10 December 2011

♥ RINDU BELUM TERHENTI ♥

♥ cintailah ketidaksempurnaan pasanganmu dgn cara yg sempurna. Hanya cinta sejati yg mgkin dpt menCINTAi ketidaksempurnaan itu... insyaAllah...♥
Istana cinta yang aku bina bersama dia memekar bunga-bunga sayang. Tetapi ada jua gelora berombak menggoncang badai . Hanya pada cinta yang ikhlas kami berpaut . Teguhkah cinta itu ?

Ahh ... Sukarnya mengungkapkan kata cinta . Tatkala ucapan cinta dilafazkan , bisa bergetar jiwa dan bergelora perasaan . Kalimah sakti ini jika mudah meniti di bibir , mudah juga dipersendakan . Lantas , tegakah kita berhadapan dengan kemelut cinta kita ? Dalam benci , ada sayang . Akan ketemukah kebahagiaan yang didambakan ?

Aku begitu bosan , benci , bila kita mula bersengketa ! Sayang , percayalah cinta , sayang yang tulus dari hati aku . Takkan aku selingkuh kepercayaan mu !
" Cinta bukan matematik, Affrizal . Satu cinta bahagi dua bukannya setengah . Aku bimbang sayang , kalau kekuatan aku hilang dalam keadaan payah begini . "

Bukankah cinta memerlukan pengorbanan ? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji . Sekali terluka , parutnya tinggal sampai bila-bila . Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati ? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan ! Ye .. dalam benci , aku rindu !
Aku memilih dia sebagai pelindungku . Aku mahu menganyam impian untuk hidup bersamanya . Kadangkala kau rasa , kasih terhadapnya  lebih dari yang sepatutnya . Sesungguhnya dia wujud dalam perancangan masa depanku . Dia kekasihku . Atas segala yang berlaku , menyebabkan haluan kami bertemu . Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya . Aku kasihkan dia lebih dari segalanya . Tetapi dia , aku berdoa dia untukku , moga aku adalah pilihan dia ! Tetapi... andai takdir tidak menyatukan kami , aku ingin melawan takdir ! Kerana menyerah kepada takdir itu bukannya bererti menyerah kalah , manusia ditakdirkan untuk menang , bukan ? Demi cinta aku , aku pasti !

Sayang .. muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan ? Sucikah cinta yang tercemar keraguan ? Untuk dia... aku sanggup hadapi segala-galanya . Kerana dia , aku rela mempertaruhkan nyawa . Hanya untuk dia...aku reda . Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena ? Aku jatuh cinta !

Betapa Jauh Kau Pergi.... namun aku tetap setia menanti... Ku damba Bahagia bersamamu .
Selagi Rindu Belum Berhenti , aku akan tetap menantimu . Aku akan tetap menanti kerana Kau Tercipta Untukku . 
 
" Meeting you was fate , becoming your friend was a choice , but falling in love with you was beyond my control . " I DO LOVE YOU B !

No comments:

Post a Comment