23 July 2012

NAK TAU TAK ? ;)

Holla again !

okey , before masuk bulan merdeka ni , wajib settle kan lagi 8 entry termasuk yang ini . yang penting , 12 entry per month ! ;)

okey , kali ni aku nak share acaner nak dapatkan or maintain or regain or 'ape2 je lah wording yang sewaktu dengannya' kulit yang bersih , lembab & jerawat susah nak mai.. orang cakap , kalau nak tau kecantikan seseorang tu , tatap wajah dia pepagi, lepas bangun dari tidor tu.. tapi , betul ke tu 'asli' ? zaman millenium sekarang ni , memalam sebelum tidor , anak dara or mak dara dah bertempek pakai krim malam yang dioles pada wajah dia orang . so kelembapan yang diserap masa malam tu , akan terserlah pada pagi hari . kan dah tak jadi natural namanya tu ? kannn ?

kalau nak tau , resepi nenek moyang kita dulu , usai solat isyak , mereka akan menempek bedak sejuk yang di'blend sendiri dan dititiskan air bunga mawar ke atas wajah .. lepas tu , sebelum tidor , dia orang ni wajib cuci muka dengan air wuduk sebab masa kita tidor la ,kulit wajah kita bernafas . kalau dah bertempek macam-macam chemical , tu yang timbul jerawat batu , jerawat nasi & lain-lain . So , dari anak dara la kita jaga betul-betul . jangan sampai muka , especially kulit seluruh badan kasar , keras . nanti , nak mengadap suami pun naik segan . hehehee :D

biler cite bab ni , teringat kat arwah moyang . sebab muka dia masa nak ke 40-an pun , still tegang ! Alhamdullilah jugak sebab masa ada hayat arwah , sempat menuntut macam-macam tips kecantikan , tips 'ikat' suami & most favorite topic was , cooking !

Arwah jugak pernah berpesan , tips yang paling penting untuk mendapatkan wajah yang bersih , ialah sentiasa berwuduk . biarkan wajah kita dilembapi dengan air wuduk . pastu , kalau naik je jerawat , cecepat tempek bedak sejuk. insya Allah , memang cepat kecut jerawat tu . kalau nak dapatkan wajah yang mulus & gebu pulak , gunakan bedak cina ! alaa.. bedak nyonya tu .. selalu je ade jual kat pasar malam . murah je taw.. harga dalam rm2.50 seketul.. yang bedak sejuk air cap thailand (siap ada air mawar) tu dalam rm3.50.. tahan lama pulak tu ! kalau tenyeh tiap-tiap hari pun  , boleh tahan 2 bulan .. see ! dengan modal rm7 , boleh dapat muka yang licin , gebu !

Tapi , kita ni ikut genetik & tahap kebersihan diri kita sendiri . Amalkan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari . lagi selalu , lagi baik . sebab mandi juga dapat membersihkan kulit selain mencegah jangkitan kuman pada sel-sel kulit . haa... ni lagi 1 yang baik untuk diamalkan bersama , bila kita mandi tu , niatkan mandi untuk menggugurkan dosa-dosa kita . tu niat sebenarnya .. insya Allah .. mandi kita  tu lebih berkat . ingat taw.. ! mandi tu kan ibadah .. dapat pahala jika kita buat kerana-Nya,.. :)

Last but not least , apa pun tips nak cantik ni , jangan obses sangat nak cantik sebab kalau cantik tapi tak pandai nak bagi makan suami , tak pandai nak jaga pakai suami , tak pandai nak didik anak ilmu dunia akhirat , tak guna jugak ! sebab cantik kita di luaran hanyalah setipis sel-sel kulit je .. yang penting hati yang ikhlas , jujur & tulus dengan semua orang . insya Allah , dari dalam hati yang ikhlas , jujur & tulus itu , akan terpancar cahaya kecantikan yang asli , yang Allah kurniakan . insya Allah :)