Showing posts with label rinduyoyot. Show all posts
Showing posts with label rinduyoyot. Show all posts

10 July 2012

SEBAB AKU STILL BOLEY BERTAHAN DENGAN PJJ

Cinta jarak jauh ataupun  long distance love nihh dah ta asing untuk kite kan ? Sangat diakui yang cinta jarak jauh ni sangat la payah kan kan ? Mane taknyer , bila dah jauh mula la tak sefahaman , sering gaduh - gaduh .So disebabkan aku sendiri sedang mengalaminya , aku dengan sengajanya nak mengge'post entry ni jugak ! weks-weks ! ;p




1 . Kesetiaan

Okey , bila ade nyer cinta jarah jauh nihh , kedua-dua belah pihak mesti akan rase macam bosan , takde teman berbual , berkongsi masalah and rase tak secure bile orang yang kita sayang tade di sisi kita .  And pada masa itula , bila ade je peluang mungkin kita akan mencari teman buat mengisi kekosongan itu .So , kalau boleh taknak la jadi sampai camtuhh kan ? Jadi , perlu diterapkan dalam diri setiap pasangan untuk setia antara satu sama lain .

2 . Berusaha untuk berjumpa walaupun kejap

Bila cakap cinta jarak jauh , mesti la duduk pun jauh-jauh ye dakk ? Walaupun camtuhh , seboleh-bolehnya walau sesibuk cane pun korang , cuba cari masa untuk jumpa kejap . Bukan ape , mungkin kalau dalam phone , dalam meseg susah nak cakap . Tapi bila face to face , kan senang . . yessza , dan sebab itu jugak lah aku akan mencari gaduh sebulan sekali ! asalkan boley jumpa dia ! hahaa 3;)

3 . Percaya pada pasangan

Bila kita dah jauh dari paangan kita , apa yang perlu kita buat adalah percaya pada si dia . yela kan , kata la gf / bf awak tuhh busy dengan kerja kan , mestila diorang ade meeting or ape-ape kerja yang kene settlekan kann ? So , janganla plak korang ragu-ragu tuduh or cemburu tak bertempat . Bila kita saling percaya , barulah hubungan kita menjadi semakin baik :)

4 . Bertanya khabar

Ini sangat la penting bila terjadinya hubungan jarak jauh nihh . Kalau boleh , sekurang-kurangnya kalau sibuk camne pun , telefon la pasangan korang untuk tanya khabar , sekurang-kurangnyer even korang ade jauh antara satu sama lain , but korang still can get on with each other , kongsi masalah same or maybe ade something yang nak dikongsikan oleh pasangan korang :)

So , itulah antara tips-tips yang aku rase relaven . :)


Kadang-kadang ,Kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita .
Allah jarakkan kita dengan dia.

Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu

Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.

Dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.Untuk sedarkan kita.

Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan
Kadang-kadang, Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
lalu timbul rasa rindu dan menyesal,Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tetapi untuk memberi pengajaran
bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang kita mahu lakukan..


I HATE PJJ BUT NOW I'M ON THE LINE

aku sedang melalui cinta jarak jauh
bermakna sedang menempuhi ujian cinta
bila berjauhan ni banyak benda kena korbankan
hati kena sentiasa sabar
jangan cepat buruk sangka pada pasangan
cemburu kena kurangkan (part ni aku paling lemah)
kena memahami keadaan sekeliling dia
yang paling penting kena kalis rindu..sigh!
mula2 tu rasa susahhhhhhh sgttttt
sampai pernah hati ni rasa feedup dengan cinta pjj ni
rasa nak putuskan hubungan la
rasa nak cari lain la (AHAKSSSS)
apa2 pun kesabaran dan kepercayaan perlu tinggi dalam diri setiap pasangan
kalau tak ada semua tu, susah nak bertahan lama
lagi pun aku percaya , dia terpaksa outstation pun
sebab nak carik duit kawen kami jugak ! hihi
so far dah 3 bulan lebih kot aku berjauhan dengan si dia
sebulan sekali je dia balik
kalau dah rindu sangat, memang aku akan cari gaduh
so dia memang akan balik untuk pujuk aku ! hahaa
tapi kadang2 sedikit sebanyak aku dah lali dengan rindu mengada2 tu
kadang2 malas nak layan perasaan rindu tu
bukannya apa, buat apa merindu gila2 pada seseorang yang masih bukan hak mutlak kita
merindu biarlah berpada2 dan pada yang halal (pujuk hati sendiri)
rasanya cinta jarak jauh ni banyak mengajar aku untuk menjadi manusia yang lebih matang :)
alhamdulillah..
ada hikmah di sebalik cinta jarak jauh ni kan..
cuma satu doaku
WALAU SEJAUH MANA , SEHEBAT MANA DUGAAN BUAT CINTA KAMI
ANDAI JODOH KAMI TELAH TERTULIS DI LUH MAHFUZ,
KAMI PASTI BERSATU ! HOOYEAYH !!

