12 January 2011

Koleksi Doa Untuk ANAK

1. Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

2. Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

3. Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

4. Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

7. Doa anak lembut hati, surah Al-Anbiya, (ayat 69) atau Al-Hasyar (ayat 22-24).

8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5). 

Petua Mengatasi Penyakit Susah Tidur

Masalah susah tidur atau insomnia  lebih banyak menyerang wanita dan  semakin tua seseorang itu, semakin mudah menghidap insomnia.  Tidak ada jumlah tidur normal yang tetap. Sesetengah orang perlu tidur selama 10 jam pada waktu malam, manakala ada yang segar dan cergas walaupun cuma tidur selama 3 jam. Masa tidur akan berkurangan apabila umur meningkat dan lazimnya orang dewasa tidur selama 7 hingga 10 jam, manakala bayi memerlukan tidur kira-kira 16 jam sehari. Golongan tua pula memerlukan tidur kira-kira 6 jam sehari. Kekurangan tidur bukanlah suatu masalah dan ia dengan sendirinya tidak dapat menjejaskan kesihatan seseorang. Apa yang penting ialah mencari sebab insomnia dan cara mengatasinya.



PETUA:
1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.

2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur

3. Katil dan tilam anda mesti selesa

4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur

5. Jika anda susah tidur,  bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan

6.  Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

7.  Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur

9.  Jangan fikirkan hal-hal  pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

Petua Cantikkan Kuku dan Tumit Kaki

Kuku Cantik dan Tidak Kering - Gosok kuku dengan belimbing buluh atau limau nipis 3 kali seminggu.

Kuku Kaki Cantik - Rendam kaki dalam air suam bercampur garam. Biar kering sendiri dan sesudah itu sapu dengan minyak zaitun. Buat setiap hari.

Tumit Pecah –
a.   Gosokkan belimbing buluh pada tumit yang pecah. Tumit akan bersih dan pecah tumit akan bertaut.
b.   Ambil segenggam asam keping dan rebus dengan lima gelas air. Biarkan ia mendidih sehingga menjadi 3 gelas sahaja. Sejukkan sehingga suam dan rendamkan kaki ke dalam air tersebut selama 5 minit. Sementara itu gosok-gosokkan asam keping berkenaan pada bahagian tumit yang pecah-pecah itu.

Petua Hilangkan Gugup Semasa Akad Nikah

1. Pengantin lelaki hendaklah sentiasa dalam keadaan berwuduk, banyak berselawat ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w. dan kalau tidak hafal, anda dinasihatkan untuk menulis di kertas dan dibaca semasa akad.
2. Pengantin lelaki juga dinasihat berjumpa dengan  Kadi/Tok Imam untuk bersembang-sembang dan anda tidak akan terkejut semasa majlis akad nikah.
3. Jika perlu, lakukan raptai  atau “rehearsal” untuk membina keyakinan

Petua Untuk Tampil Cantik dan Bertenaga

1. Duduk Secara Betul
Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan gambaran anda      berkeyakinan dan bertenaga.  Duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul  boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Juga boleh membawa masalah pada paru-paru jantung dan buah pinggang.

2. Ambil Berat Kesihatan Gigi
Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa.  Ia mencerminkan tabiat tidak peka pada penjagaan gigi.  Masalah gusi bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan gigi tapi ia juga memberi kesan pada imunisasi bagan.  Jadi beruslah gigi  sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi.  Jumpalah doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun

3. Ketawa Penawar Duka
Ketawa boleh meleraikan dan melegakan kekusutan.  Senyum dan ketawa boleh membuatkan seseorang awet muda dan nampak berseri. Pakar perubatan dan psikologi berpendapat ketawa adalah penawar duka.  Ianya juga bertindak sebagai senaman dalam (internal exercise) yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Kerap Berjalan
Bersenam menyihatkan badan.  Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung paru-paru dan peredaran darah.  Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan.  Berjalan 20 minit sehari tiga kali seminggu dapan membantu anda berasa cergas dan sihat dan mencantikkan kulit wajah.

5. Berhenti Merokok
Merokok mempercepatkan proses penuaan.  Namun ianya satu tabiat yang sukar diberhentikan.  Walaubagaimana pun jika anda berjaya memberhentikan tabiat tersebut pasti kulit akan kelihatan lebih cerah dan berseri.  Rambut, baju dan nafas juga tidak lagi berbau asap rokok. Yang pasti tanpa rokok hidup akan lebih sihat dan bertenaga.

9.Tidur Yang Mencukupi
Seelok-eloknya seseorang itu memerlukan tidur 8 jam sehari.  Masa inilah minda dan tubuh kita direhatkan, sel kulit diperbaiki dan minda bersedia untuk kegiatan keesokan harinya.  Untuk menjamin tidur yang lena, jangan makan hingga larut malam, dan pastikan tingkap terbuka untuk udara bersih yang bebas keluar masuk. Semburkan pewangi supaya tidur anda nyaman dan selesa.


Petua Agar Lambat Nampak Tua

Ukirkan Senyuman - Senyuman boleh membantu mempertahankan bentuk wajah anda.

Ambil Minyak Ikan - Perbaiki kulit anda dengan mengambil tablet minyak ikan  (Cod Liver Oil) sehari sekali.  Ia merupakan  sumber vitamin A, D dan asid lemak untuk kulit.

Amalkan Teh Hijau - Pengambilan teh hijau memang telah membuktikan begitu berkesan dalam melambatkan penuaan.

Krim Pelembab - Pastikan kulit sentiasa disapu dengan krim pelembap bila berada di dalam bilik yang berhawa dingin bagi mengelakkan kulit menjadi kering.