Showing posts with label l.u.r.v.e.d.o.r.a.l.i.c.i.o.u.s.. Show all posts
Showing posts with label l.u.r.v.e.d.o.r.a.l.i.c.i.o.u.s.. Show all posts

12 January 2011

Petua Untuk Memagar DIRI

Waktu selepas Solat Maghrib, seeloknya pada hari Selasa bagi memagar diri anda.

Caranya:

1. Duduk bertimpuh seperti Tahiyat Awal dan mengadap ke KIBLAT.

2. Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman sihir kerana Allah Taala.

3. Pejam mata, tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat Kursi dengan betul, seboleh-bolehnya dengan satu nafas sahaja.  Semasa anda membaca ayat Kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa di hadapan anda satu tembok yang amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat Kursi hembuskan semula nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi langkah yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada di belakang, seterusnya ulangi lagi untuk tembok sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. (Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat persegi yang sempurna.)

5) Untuk permulaan, amalkan sebulan sekali. Tetapi untuk lebih afdhal, amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja dalam seminggu.



Wahai Muslimah

Wahai Muslimah,
Di Wajahmu yang jernih,
Pancarkanlah nur,
Buat mengukir sebuah ketenangan,

Wahai Muslimah,
Dalam gerak-gerimu,
Lahirkanlah kelembutan sejati,
Agar terhapus segala resah,
Moga terubat segala derita,

Wahai Muslimah,
Di tanganmu ada amanah,
Mencorak generasi juang,
Pada senyum bicaramu,
Pada gerak lakumu,
Adalah lambing insan masa depan,
Antara memikul noda,
Atau khusyuk memetik pahala.

Petua Untuk Minda Cerdas

Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.
Dek kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk."

Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, "Ada tiga perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama', bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia." Abdullah bin Mas'ud mempetuakan, "Ada empat perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan-angan." Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.

29 January 2010

l.u.r.v.e.d.o.r.a.l.i.c.i.o.u.s

MEMBER YG HIPOKRIT????
aarrgghhh!! tension n ley wat aku meroyan.. datz way,da best way,just ignoring kamoo! ha,..bukan aku suke-suke nk wat mcm ni..tp ko kne faham..people around you also do da same thing k..think my dearie...kawan yang baik takkan memusnahkan..we ol jz wanna help you..nk ko mcm dulu..aku kenal ko macam ne..suda2 la nk jelez n dengki-dengki k..nanti ko gak yang rugi..jz flow through in your own way..don't be others.. but if you prefer to do so...we ol just 'no komen'.... n..plz..jgn nk merayu n minta maaf kt aku k..ko tak wat dosa ngan aku..tp dgn Allah... i got no right nk ampunkn dosa-dosa ko... change dear! 4 your life..bukan we ol k...oke...TBC.....i.l.u.r.v.e.A.L.L.A.H~