31 December 2011

SEBAB KENAPA PERLU KAWEN SKG JUGAK !

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda!

Kahwin muda‘ , 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara zaman sekarang ni . Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita . Tapi zaman globalisasi ini , berapa ramai yang berani menyahut seruan ini ?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda ? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

#1 Tuntutan agama 


Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya . Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi . Paling penting , saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti . Jika agama menggalakkan , mengapa kita harus melengah-lengahkannya ?

KELEBIHAN NIKAH
Before ni aku dah pernah post bende ni kat mukabuku aku ! Sangat like status ni . Suke sangat bace bende ni banyak-banyak kali . :)

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
suami mandi bersama isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2 Mengelak daripada zina 


Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang ? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi . Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja , sebuah kereta dan rumah , sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun . Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu ?

Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti , berpegangan tangan , menonton wayang midnight ,  bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina ? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur . Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah , malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi .

#3 Menjadi lebih bertanggungjawab 

Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa , kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa . Jika selama ini bekerja atau belajar sambil lewa je , sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta , tak gitu ?

#4 Menimbulkan ketenangan jiwa 


Jiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami , mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan . Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata . Ya , memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan , assignment , ansuran kereta , sewa rumah , tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar , tempat bermanja dan menjadi rakan di kala suka dan duka . Dialah kawan terbaik , suami dan tak lupa , sebagai musuh . Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina :)

#5 Fikiran lebih matang 


Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan . Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan , membaca komik atau ber-facebook ,  dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang .

#6 Membaiki diri 


Ramai mengakui , turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik . Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit . Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa . Sweet kan !

#7 Plan jangka panjang 


Jika berkahwin muda , sudah tentu memperoleh cahaya mata awal . Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang . Dengan tubuh yang masih cergas , ekonomi yang kukuh , dan anak-anak pun sudah dewasa , suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan  :P

#8 Seks yang lebih berkualiti 


Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur . Tahukah anda , menurut kajian perubatan , antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat ? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun , anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi dan anda berisiko untuk mendapat bayi yang tidak sempurna .

#9 Rezeki bertambah 


Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana masalah kewangan . Makan minum , pakaian , ansuran kereta dan rumah , lampin anak , kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran . Tapi percayalah , Tuhan tidak akan membebankan hambaNya melebihi apa yang ditanggung oleh mereka . Berkahwin adalah tuntutan agama , dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sediki t, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya . Insya Allah !

#10 Jangan tunggu lama-lama 



Pasti ada di kalangan kita yang sudah mempunyai kekasih , bukan ? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya , mengapa harus ditunggu lagi ? Ingat , sekarang ini ramai lelaki hidung belang . Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial . Andai itu berlaku , gigit jari sajalah . Teet !

*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya ,
yang bersama anda di kala panas atau hujan ,
yang sudi melengkapi kekurangan anda ,
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda ,
yang akan melahirkan zuriat anda ,
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya .
Apa ditunggu lagi ??
Hantarkan rombongan meminang ! Besok juga ya ! Haha ! :P

Video Penghujung 2011 !


Terus bergenang air mata tengok video nih . Kredit to the tuan punye video , awak buat sy jadi rindu pada lelaki itu . Lelaki yang akan halal di sisi saya tak lama lagi . Lelaki yg akan saya kasihi sepenuh hati . Lelaki yg akan jd peneman sampai sy mati . Lelaki yg akan saya namakan SUAMI .

Buat bakal suami ku , semoga kamu menjadi 'Imam' paling hebat dalam hidupku . Menjadi pemimpin akrab dgn diri ku . Akan aku agungkan dirimu dalam hidupku , itu satu kepastian dalam perjanjian hidupku .

Siapa pun kamu dan siapa pun aku , ALLAH lah penentu .
Semoga perkahwinan yang akan dibina terus direstu olehMU , YA RAB .

Ya , aku rindu akan kamu .


Love ,
NAZEERA EDORA





30 December 2011

Untukmu Kekasihku , Penemanku di syurga kelak !

Surat Untuk Bakal Suami ..


“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka sikapilah para wanita dengan baik.”
- (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186) 
Kehadapan bakal suamiku yang bakal aku cintai sepenuh hati ,
Andai kita bakal hidup bersama tidak lama lagi , ada beberapa perkara yang aku harus perjelaskan kepadamu agar kau lebih memahami diriku . Pertama sekali , aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada . Aku tidak pernah memandang diriku sebagai pilihan terbaik untuk dirimu . Yang aku tahu cuma satu , Aku akan berusaha memahami dirimu yang bakal ku kenali lebih dekat apabila hidup sebumbung nanti . Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat dan solehah di bawah bimbinganmu .

Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dalam kalangan lelaki yang aku pernah kenali . Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang aku pilih . Aku tidak mengangkat engkau sebagai yang terbaik semasa aku memilihmu . Sebaliknya , aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik , dengan caramu melayan orang sekelilingmu , dan cara kamu berinteraksi dengan ibu bapa dan adik beradikmu .

