14 December 2011

ADAT VS AGAMA ? TUNANG PLUS TAWEN !

Olla adat lovers .

Aku da lame nak cakap pasal ni .. teringat nak wat entry citer pasai nie ..

"Mari Memangkah Adat-adat Melayu yang Merapu."
GILER ! ops , hihi .. entry ini bakal di benci oleh Persatuan Ibu Kandung & Ibu Tunggal Malaysia ! oo , pasti tu !! Why ? Iye la.. sebab aku bet diorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan . Mana tak nye , bila si ibu dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin , terus tak senang duduk macam dia nak kahwin . hihi .. itu la deh perangai ibu ! Nak sediakan pelamin lah , bunga tu lah bunga ni lah , kain lace bagai  sume ! But somehow , ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam . Sama ada bertentang di sebabkan syirik atau membazir .Itu klaw perasan la kann ..

And that is the problem . Stiap kali kita nk bgtawu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam , sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

" Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni . Kita ikut je lah . Beradab lah sikit . Ape pulak tetamu cakap nanti ? "

Euuwww . Bila kita sebut adat , masing-masing mesti cakap "Ikut dari orang yang terdahulu" . Well , for what ? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur . Ada yang dari hindu , dari bangla , dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada . Aiyyoyo aroyo ! hehee

Bertunang

Ape nak cite yer ? Well , mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan . Adat bertunang . Adat okay , not adab . Dalam Islam , ada je adab bertunang . Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah ' Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan ' . Tapi dalam orang melayu malaya ni , akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang . Where the fcuk datangnya Adat Bertunang ? Yeah , datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama . Thank you makcik , yang untung perempuan la .. dapat cincin extra ! yeha !! haha ;D

Adat Resam Bertunang Melayu
  • Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
Actually , kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa . Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin . Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin , itu dah dikira bertunang dah pon . So deal through the fon pon suda boley dikira bertunang guys ! Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je . Begitu gak dengan cincin ekcely . Tak perlu cincin bagai tu der . Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak . Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah' , benda yang simple-simple pun dah cukup .

Then, how about berkahwin?


Berkahwin lagi lah bermasalah . Nak tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat ? Yaa , bukan sebab peraturan dan undang-undang , tetapi sebab 'ketakmampuan' . Jangan nak cakap undang-undang ya . Umur 18 dah boleh kahwin . Tapi sekarang ni , umo kite da bape da kot ? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi . Haih ! Kalau diikutkan dalam Islam , kahwin ni mudah . Masa belajar pun boleh kahwin . Setahun bekerja pun dah boleh kahwin . Tak der hal pun . Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan . Contohnya , hantaran perkahwinan .

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia ? Perlu ke mintak RM222'222 ? Or RM 66'666 ? What ? Nombor bertuah ? Okay now ramai da yang percayakan kepada nombor bertuah ? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal . Then datang pulak dengan empat , lima , enam angka . Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni ? Kesian lelaki - lelaki malaya ! hadoi ! Untuk bakal laki aku nanti , dont worry ye ! Ibu tak jual anak . hihi !

Hokek , kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit , kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit . Macam artis-artis Malaysia lah . Bila artis yang kaya nak kahwin , sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik . RM111'111 lah . RM99'999 lah . Last-last bercerai . Kenapa bercerai ? Sebab tak berkat .

Tahukah anda yang ada hadis pasal ni ?
Ni satu hadis ley selitkan dalam entry ni ..
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya , hadis dah diterangkan secara terang benderang . Tapi , adakah kita nak ikut kata-kata Nabi ? No rite ! Nabi tu zaman dulu . Apa barang iku t. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutamakan adat berbanding agama ni . Bila ada adat , ramai orang suka . Bila ramai orang suka baru lah best . Allah tak suka pun tak apa . Iye tak ? haih ! Pelik -pelik je kita ni kan ?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit . Masak tak pandai , tanggalkan stoken suami tak nak , ada hati nak mintak berbelas ribu riban .


Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin .Kahwin yang satu ni pun kemain serik dan buat kaum adam da semput , inikan nak berkahwin untuk ke dua , ketiga and ke-empat ? aiyoyo , lupekan je la niat tu .. lelaki oi , dapat kahwin untuk pertama pun da kira sangat - sangat beruntung . Ada lelaki yang sekarang ni umur da 30-an , 40-an tapi still tak mampu nak kahwin . Jika awak berkahwin dalam usia muda , awak bertuah la lelaki ! ;)

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis

Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu) . Sebab tu lah bersanding macam Raja . Raja sehari la katakan . Alaa , ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait , mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu ? Hello , raja zaman dulu ada gundik bagai hokek ! Gundik diaorang pulak perh , terbaik babe . Semua pakat muka macam amoi . Iya , amoi lah . Amoi yang putih dan gebu tu . Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni ? Mana ada . Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam ? Ya , sebab ianya meniru upacara agama hindu plus , ianya menunjuk-nunjuk je pun . But then why still nak sanding-sanding ? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa ? Nak korek hidung segan , nak bermanja dengan laki pun segan . Ya . Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah . And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu ? Hokek .. tak cukup ye ! haha


And then what ? Tepung Tawar . Renjis-renjis air ? Untuk dapat berkat ? Really ? REALLY ke berkat tu deq non oi ? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat ? Eh , no no no ye ! How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat ? And that renjis-renjis things . What the hell is that . Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam . Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik . Berdosa pulak tu !

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi , "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya" . So , bila cakap bab sederhana ni , tak payah la nak demand karaoke-karaoke , silat-silat , kuda kepang , taekwando tu semua . Tu semua mengarut je . Ya, tak akan ada karaoke di majlis perkahwinan aku . (Tu pun kalau aku kahwin lah) . Kalau ada pun, band-band yang perform. And my hubby tu jangan harap ah nak karaoke ke ape nanti . Kalau nak terpekik terlolong , tunggu tengah malam nanti . Special punya kareoke dengan aku hokek . Mengada-ngada ! haha ;D

Make Up Tebal Nak Mampus.
Okay ini adalah off topik ekcely . Topik atas sume tu olah dari link - link agame yang aku usha . Tak berapa kena dengan entry tapi pernah tak sume nak  perasan kat pengantin perempuan ? Aku bet korang mesti perasan kan asal pergi kenduri kahwin je , mesti nampak si pengantin perempuan yang make up tebal nak mampus . Serious tebal . Umpama babydoll dah . Dan the issue is , lawa sangat ke macam tu ? Kenapa pak or mak andam untuk bakal pengantin semua sepesen ? Semua jenis suka make up tebal ? Adakah kerana mak andam tu syok sendiri ? Ataupun dia jealous sebab pengantin tu nak kahwin dan dia tak kahwin-kanwin lagi so dia kasi makeup tebal-tebal biar nampak huduh ?

Sedar tak diri kita nie , kenapa ramai pasangan suami isteri bercerai ? YA , KERANA MAK ANDAM . Mak Andam tu pi make upkan si pengantin macam badut . Then bila dah tangkap gambar , nampak la muka badut yang huduh tu daman gambar tersebut . Then gambar tu pulak kita pi gantung kat dinding dalam bilik . Setiap hari si suami terpaksa tengok . Bila tengok , rasa meluat . Sepatutnya , bila tengok rasa sejuk je perut . Tapi kalau dah meluat dan nak muntah tu , memang tak lama ah . So yeah , kalau rase sayangkan perkahwinan anda , tak payah susah-susah nak panggil mak andam make upkan . Selama ni kita bersolek sendiri-sendiri boleh je suami korang terpikat . Apasal tetiba nak suruh mak andam make up pesen badut ? Yes , kahwin nanti , make up sendiri je ye cik nazeera edora ! Jimat ! ;)

No comments:

Post a Comment