .
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu .
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan” .
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu ! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!!!!
No comments:
Post a Comment