Tidak semua pasangan mampu mencipta kebahagiaan untuk tempoh yang lama.
Ada
yang hanya mampu mengekalkan hubungan untuk jangka masa singkat. Tidak
kurang yang merana gara-gara tidak mampu menyelamatkan keadaan.
Petua berikut barangkali boleh dijadikan panduan untuk mengekalkan hubungan supaya bertahan lama.
#
Mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi
anda, apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ia ada kebenaran
serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan. Tapi berhati-hati
kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh 'menjerat' anda.
#
Mengawal pasangan. Contohnya, si dia datang tepat pada waktu yang
dijanjikan dan boleh menerima pendapat anda. Ini bermakna, anda boleh
'mengawal' dirinya daripada me lakukan perkara yang anda tidak gemari.
Apapun,
ia tidak bererti anda boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti
kehendak anda, ini bermakna si dia mempercayai anda dan tidak ragu-ragu
dengan cara anda.
# Komitmen bukan sekadar menepati janji tetapi
juga menghargai perjanjian yang dipersetujui bersama. Jika anda ataupun
si dia berani memberikan komitmen dan ber sungguh-sungguh dalam
perhubungan, tentu saja perhu bungan ceria serta bahagia.
Sikap
saling mempercayai yang wujud dalam diri ma sing-masing akan mewarnai
lagi perhubungan anda berdua. Malah, ia akan membuatkan si dia lebih
yakin dengan kejujuran anda padanya. Justeru, tiada alasan untuk si dia
berlaku curang.
# Kejujuran memang perlu untuk menjamin
perhubungan yang bahagia. Anda tidak patut menyembunyikan perkara yang
sepatutnya diketahui pasangan.
Jika anda dan si dia jujur, ini membuatkan anda berdua tidak takut berbahas kerana berpendapat ia untuk kebaikan ber sama.
Walaupun
ada kalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin
mengutarakan pendapat sendiri, ak hirnya anda dan pasangan akan
mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin
perhubungan yang stabil.
# Terima seadanya. Kunci keintiman dalam suatu per hubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan.
Apabila hati sudah sayang, tentu saja anda sanggup me nerimanya walaupun menyedari tentu ada perkara negatif mengenainya.
#
Pengertian. Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak
hanya mendengar pendapat sebelah pihak malah harus bijak mengutarakan
pendapat sendiri.
Anda juga tentunya berharap si dia mengerti
pandangan anda terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin per
hubungan hanya mendatar saja.
Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul disebabkan tidak memahami perasaan dan menganggap diri tidak di hargai.
# Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam tetapi tidak mudah untuk melakukannya.
Tetapi,
apabila berjaya menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu
mengatasi perkara yang boleh menim bulkan pertengkaran dan perselisihan
pendapat.
# Rasa yakin membolehkan anda memberi pandangan bersama si dia sama ada dalam hal remeh-temeh hinggalah ke perkara yang serius.
Anda akan berasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia anda.
#
Anda dan si dia memang tidak dapat lari daripada perbezaan pendapat.
Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui
dirinya berbeza pendapat dengan pasangan lazimnya seorang yang tidak
berani menghadapi kenyataan.
Tidak mungkin anda dan pasangan sentiasa sependapat sebaliknya, harus berkompromi untuk menunjukkan ke dewasaan masing-masing.
# Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran perhubungan.
Walaupun
pernah dilukai, perasaan dendam ataupun mem balas balik perbuatan
mungkin tidak akan terlintas di fikiran. Berdendam bukanlah jalan
penyelesaian yang terbaik malah ia akan memburukkan lagi keadaan.
# Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan penting dalam perhubungan, bukan saja dari segi perbuatan malah pertuturan.
Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan.