“SAYA cinta kamu.” Tiga perkataan yang ringkas tetapi sarat dengan makna
yang begitu mendalam. Hanya perlu diucapkan dari mulut, ia sudah cukup
membuatkan hati seseorang menjadi semakin melayang. Tetapi apabila cara
luahan itu dilakukan dengan lebih kreatif, sudah tentu detik ini menjadi
saat yang paling bermakna.
1. Tulis dan tampal
Tulis
ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak
diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di
komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta
itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak
asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga
mengajar pasangan itu erti kewarasan.
Demi membuktikan kesetiaan
cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara
memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan
deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan
kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel
tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari
Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan
beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah
lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih,
tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail,
menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu
terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel
cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku.
Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman
serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini
membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan
permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta
kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan
permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan
Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak
sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat
kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan
’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada
sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.