Namun itu tidak bermakna aku menganggap kamu tidak akan berubah dan sentiasa baik di mataku . Tapi cukuplah dengan aku berdoa agar kamu sentiasa begitu , dan aku yakin ALLAH mendengar doaku .

Bakal suamiku yang dikasihi ,
Aku sangat rapat dengan keluargaku . Ibu bapaku adalah sahabat terbaikku . Adik beradikku adalah teman sepermainan , dan teman tidurku semasa kecil . Maka aku berharap akan kekal rapat dengan keluargaku sehingga aku mati . Kamu juga mempunyai keluarga , dan aku percaya kamu faham ikatan keluarga yang kukuh tidak dapat dijual beli dengan dollar dan ringgit mahupun rupiah . Janganlah disekat aku berjumpa dengan mereka , sebagaimana aku sentiasa akan memberi ruang untuk kamu dekat dengan keluargamu . Janganlah dizalimi aku dengan menggunakan kuasa vetomu untuk mengawal pergerakanku , sehingga aku tidak dibenarkan berjumpa ahli keluargaku .

Aku anak yang menjadi harapan keluarga sebelum aku berjumpa dengan kamu , dan aku harap keadaan itu tidak akan berubah setelah aku jadi teman hidupmu . Sebagai wanita , aku tidak akan mengharapkan huluran wang berlebih lebihan daripadamu kerana aku akan pasti bahawa aku akan punya gaji hasil titik peluhku untuk aku berbelanja memanjakan diriku . Cukuplah nafkah sekadar cukup , tidak bermewah-mewah sehingga merosakkan diriku menjadi riak dan takbur .

Maka aku harapkan kau juga bertolak ansur sekiranya aku memperuntukkan wang gajiku untuk ibu bapaku di kampung . Kita masing-masing punya tanggungjawab kepada ibu bapa , walau tidak wajib bagiku sebagai anak perempuan , fahamilah niatku membantu ibu bapaku , sebagaimana cita-citamu untuk memberi kehidupan senang kepada ibu bapamu .

Bakal suamiku yang budiman ,
Aku juga berharap agar kamu menjaga hubunganmu dengan ibu bapamu , kerana restu ibu bapa itu perlu dalam menjalani hidup di muka bumi ini . Jangan sesekali menyakiti hati mereka , dan senantiasalah mencari redha mereka kerana sekiranya ibu bapa redha , TUHAN juga akan merestui perjalanan kita . Sama jugalah dengan perhubungan kamu dengan ibu bapaku . Janganlah kerana aku sudah sah milikmu , kamu ketepikan mereka . Sesungguhnya kerana merekalah aku membesar dengan sempurna . Berterima kasihlah kerana mereka tabah dan sabar mendidik aku , sehingga dewasa begini . Aku juga akan membalas budimu dengan melayan ibu bapamu dengan baik sebagaimana tanggungjawabku terhadap ibu bapaku sendiri . Sesungguhnya wajib ke atas kita untuk menghormati mertua sebagaimana ibu bapa sendiri .

Bakal pemimpinku sayang,

Poligami itu memang hak dirimu yang mutlak dan tiadalah kuasa aku menghalang hukum TUHAN . Namun sekiranya sampai keperluanmu berpoligami , berterus teranglah dengan diriku agar tidak aku terkejut dengan hasratmu . Aku memahami perihal keperluan lelaki sehingga dibenarkan nikah lebih daripada satu , dengan syarat berlaku adil . Adil itu bukan pada kamu yang mengadili , tapi kami isteri yang diadili . Maka berlaku adillah semampu kamu , kerana aku percaya apabila timbul kemahuan itu , kamu sudah cukup muhasabah diri , menghakimi diri sendiri akan kelayakanmu . Tidaklah sanggup aku melihat lelaki yang aku cintai berjalan dengan bahu senget sebelah di hari pengadilan nanti .

Akhir sekali , aku sedar akan perangaiku yang keras kepala dan sering bercanggah pendapat denganmu . Aku amat menghargai kesabaranmu setiap kali kita bertelagah , dan masih juga kamu berhasrat mengambil aku sebagai isteri . Antara kita memang terdapat banyak perbezaan . Namun janganlah kiranya kesabaran itu hilang selepas akad nikah kelak , kerana sejauh mana perbezaan tingkah laku dan peribadi kita , selama itulah masa yang aku perlu untuk mencapai tahap kematanganmu .

Aku adalah rusukmu yang bengkok , maka luruskanlah aku dengan kasih sayang . Aku tidak diciptakan dari kaki untuk dialasi , bukan dari kepala untuk dijunjung , tapi dekat di bahu untuk dilindung , dekat pula di hati untuk dikasihi . Maka kasihilah aku seadanya , selagi layak aku dikasihi . Bukan berlebihan sehingga tepu , bukan pula kurang sehingga layu .

Salam seharum kasih dari bakal isteri tercinta ,
NAZEERA EDORA
p/s : aku tidak mahu menamakan sesiapa bakal pelindungku , kerana aku percaya , Dia telah mengaturkan yang paling terbaik untuk diriku . Dan aku juga tidak mengharapkan mana-mana kaum Adam yang pernah aku kenali untuk menjadi pembimbingku . Aku percaya akan ketentuanNya .

29 December 2011

TAK COMEL ? RILEX JE , GIRLS !

Assalamualaikum



Hello and What's up lagi ?

Tak comel ? Tak gebu ? Tak kiut ? Tak cun ? Tak de dah orang lelaki nak ? Oh come on , girls . Apa kita as a Gadis fikir lelaki ni hanya aim untuk gadis comel , bla bla tu semata-mata ? Okay memang ya okay , most of lelaki sukakan gadis yang berdahi licin ,  gebu dan comel and so on . But... but... but apa ya . Hmm .. Nevermind lah . Actually , tak semua lelaki yang sukakan perempuan comel semata-mata . Sebab aku rasa kalau kita semua perasan pun , ramai je kawan-kawan kita yang tak lawa tetapi dah ada boyfriend kan ? Kan ?


KALAU ADA GADIS TANYA : Saya dah ready nak kahwin . Tapi tak ada calon suami . Nak mintak keluarga yang pilihkan , memang tak ah sebab mak ayah dah tak ada . So , camneww uh ?

Imagine yang kita ni dah ada pekerjaan , dan ada duit apa semua lah . Semua dah lengkap . Tinggal nak kahwin je . Tapi tak ada orang nak kahwin dengan kita . So , apa kita nak buat ? Oh oh ya , tak ada yang nak kahwin dengan kita sebab kita tak cun . So , again, what to do ?

Some of us asyik cakap-cakap pasal girl cantik , boyfriend kacak , perfect couple dan sebagainya . Dan sebenarnya benda macam ni la yang membuatkan girls yang rasa dia tu tak cantik , akan bertindak seperti orang yang tak cantik . And , what the hell is "cantik" anyway?

Let me tell you a story pasal seorang lelaki dan seorang perempuan yang bercinta melalui telephone rumah . Ini cerita zaman dulu-dulu tau . Zaman ni tak semua orang tahu internet tu apa kebenda jadah . And satu-satunya cara untuk contact someone dengan cepat adalah dengan menggunakan phone . Dan dengan menggunakan phone tu , seorang mamat ni buat la call random number dengan harapan ada gadis yang akan angkat . Bila dapat awek yang sama umur angkat call , haa, apa lagi , terus tackle lah . Ya , seriously , ada lelaki buat macam ni .



Dan cerita yang aku reka cerita ni pun lebih kurang lah modus operandi dia seperti di atas . Cuma , this guy tak buat random call . Dia just tersilap tekan numbor phone . And bila dia tersilap tekan nombor phone maka dia tersilap call orang lain lah . And orang tu adalah seorang gadis dengan suara yang amat-amat merdu . Bila dah merdu , lelaki pun cair lah . Ya , ini lah sebabnya suara tu aurat . And di sebabkan lelaki tu cair , lelaki tu pun ayat-ayat lah perempuan suara merdu tersebut sampai dapat .

And bila si lelaki tu berjaya tackle hati si gadis , dia ajak lah si gadis tu berjumpa . Tapi si gadis tu tak nak . Why ? Sebab katanya , si lelaki tu sure akan dah tak minat kat si gadis sebab si gadis tu gemuk . Tapi selepas di pujuk-pujuk , akhirnya si gadis tu setuju untuk berjumpa . And bila berjumpa apa yang jadi ? Ya , si lelaki tu tinggalkan si gadis tu . No ! Seriously no . Bila si lelaki tu jumpa si gadis tu , si lelaki tu agak kekok at the first place . Tapi di sebabkan ciri-ciri kelembutan termasuk kemerduan suara si gadis , maka si lelaki tu tetap jatuh hati . And now , diaorang orang dah berkahwin . Ecece ! Syok kan kalau macam tu ?

You know , the best thing about cinta cyber / cinta phone adalah kerana ianya tak berdasarkan fizikal semata-mata . Imagine yang korang jatuh cinta bukan kerana paras rupa tetapi kerana sifat dia , cara dia bercakap , cara dia menjawab soalan korang dan sebagainya hanya dengan melalui suara / text . Nice kan ? Instead of boys yang hanya aim gadis-gadis dahi licin dan badan lentik kan ? Euuww . Nak cari yang dahi licin je . Dahi dia penuh jerawat tak sedar diri . Bila jumpa girls yang banyak jerawat , terus tak layan . Ada ka patut ? Ish3 !!


Oh, othar than that, apa yang boleh saya buat untuk dapatkan calon suami?

Pernah tak korang dengar lagu "Black and Yellow" dari Wiz Khalifah ? Ya , lagu dia pernah dapat #1 dalam carta Billboard . And korang suka lagu ni ? Well for me , ni lagu paling teruk pernah aku dengar . Yet , dapat no 1 ? Why ? WHY ? Sebab dia asyik di mainkan lah . Lagu shit macam mana sekali pun kalau dah setiap hari play kat radio sure orang akan rasa best kan ?



