Olla lelaki monchett dan perempuan perot memboyot sekalian . ! Haix3 !
Malam ni aku nak buat entry mengenai kelebihan beristeri or berawek or berbini kan perempuan kurang cantik (ayat sopan gitu.. ahaks ! ) . Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana ya sebab aku pun tak cantik ! Hikhik . Tapi aku nak memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan kekal bahagia hingga akhir nyawa ! chewwah ! ;D
Isteri anda kurang cantik?
Atau dalam bahasa kurang ajar plus biadap , HODOH ? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia . Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan . Malah , ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik . (pon menjadi masalah apabila dah dapat isteri yang cun - Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun , tapi bercerai juga kan . Dari segi wajah , penampilan , karier , wang . Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut ? ( Maya Karin , Nora Danish , etc ) Mungkin kurang didikan agama je . Hehehe !
*****************************
Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik:
KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal . Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan . Bersolek sekadar seadanya . Pakai bedak yang biasa-biasa saja LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil . Isteri yang kurang cantik ni pun akan sedar diri dia so memang isteri anda akan setia bersama anda hingga hujung nyawa ! Ecece ! Then kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza , tidak akan ada yang “pewit” . Tidak ada yang kenyit-kenyit mata , minta nombor henpon , e-mail , facebook , dan sebagainya . Err.. Blog ? haha ! Lagi la tak der hokek ! Ape kejadahnya pulaks an ? ;D
RAJIN BEKERJA
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar , terkena cahaya matahari , tangannya tebal , dan sebagainya . Orang cantik risau kalau mop lantai , apalagi kalau membersihkan halaman rumah . Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri , semua hantar ke kedai dobi . (Lelaki , sedar tak , habes duit awak di situ !) Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras . Semua kerja rumah , housekeeping , biasanya diuruskan dengan baik . Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik , malas kerja , tapi suka melawan pulak . Haish ! Berapi bontot lu beb ! haha LEBIH TAAT
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik , kaya , terkenal , terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga” . Queen control ! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin . Bajet bagus la katekann ! Upss.. Dan korang sebagai lelaki dan ketua keluarga , mesti sayangkan rumah tangga korang kan . Dah berhabis beratus-ratus ribu sebab isteri minta hantaran mahal , wedding nak grand , takkan atlast korang nak ceraikan kan ? Dah banyak melabur kot ! No , no , no . Mesti korang terniat nak cari lain kan ? (hokek , ni kang ter'melalut bab lain pulaks ! Stop !)
RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan . Tak ada fikiran untuk berpisah . Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan . Eh , nape aku asyik kaitkan artis je ni ? Orang lain bercerai jugak ! Tapi disebabkan artis , you alls ni kan public figure , what so ever yang korang buat , public nak ambik tahu jugak ! Lelagi orang melayu , suke busybody ! Kalau body cun tak pe la ! Opss ! Teeett !
*****************************
Walau apa pun jua guys , suami pun penting okay . Jangan ada hati nak melihat isteri cantik , menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak . Heheh.. Serabai dan sebagainya lah . Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda . Alahai cik abang oi , awak tu da la
Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik . Biar cantik , sekci , mekci , vogue dan lain-lain istilah yang se'link dengannya lah , di mata suami ya .
Err.. Ada bantahan ? Pasni nak taruk entry 'Kelebihan Suami Tak Hensem?' . Baru la fair and square ye tak ? ;-p
Yo Soy Betty La Fea |
Pesanan ikhlas : Sesunguhnya kecantikkan sejati itu ada pada hati budi dan tingkah laku serta budi pekerti seseorang wanita itu . Peace ! (Y)
No comments:
Post a Comment