Jika anda terasa sakit di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah samaada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya, biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi. Amalkanlah.
Showing posts with label kaki. Show all posts
Showing posts with label kaki. Show all posts
04 February 2011
31 January 2011
Petua Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.
Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.
Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Subscribe to:
Posts (Atom)