Begitu juga dengan your face . You're ugly ? It's fine . Tapi trust me , akan ada punyalah lelaki yang terpikat bila tengok muka korang nak-nak bila asyik luangkan masa bersama-sama . Well , ini telah di terangkan oleh The Barnicle Barney dalam How I Met Your Mother tentang The Mermaid Theory . Ya , theory dia simple.

"The theory explains that no matter how unattractive a man finds a woman today, there will eventually be a time when she becomes attractive to him."

Untuk hari pertama korang jumpa that ugly boy and girl , korang akan nampak dia sebagai dugong . But selepas beberapa hari , korang akan nampak dia sebagai mermaid . Ya, ini adalah satu fakta . Why ? Sebab kita asyik dok mengadap muka dia lah . Macam kawan-kawan korang . First day jumpa dia , rasa macam nak benci tanpa sebab . Tapi bila dah kenal , perh, terus rasa dia ada a good looking face . Dan juga , for certain reason yang tak boleh di huraikan dari segi fizikal , mental dan sains , wajah yang tak cantik / tak handsome akan nampak cantik / handsome untuk certain people yang lain . Sebab tu lah wujudnya istilah "Beauty is in the eye of beholder" .

But how ? Ya , spend your time together . Kau minat kat colleague kau , kau pandai-pandai la buat ajak dia lunch ke . Apa ke . Hari-hari tengok muka korang , sure dia akan rasa muak okay . Ya , dia mungkin akan rasa 'okay' bila pandang muka kita . Actually,  'okay' is way much better than huduh to him . Why ? Sebab as long as kita boleh dikatakan ada chance untuk tackle hati dia . And of course , those unexplained phenomena adalah termasuk dengan Sex Appeal . Dengan Sex Appeal ,  tanpa muka yang kacak / comel pun sure akan dapat buah hati kan ? But remember girls , always play hard . Kalau play cheap , sure tak akan dapat .

So , show up your face , girls and boy sekalian . Tell the world that you are handsome and comel ! Go for it ! Untuk aku , aku percaya jodoh itu ada untuk aku . Just wait for the right time . wink*

And please , untuk certain people , jodoh tak akan datang bergolek . Macam rezeki juga lah . Kadang-kadang, ada orang dilahirkan kaya , dan ada yang dilahirkan miskin . Ada yang kena berusaha untuk dapatkan rezeki . Dan ada yang abis belajar je , terus sambung business keluarga . Jodoh dan rezeki tu kerja Tuhan . Kalau korang kerja keras untuk dapatkan rezeki , then why the hell korang rasa yang korang boleh relax-relax goyang kaki tunggu jodoh datang bergolek ?

Tapi kalau korang super comel , tak der hal lah jodoh tu akan datang bergolek . Comel ? Untung laaa.. KBABAI !

~ LONG DISTANCE RELATIONSHIP ~

Assalamualaikum


Long Distance Relationship ? Ya , known as LDR or Perhubungan Jarak Jauh . Tak kurang juga dengan panggilan Percintaan Jarak Jauh (PJJ) . Kalau la anda perasan , Long Distance Relationship or LDR ni nampak amat sweet kat dalam movie dan amat romantik kat dalam video clip lagu . But here is the thing yang you guys tak perasan ,

"Bolehkah ke-sweet-an itu berkekalan hingga ke alam perkahwinan?"
"What if distance bukan hanya memisahkan jarak tapi juga memisahkan hati?"
"Kalau dah kahwin? Boleh ke kita maintain kasih sayang dengan someone yang tak ada di depan mata kita?"


Untuk pengetahuan , zaman sekarang ni most of remaja dah start belajar jauh dari kampung halaman masing-masing . Ada yang duduk US ( ulu selangor ! ) . ada yang duduk UK ( ulu kinta ! ) . Ada yang duduk Jepun . Semuanya dah jauh dari keluarga . Tapi , bukan hanya jauh dari keluarga malah , jauh dari skandal / kekasih / tunang / suami / isteri masing-masing . Tahu tak berapa banyak orang yang tanya :


"Bagaimana nak survive Percintaan Jarak Jauh?"
"Macam mana nak pastikan Hubungan Jarak Jauh ni berjaya?"
"Mungkin kah suami ku akan curang semasa outstation?"
"Apa yang perlu buat kalau nak jalinkan hubungan jarak jauh?"


Here is the thing cz now on memang aku dah ter'on PJJ ni with somebody so if korang pun TERjatuh cinta kat someone dan orang tu berada jauh dari korang , macam aku nih la kan , apa yang korang nak buat ? Biarkan saja sebab jarak korang jauh ? No . If you really love that person and that person adalah someone yang akan jadi ibu or bapa kepada your kids , then you are going to fight for it . Fight for it ! Oyeah , aku cakap cenggini sebab aku akan fight IF aku da kawen la ..


