1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia
seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion
personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya
kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang
dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah
dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah
dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang
yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah
banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia
berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna
tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4.
Hormati pendirian dan keputusan dia.. Jangan anda merayu dan jangan
mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda
akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus
hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah
satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia
kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6.
Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri
anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak
dapat menerimanya, apatah
lagi dia.
7. Jangan berjanji
menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda
mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk
menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir
untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi
hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan
raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan.
Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan
hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara
perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi
hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya
layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa
anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah
bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka
dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya
dengan apa jua keadaan sekalipun.