20 May 2012

AKU RINDU DIA



Yes , aku memang rindu dia^^ Merindu dia dlm kegembiraan & ketenangan.. Itu lebih mendamaikan perasaan kan..

Emm , rindu yg ada pada dia memang xkan pernah akan habis selagi adanya dia.. Dan walaupun tiadanya dia, aku akan tetap jua merindu.. For sure~

Siapa yg dirindu tue? Mesti la yg sudi merindu jua kan.. Even if dia tidak sudi merindu pun , tetap jua aku merindu.. ;(

Last but not least , semoga dia akan baik² selalu disana.. Moga tercapai segala hasrat yg dihajati.. May Allah bless u always love ~
Topics: dia, aku, kami, cinta kami selalu indah

14 February 2012

~ kerana aku merinduimu , affrizal ~

terima kaseh cinta ..
di atas sume yang telah kau berikan padaku
segala yang kau lakukan untukku ..
membuatkan lidah ku tidak mampu
menuturkan bicara kerana sesungguhnya
ku sangat bahagia bersamamu sayangku ..

sayang ku affrizal ..
semalam baru ku sedar ...
betapa besarnya nilai cintamu itu ..
ku minta maaf kerana terlalu banyak mengecewakan
dirimu .. sesunnguhnya diriku ini terlalu
banyak kekurangannya ...

sedikit demi sedikit ku dapat menerima hakikat
bahawa ku kini milikmu .. bukan milik lelaki lain lagi ..
sedikit demi sedikit ku dapat merasakan kehangatan
cinta yang kau berikan untukku ..

selama ini ..kamu cukup bersabar denganku sayangg ..
melayan karenah ku .. betapa kamu cukup bersabar
tidak mungkin akan ade lelaki lain yang mampu
bersabar dan tabah sepertimu ..
yang apabila insan yang disayanginya tidak dapat
melupakan orang lain dalam hidupnye selain kamu ..

ya Allah .. terima kasih kerana mempertemukan ku
dengannye .. ya Allah .. sesunnguhnya aku amat bersyukur
dengan pertemuan yang telah kau ciptakan antara ku dan dia ...

ku pohon pada Mu ya Allah ..
jika die milikku yang telah Engkau ciptakan untukku ..
Engkau kekalkan lah hubungan kami ini sehingga
ke syurga firdausi .. jika die bukan jodohku
Engkau pertemukan la die , afrizal .. dengan insan yang LEBIH BAIK
dan sempurna dariku ya Allah ..
Sesungguhnya aku mahukan yang terbaik
untuk dirinya amin ..


untuk kamu cintaku sayang ..
terima kasih kerana memberikan cintamu itu padaku ..
ku bersyukur dapat memiliki mu ..
ku berbangga dapat menyintai dirimu kekasehku ..
ku berdoa semoga hubungan yang kte jalinkan ini
dilandaskan kerana Allah ..
kerana Dia lah yang mempertemukan kita sayangku ..

ketahuilah sygku affrizal ..
sesungguhnyaa kini ku amat mencintai dirimu ...
dan ku pohon supaya cinta ini mekar selama2 nya ..
amin ..


salam sayang ..
ilham mu ..


ku rindu kamu b..
khas untuk kamu sayangku , kau raja hatiku !  feewwit !

p/s : tetibe rase nak nanes.. isk2.. ;'(