Good things about Long Distance Relationship


Bagi yang baru nak memulakan hubungan Percintaan Jarak Jauh dengan kekasih / suami , anda patut baca this part . This is the part adalah important sebenarnya . Sebab perasaan dan keraguan kita adalah depends kepada apa yang anda percaya . If kita percaya yang LDR is bullshit , then bullshit lah ia . Simple and easy kan !


Tak mudah rasa bosan dengan pasangan.
The less is the more . Kan omputih suke guna ayat ni . So sedar tak kita kenapa lelaki curang ? Adakah sebab ada ramai awek comel berdahi licin dan berpipi gebu ? Well yeah mungkin betul . Tapi actually , most of them ( termasuk perempuan ) akan rasa bosan dan losing the feeling bila they spent time together , too much okay . Pagi berjumpa . Tengah hari lunch sesama . Malam bergayut . Mana tak bosan kan ? Even suami isteri pun tak macam tu . Biasanya , orang yang dah berkahwin ni banyak spend masa kat family dan perkerjaan instead of love . So , the kuantiti of love tu lambat berkurang sebab ianya jarang digunakan .



Prevent korang untuk buat benda-benda tak senonoh.
Come on girls , what makes you think yang he's gonna be responsible bila perut korang dah membulat dengan baby ? Kita kena tahu , bila kita asyik dok bersama , keluar berdua , sure punya lah syaitan dah mark kita . Lagi pun , kita pun tahu kan yang bila kita dok berjumpaboyfie or girlfie , berdua of course , syaitan mula lah menampakkan diri . Dia dok sana . Dia dok sini nak suruh kita buat yang bukan-bukan . Do avoid , Gadis !


Menjimatkan kos 

Semua memang tahu sangat kan yang kos untuk perkahwinan ni mahal gila ? Dan semua orang pon tahu jugak yang adalah amat tak berbaloi untuk kita buat loan bank semata-mata untuk wedding yang dua hari sedangkan selepas itu kita perlu guna banyak duit untuk bayar balik loan bank tu padahal , kita lagi perlukan duit untuk sara keluarga kan?

Don't spend your money on wedding. Make it on marriage.

Dan tahu tak kita yang kalau kita nie pasangan kekasih tinggal dekat-dekat , surely kita akan nak pergi dating je setiap hari kan ? Tahu tak berapa banyak duit yang si lelaki perlu guna untuk satu date  ? Wayang + Makan + Beli barang + Transport = more than RM 80 untuk sekali keluar . Padahal boleh je kalau duit tu korang buat simpan kan ? Haa .. that is why memang bagus kurangkan dating nie , memang la rindu sangat-sangat ! Tapi , skype kan ada  ! :)

Dan kita mungkin tertanya-tanya :

"Habis tu, kalau LDR, lagi guna banyak duit untuk bergayut"

Actually, soalan di atas hanya boleh ditanya masa zaman-zaman Nokia 3310 je kot . Why ? Look at us now. Internet is everywhere . You can Skype , BBM and so on for sure . Untuk contact each other dah bukan satu masalah sekarang ni . Plus , sekarang ni Maxis , Digi dan Celcom ada package yang murah-murah untuk calling-calling . Sekarang ni pun , Digi ada kasi free call untuk 20 jam kepada 3 no Digi yang kita listkan jugak . Cool gilaks kan ! Plus , nak lagi cool , bak kata boyfie aku , pakai phone android siap boleh call and sms free . Tapi tu kena ada Wifi ! Nak wifi free , buat rumah kat kepcy !



Setiap perjumpaan adalah suatu perkara yang amat bernilai
Kita sendiri sedar betapa susahnya kalau si lelaki menetap di utara dan si gadis menetap di selatan ? Itu okay lagi kalau dalam Malaysia . How if si lelaki menetap di UK dan si gadis menetap di Australia ? Nak jumpa lagi lah susah . Nak jumpa time Hari Raya Aidilfitri pun belum tentu . So , surely lah kita akan plan satu hari untuk berjumpa kan ?

Once kita plan , surely akan plan secantik mungkin . Candle light dinner di rumah family , jalan-jalan bersama keluarga pasangan dan sebagainya .

Lagi satu , LDR ni sebenarnya boleh melatih kita untuk menghayati perasaan rindu . How if selepas kahwin nanti , salah seorang dari anda kena pergi outstation ? Kerja baru di off shore misalnya , hihi . How kita nak handle kerinduan dan kesunyian tanpa pasangan ? Sebenarnya main rerindu-rindu ni sangat best . Agak sakit dan best kan ? Sampaikan nak bergaduh tu pon , fikir dulu ! :)




Bad things about Long Distance Relationship


Setiap benda di dunia ni , mesti ada punyalah kelebihan dan kekurangan . Kalau tak banyak , at least sikit pun ada . So does dengan this LDR . Tapi LDR punya kelemahan tak adalah banyak . Dan disebabkan tak banyak tu lah bahaya sebab ianya sikit tapi amat berbahaya dan berbisa . So , mari kita tengok apa sebab ramai orang fail dalam LDR.


Kemungkinan untuk curang tu adalah amat tinggi.

