PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si
dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak
pernah memberinya peluang kedua.
Apabila segalanya sudah
berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama,
segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak
semuanya berakhir penuh kebaikan.
Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya.
Biarpun
pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama
si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.
#
Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa
dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda
satu-satunya orang yang dicintai.
# Walaupun anda sudah memiliki
teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda
bahagia dan tetap menjadi impiannya.
# Orang yang mencintai anda
selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang
tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
# Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
#
Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS)
seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan
seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.
Menerusi kiriman
SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan ‘aku
CINTA padamu’ tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
#
Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya
ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk
mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
# Orang yang mencintai
anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama,
bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat
itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.
# Orang yang mencintai
anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan
mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
#
Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran,
bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu
apa kegemaran anda.
# Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
# Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
#
Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap
di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat
itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
# Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
#
Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan
perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf
jika tindakannya mengganggu diri anda.
# Jika anda memintanya
untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun
anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!
# Kalau melihat
telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang
pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
# Jika suatu saat anda
merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu
kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.