Hello July !!
aku ambil dari Hilal Asyraf :
Okay , bila cakap pasal kematangan seorang lelaki , memang kita sendiri akan fikir yang lelaki lebih lewat matang berbanding perempuan . mungkin faktor 'datang bulan' ataw 'mimpi basah' tu agak jauh . oleh itu , no wonder lah kan kita as a gegurl ni cepat sikit matang kalau compare dengan lelaki . tapi bila dia matang percayalah . seorang lelaki tu
akan sangat matang . tapi kita kena faham dulu erti matang yang
sepatutnya .
aku ambil dari Hilal Asyraf :
"Matang pada saya, adalah apabila seseorang itu mampu mengenali Allah
SWT, mengetahui matlamat kehidupannya, dan tanggungjawab dia berada di
dunia ini, seterusnya bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi
tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT, dan pentadbir muka bumi
ini." - Hilal Asyraf
sebenarnya , lelaki yang sedar dengan realiti dan dah sampai tahap matang
seperti diatas , mereka tahu pompuan cantik tak kekal . mereka tahu
bila-bila masa Allah boleh tarik . hari ni cantik , esok lusa mungkin dah
takda . so , orang lelaki yang sedar pasal ni akan cari cantik bukan dari
muka . lelaki macam ini akan lebih tertarik pada perangai seseorang
wanita tu , cara dia borak dengan orang lelaki . cara dia borak dengan orang
tua , pemikiran dia dan imej Islam yang dia bawa (pakaian tutup aurat
secara betol) , perspective dia terhadap agama Allah macam mana . dan
semuanya berkaitan dengan agama Allah . kalu pompuan ada agama , itu la
pilihan dia ( tu pon lepas solat istikharah dulu la..:P ) tapi kalu laki
tu tak pandang seorang pompuan kerana agamanya , sila lah cari laki lain
ye :) . hihi , sebab apa yang aku komen ni adalah berdasarkan pengalaman yang dah aku alami .
bagi aku lah kan , lelaki ada zaman dia . sebab lama-lama , bila umur meningkat ,
kebanyakkan kaum adam ni , akan berubah . pandangan dunia pon berubah .
terutamanya pada lelaki yang sudah temui tujuan hidupnya . apa tugas dia
di dunia ni . sapa dirinya . dan kesedaranya kepada kehadiran Allah . redha
yang dia cari dari Allah . pasangan yang macam mana yang paling sesuai
untuk dirinya . bila semua ni berlaku pada seseorang lelaki , dia mula
melihat cantik tadi dari perspective yang berbeza . cantik pada wanita
yang dia puja tidak lagi yang utama baginya . muka yang cantik tidak lagi
yang dia hiraukan . sebab cantik yang lebih yang dia cari , cantik yang
lebih dalam dari melihat pada luaran semata .
sedar atau tidak , matang itu bermula dari diri sendiri . banyakkan la
muhasabah diri , tengok balik mana-mana yang silap dan boleh dibaiki .
ramai yang lupa , kita hidup kerana Allah . dan bukan kerana nafsu .
sepatutnya , redha Allah yang dicari dan tanggungjawab kita sebagai
seorang muslim sentiasa ada, kita sahaja yang tak sedar atau lupa . maka
jadi lah matang yang sepatutnya . buka lah mata, supaya mencapai bahagia
abadi . Insya Allah ! :)
p/s : I LOVE YOU , B DAH SEMAKIN MATANG DALAM HUBUNGAN CINTA KITA ! LOVE U A LOT !