Perempuan dan lelaki di berikan fitrah untuk rasa cinta dan mencintai . And what if , fitrah itu tidak dilaksanakan ? For example , korang berdua still student dan baru bertunang . You rindu him  but there is nothing you can do . You want to see him but the distance sucks like hell . Tentu rasa geram gila kan ? Lebih-lebih lagi perempuan . And what if ketika anda kekurangan kasih sayang itu , ada lelaki lain datang memberikan kasih sayang dan cinta ? Sure hati tu akan goyah . For most of the girls , dia mungkin tak akan layan kalau dia dah berpunya . But , kalau lelaki , hah, pantang nampak awek comel depan mata , terus rasa nak ngap , kan ? Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang tak boleh setia dan yang tak boleh ada pasangan yang berjauhan . My botfie , mintak simpang lah bende-bende macam ni .

Nasihat aku , dump him if he dare to do this okay .


Rasa insecure.

Asal bila kau dan aku duduk berjauhan je , even tak ada angin pun kita boleh pokok bergoyang tau . Ya , rasa insecure tetiba je datang . Entah dari mana pun tak tau . Ya, ini adalah normal . Even benda tu tak wujud , tapi otak kita yang gila tu akan wujudkannya . Benda tu kecik je sebenarnya . Tapi kita boleh upkan sampai berperang gila-gila .

So , camne nak kurangkan rasa insecure ? Bina kepercayaan . Macam mana nak bina kepercayaan ? Okay , senang je which is kita perlu cerita semua benda . For example , masa kita balik dari kelas tadi , ada lecturer tu buat-buat terserempak dengan kita . Then lecturer tu buat ayat-ayat manis dengan kita . Then dia mintak nombor telephone . Tapi kita bagi nombor palsu sebab tak nak bagi nombor kita . Is it funny ? Yes , then cerita kat boyfriend kita . Kalau ada lelaki gatal or miang yang mengurat kita , bagi tahu dia . At the first place , dia akan rasa insecure . Tapi bila lama-lama , dia perasan yang tak kiralah lelaki macam mana pun cuba untuk mengurat awek dia , awek dia still setia . See ? Ini secara tak langsung akan bina kepercayaan kan ?


Hati terluka.

Hati mana tak terluka melihat awek or bini yang kejauhan bergambar sambil memulutkan itik dengan lelaki lain ? Kalau duduk jauh-jauh tak apa lah juga . Tapi cara kau dengan rakan sekerja lelaki kau memang macam dah suami isteri . Tak kisah lah lelaki tu handsome ke , huduh ke , pendek ke , sure si boyfriend or suami jealous . Sebab bagi most of the lelaki , bagi dieorang :

" Kalau dah nama lelaki . Asal ayat power , Lisa Surirumah pun aku dapat pikat! "

If you really want have a great relationship , friendship , marriage , then tell everything . Sometimes , you need turn a serious things into a laugh . But don't forget to built up the trust . Kepercayaan dan kesetiaan adalah yang paling penting sebab bila dah lepas kahwin nanti .

**********

Bila satu hubungan percintaan jarak jauh tu putus , orang akan blame LDR . But bila sepasang kekasih yang tak buat LDR , tapi putus di tengah jalan , kita akan blame orang ketiga . Why?


Bila cerita pasal LDR , ada yang berjaya dan ada yang tak berjaya . Dan ianya bergantung kepada individu . Bergantung kepada diri masing-masing . Bolehkah kita tahan dengan rindu-rindu dendam ? Bolehkah kita tahan dengan perasaan jealous kita kalau nampak laki kita berfacebook dengan rakan sekerja ?

Actually , banyak je LDR yang gagal . Tapi macam mana yang bukan buat LDR ? Look at around you , dieorang buat LDR juga ? Nope kan . They are seeing each other for almost everyday , having dates on every weekends but still , failed . Who's to blame then ? No one . Maybe , selepas dah penat korang mencuba dan ianya tetap berakhir dengan kegagalan , well maybe itu petanda yang anda tak ada jodoh .

LDR definitely adalah hubungan yang paling susah untuk dijayakan . Ianya tak mustahil . Ianya cuma rumit . Rumit bersama kegagalan yang tinggi . So , prepare yourself . And start praying , human .

***********

Before ni , aku ade tengok satu video yang mana , video seorang remaja Malaysia umur 19 tahun yang dilamar oleh seorang jejaka yang dia tak kenal . Nanti aku cari balik and postkan kat entry yang baru ! Well , mungkin jodoh boleh datang bergolek . Tapi hanya untuk orang yang tertentu je . So , tingkatkan lah ketakwaan kita , si gadis . Berusaha menjadi yang terbaik dan percomelkan lah diri kita ! Hoyeayh !!

cer tengok video ni jugak ! . video yang ni pon sweet jugak ! do watch this . ! Okay lah . Ketemu lagi ya ! Papai .. !!

17 December 2011

UNTUNGNYA ISTERI TAK CANTIK !

