Second lovely love for July !
okey , adatlah tu kalau dalam hati ada taman bunga kan . Bila ada sang kumbang datang menyinggah di dalam taman hati , mesti hati akan mula berkata-kata , serasikah aku dengan dia ? boleh pergi jauh tak hubungan ini ? dan pelbagai lagi.. paling tak pun, masa zaman sekolah dulu, bila kita ada minat giler kat some one tu, mesti kita akan main permainan untuk tengok sejauh mana keserasian kita itu dengan si dia kan.. antara permainan merepek yang agak peymes masa zaman hingusan , semasa zaman berbaju kurung kain bewarna biru dulu, if minat kat some one tu , mesti akan segera main permainan merepek ini:
1. PERATUSAN
Ini permainan merepek cara nak tengok berapa peratusan yang korang
berdua serasi . Kalau dapat peratusan yang above 80% tu mula la rasa
kembang je hidung kan.. tapi kalau dapat peratusan yang bawah 40% mesti
kata permainan ni tipu! haha.. Cara nak main dia ? Mudah je.. Ambil
sehelai kertas dan sebatang pen. Tulis nama kau dan dia
N A Z E E R A
A F F R I Z A L
kemudian, kumpulkan semua huruf dalam nama kalian berdua.. Berapa huruf A, Berapa huruf M, berapa huruf E dan sebagainya. Berpandukan kepada nama di atas, hasilnya adalah:
4 (A), 1 (N), 2 (Z), 1 (I), 2 (E), 2 (R), 2 (F), 1 (L)
so, akan dapat jawapan dia ialah 4 1 2 1 2 2 2 1
kan... tambahkan huruf yang di depan dengan yang di belakang.. dan
seterusnya. (refer warna di setiap nombor untuk kefahaman yang lebih
lanjut). hasilnya seperti ini:
4 + 1, 1 + 2, 2 + 2, 2 + 1
=
5 3 4 3
=
5 + 3 ,3 + 4
=
8 + 7
=
15
so final jawapan dia, akan dapat 15. ertinya keserasian antara AFFRIZAL dan NAZEERA tadi hanyalah 15% je.. ohohoho.. sangat tak serasi kan ?? AH !! bohong gilerr weyh !! hahaaa .
2. FLAMES
kalau
direct translation, FLAMES tu ertinya bara api gitu !! amekkaw.. but,
setiap huruf dalam perkataan tu, memberi makna yang tersendiri. Iaitu: Friends, Love, Admire, Marriage, Enemy, Scandal.
Actually, ini sambungan kepada permainan yang di atas tadi. Tapi
jawapan di atas dapat 15. If nak main permainan ini, dia kena last no
yang di perolehi ialah di antara 1 - 9 sahaja. So, if based on previous
answer tu, 6 kan, so tambah je angka depan dengan belakang, iaitu 1 + 5, so jawapan dia ialah 6 . Dengan menggunakan jawapan tersebut, susun
ayat FLAMES tu . Then setiap huruf yang ke6 , kena di pangkah. iaitu,
seperti ini :
F L A M E S
so, after setiap huruf
yang ke dua telah di pangkah sampai hanya tinggal satu huruf je yang
tinggal, itulah hubungan antara kalian yang paling serasi sekali. If
ikutkan jawapan diatas, AFFRIZAL dan NAZEERA secara rasminya serasi menjadi L ! iaitu LOVE! haha.. padanla tu.. memang ponn kiteorang tengah in love laa ni ! lalalaa ;p
3. LOVE CALCULATOR
flash
player love calculator ni agak peymes masa saya di zaman kolej dahulu.
Lagi senang nak uji keserasian pasangan. just pergi ke website ini : http://www.lovecalculator.com/:
and key in sahaja nama anda dan pasangan anda dan tekan butang
calculate. pastu Dr Love tu akan kirakan peratusan keserasian anda !
4. ZODIAC MATCHMAKING
yang
ni pun slalu di buat oleh orang . Selalu yang peymes pasal zodiac
pasangan ini, dalam majalah remaja . Kat dalam ruangan horoskop tu mesti
ada je dia tulis pasangan anda yang serasi tu dalam zodiac mana . If
kebetulan apa yang di tulis tu betul, mesti rasa bahagia je kann.. hihii
actually banyak lagi permainan
merepek untuk menguji keserasian pasangan ni. If nak senaraikan semua,
memang sampai kesudahnya takkan abes la gamaknya.. Ada yang dalam bentuk
kuiz, games, Q&A, dan macam-macam lagi. Malahan , siap ada yang buat
research keserasian pasangan mengikut turutan anak lahir yang keberapa
la , pasangan lahir bulan berapa la , berpandukan bulan hijrah la ,
kalendar masihi la, kalendar georgian la, berpandukan macam-macam lagi..
dan, bila resultnya memihak kepada kita , rasa macam taksub
sangat-sangat. Tapi bila hasilnya tidak seperti apa yang di harapkan,
mula la rasa benda tu khurafat la.. itu la.. ini la.. pokok pangkalnya,
hati itu sendiri. tepuk hati , tanya iman! setel kan?
p/s: dah lama pulak tak main permainan merepek ni.. nak ce try jap la... hahaha