Awak…
Awak tahu tak saya sayang sangat kat awak??
Awak tahu tak awak sangat special bagi saya??
Saya masih ingat lagi detik pertemuan kita yang pertama..
Sangat manis, sangat indah..
Kita bertemu di tempat yang sangat special..
Tempat yang saya tak pernah jumpa kawan-kawan yang sebelum ni pernah rapat dengan saya..
Sebab tu saya kata awak special.. sebab kita sama-sama mencari-cari sesuatu yang bukan semua orang nak cari.. Even tempat yang kita bertemu tu pun orang lain jarang pergi tau!
Malah, orang lain pun pelik kenapa lah kita pergi kat situ... aissh...banyak lagi tempat lain kot.. adeh! I.K.E.A b.. ;p
Awak..
Saya tak sangka tau, pertemuan pertama kita tu menemukan kita malah sampai sekarang saya bersama awak,
Sampai orang lain pun pelik macam mana kita boleh rapat.. tempat tinggal tak sama, sekolah tak sama.. macam-macam laa yang tak sama.. tapi, kita boleh aje rapat macam orang lain..
Tapi kan awak, saya rasa macam tak perlu pun pelik.. sebab sebelum kita kenal, kita memang dah telah diikat dengan ikatan satu aqidah, ikatan itu sebenarnya lebih kuat dari ikatan darah..
Awak..
Pertemuan kita yang pertama itulah yang telah mengikat hati-hati kita,
Di pertemuan pertama kita itulah kita telah memilih dan telah tentukan sesuatu dalam hidup kita,
Awak ingat tak, di situ kita dah tahu, kita dah faham matlamat kita sama,
Kita dah tahu kenapa kita kat dunia ni,
Lepas tu, kita pun pilih untuk berada di “sini”,
Di “landasan” ini, di “jalan” ini untuk sama-sama capai matlamat yang satu,
Matlamat ni teramatlah besar bagi kita manusia yang sangat kerdil ni,
Kita sama-sama berusaha mencari, mengejar serta menggapai matlamat itu,
Kita cuba untuk meraihnya..
Namun..
Kadang-kadang, dalam perjalanan meraih matlamat itu,
Kadang-kadang awak letih..
Saya pun sama.. kadang-kadang saya terjatuh..
Bila saya terjatuh, awak cepat-cepat bantu saya bangun kembali..
Ya!! Saya sangat gembira sebab bila saya terjatuh, ada orang tolong bantu saya,
Bila awak tertidur, saya tolong kejutkan awak, bila saya lemah, awak tolong kuatkan saya,
Bila awak malas, saya ingatkan awak tentang matlamat kita..
Wah.. awak tahu tak, betapa istimewanya hubungan kita..
Yelaa, bukan semua orang tau yang sanggup nak jaga kita..
Sebab tu saya kata sayang awak tau..
Sebab tu saya kata sayang awak tau..
Awak..
Disebabkan rasa sayang saya pada awaklah,
Saya rasa saya perlu untuk tegur awak kalau ada kesilapan yang awak lakukan,
Sebab saya pun nak awak tegur saya, betulkan kesilapan saya..
Saya tak kisah kalau awak bosan dengar leteran atau teguran saya,
Sebab saya sentiasa berharap agar kekhilafan dan kesilapan itu akan hilang dan lari sebab bosan dengar teguran dan leteran itu,
Kita sama-sama hamba-Nya yang lemah, sering lakukan kesilapan..
Sebab itulah kita perlu saling kuat dan menguatkan..
Awak...
Saya nak kita sentiasa sama-sama beriringan dalam mencapai matlamat kita yang satu,
Iaitu untuk mencapai “Mardhatillah”
Saya nak awak sentiasa bersama-sama meneruskan perjalanan panjang kita
Di jalan dakwah ini,
Saya tak nak saya ataupun awak yang tersasar dari jalan ini,
Kalau saya buat sesuatu yang menyebabkan saya tersasar dari jalan ini,
Saya nak awak tarik saya balik ke jalan ini..
Saya tak nak jauh dari awak..
Saya tak nak awak jauh dari saya..
Saya tak nak kita bersama-sama kat dunia ni je..
Tapi.. Saya nak berpimpin tangan dengan awak hingga ke Syurga..
Sebab saya sayangkan awak kerana Allah..
Nota kaki : sangat bersyukur kerana DIA memberi peluang kepada saya untuk mengenali nikmat ukhuwah .. tau tak , DIA sangat sayangkan kita !! Sebab tu dia hantarkan “AWAK” untuk menjaga saya , untuk ingatkan saya tau .. Kalau DIA tak sayangkan saya , Kalau DIA tak sayangkan kita , mesti dibiarkan kita terus hanyut dan lalai kat dunia yang hanya sementara ini .
Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hatiku dengan agamaMu serta ketaatan kepadaMu...
No comments:
Post a Comment