Hullahup !
Olla lelaki monchett dan perempuan perot memboyot sekalian . ! Haix3 !
Malam ni aku nak buat entry mengenai kelebihan beristeri or berawek or berbini kan perempuan kurang cantik (ayat sopan gitu.. ahaks ! ) . Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana ya sebab aku pun tak cantik ! Hikhik . Tapi aku nak memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan kekal bahagia hingga akhir nyawa ! chewwah ! ;D

Isteri anda kurang cantik?  
Atau dalam bahasa kurang ajar plus biadap , HODOH ? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia . Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan . Malah , ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik . (pon menjadi masalah apabila dah dapat isteri yang cun - melencun ni)

Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun , tapi bercerai juga kan . Dari segi wajah , penampilan , karier , wang . Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut ? ( Maya Karin , Nora Danish , etc ) Mungkin kurang didikan agama je . Hehehe !


*****************************

Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik: 

KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal . Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan . Bersolek sekadar seadanya . Pakai bedak yang biasa-biasa saja NO MAC ,STAGE , ESTEE LAUDER ! Sangat -sangat menjimatkan untuk si suami . Kos fitness , diet menguruskan badan , sedut lemak or liposuction , menghilangkan selulit , buat rambut , kaler rambut , perm bagai sampai macam rosmah mansor tu , pakaian branded , dan macam-macam lagi . Mahal tu ! Cer dapat isteri yang tak or kurang cantik , memang tak de makna dorang nak layan semua ni . Except isteri yang tak cantik tapi perasan cantik dan akhirnya , menghuduhkan keadaan !

LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil . Isteri yang kurang cantik ni pun akan sedar diri dia so memang isteri anda akan setia bersama anda hingga hujung nyawa ! Ecece ! Then kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza , tidak akan ada yang “pewit” . Tidak ada yang kenyit-kenyit mata , minta nombor henpon , e-mail , facebook , dan sebagainya . Err.. Blog ? haha ! Lagi la tak der hokek ! Ape kejadahnya pulaks an ? ;D

RAJIN BEKERJA 
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar , terkena cahaya matahari , tangannya tebal , dan sebagainya . Orang cantik risau kalau mop lantai , apalagi kalau membersihkan halaman rumah . Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri , semua hantar ke kedai dobi . (Lelaki , sedar tak , habes duit awak di situ !) Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras . Semua kerja rumah , housekeeping , biasanya diuruskan dengan baik . Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik , malas kerja , tapi suka melawan pulak . Haish ! Berapi bontot lu beb ! haha

LEBIH TAAT 
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik , kaya , terkenal , terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga” . Queen control ! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin . Bajet bagus la katekann ! Upss.. Dan korang sebagai lelaki dan ketua keluarga , mesti sayangkan rumah tangga korang kan . Dah berhabis beratus-ratus ribu sebab isteri minta hantaran mahal , wedding nak grand , takkan atlast korang nak ceraikan kan ? Dah banyak melabur kot ! No , no , no . Mesti korang terniat nak cari lain kan ? (hokek , ni kang ter'melalut bab lain pulaks ! Stop !)

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan . Tak ada fikiran untuk berpisah . Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan . Eh , nape aku asyik kaitkan artis je ni ? Orang lain bercerai jugak ! Tapi disebabkan artis , you alls ni kan public figure , what so ever yang korang buat , public nak ambik tahu jugak ! Lelagi orang melayu , suke busybody ! Kalau body cun tak pe la ! Opss ! Teeett !

*****************************

Walau apa pun jua guys , suami pun penting okay . Jangan ada hati nak melihat isteri cantik , menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak . Heheh.. Serabai dan sebagainya lah . Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda . Alahai cik abang oi , awak tu da la tak kacak ,kaki buaya lagi tu , ada hati nak menggatal lagi ! Be grateful for what you have . Always appreciate what so ever you had . Dont be greedy-gedek-gedek ! (Haih , mula la melalut ke laut lagi!)

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik . Biar cantik , sekci , mekci , vogue dan lain-lain istilah yang se'link dengannya lah , di mata suami ya .

Err.. Ada bantahan ? Pasni nak taruk entry 'Kelebihan Suami Tak Hensem?' . Baru la fair and square ye tak ?  ;-p

Yo Soy Betty La Fea

Pesanan ikhlas : Sesunguhnya kecantikkan sejati itu ada pada hati budi dan tingkah laku serta budi pekerti seseorang wanita itu . Peace ! (Y)

BETUL KE DIA SUKA AKU ?

Olla !

Sekarang ni kan .. rase macam best je nak taip-taip panjang berjuntai kat belog aku nih .. bukan tak de keje , ade banyak hal sebenarnye tapi , entah la .. mcam tak de keje je aku nih .. ( eh , kenape la aku cakap berbelit-belit ni , hilang akal ape ? ) giler dah mai dah .. hokek , since laki aku  da masuk tido tu , beloy ler nak ngadap belog lame-lame  ! hihi , cam da kawen betul-betul pulaks ! hikhik malu* ;)
ala.. biar la .. laki itew ! bukan laki awok ! sibok ! ;D

Malam-malam buta ni nak cite pasal
'BETUL KE DIA SUKA AKU?'

Aku nak cakap cenggini , eh cenggitu , eh ape-ape lah aku nak bebel sekali pon , sebab aku ada pengalaman pasal ni dan aku dah alami ! Suka hati la nak cakap perasan ke hape , aku tak ambik port pasal mulut orang ! Aku tahu sapa aku , sapa dia dan sapa kami ! pasal orang lain even sedare ke hape , eh..hape pon ko nak cakap ? pegi mati la ..maaf , aku tak hadap ape ko nak cakap tuh .. laki aku , aku yang peyuk nanti , suke hati aku dan dia la nak cemmane pon .. blueekk !

* HOI .. NAK BEBEL KE NAK CITE PASAL ENTRY NI ? hihi .. ok2 , back to point yea ! :)



Hello overemo girls and boys ,

Well ,aku ni as a girl , women and so on lah kan .. honestly suke sebenarnye kene tegur or marah siket-siket dengan lelaki ni . Bukan ape , bile kene sound or marah tu , buat kite yang perempuan ni realize diri kita yang sebenar . Kita selalu fikir ego lelaki , tapi sebenarnya perempuan pon selalu ego , yang mana ada ketika tu , membuatkan lelaki beralah ! Oh my bushuk , kecian yu kan b ! hihi

Dan dah sememangnye saudara , geng-geng , besties , kawan-kawan aku ramai perempuan , so aku memang masak sangat dengan perempuan ni . Dan korang tahu lah perempuan ni . Sikit-sikit nak eww-eww . Sikit-sikit nak eww eww . Mengada-ngada betul  kan . Nasib baik comel ! (aku la tuh ! haha . perasan jap !)

Well , kesian betul kan bila aku tengok ramai awek-awek comel di luar sana asyik kena dump dengan lelaki penipu . Berkali-kali kena dump gedebuk ,- gedebik gitu ! aww ! haha . Sebab tu lah aku tak support couple-couple ni sangat sebab kebanyakkan lelaki ni buaya ! auumm!!!  Tapi aku tak pernah kata couple ni haram atau apa . Cuma , jangan couple dengan lelaki yang korang baru jumpa beberapa bulan . Sebab korang sure end up dengan heartbroken . Tapi kes aku sendiri lain sebab mula-mula ingatkan nak memain je , die pon cam tu , nak memain gak , sekali da jatuh cintan dengan mamat ni , alamak ! terus sangkut ! haha

Apa pun gadis comel sekalian ye . Jangan risau kalau balak korang tinggalkan korang . Ramai lagi lelaki yang baik sebenarnya kat dunia ni . Dunia ni kan luas . Tapi ramai lelaki baik da pupus sebab yang baik tu , memang la tak kejam dan tak permainkan hati wanita tapi mereka GAY ! Oh , no peliss !!

So , memandangkan aku hari ni baik hati sebab tak de gaduh dengan laki aku , mood aku jadi baik so aku nak bagi tahu sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betul-betul suka kat perempuan tersebut . Oh , ni bedasarkan pengalaman sweet , sour , bitter , segala macam la aku di zaman muda - mudi ! ( eh , da tua ke sekarang? ) wee  !!


ops , kebanyakkan ye .. tapi bukan semua ! My chenonet bukan penipu okay ! teett !

Dengan kata lain, lelaki tu suka kat korang kalau...

Perangai dia berubah bila bersama dengan korang . 
Pernah tak korang jumpa lelaki yang garang gila . Bila lepak dengan member , pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak . Rambut pulak tak kalah nak style punk je . Tapi bila dengan gadis yang dia sayang , dia jadi lembutttt sangat . Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa . Suara pun romantik je bila tengah gayut .Kalau mak dia dengar pon , mak dia sampai tak mengaku anak la , nak membayangkan betapa lemah gemalainya anak jantan dia tu ! haa..hambek !


Lelaki macam ni memang taste perempuan suka . Ah , tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea . Bullshit je semua tu . Girls zaman sekarang suka lelaki yang muka jahat atau naughty-naughty siket . Perangai jahat . Tapi baik . Err i mean , iyalah , lelaki tu pakai baju koyak rabak . Rambut serabai-serabai siket . Baju seluar semua hitam . Tapi tolong nenek tua lintas jalan . Perh, confirm cair perempuan tengok . Tapi kekadang , jantan cenggini tak leh pakai jugak , kuat menipu jugak ,dan ramai awek jugak ! Sebabkan perangai slumber badak dia , perempuan suka ! Be careful , Girls !


Dia marah gila-gila , tapi bila korang pujuk , mudah je dia hilang marah .
Lelaki memang sukakan benda-benda cantik . Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse . Dan tak lupa juga perempuan . Lelaki memang sukakan perempuan cantik . Dan comel . Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan ? Apa yang aku maksudkan di sini adalah kemampuan seorang perempuan . Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk je bila tengok . Dan ada certain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda . Dengan kata lain , kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia memang ada wink-wink dengan korang . Anda janagn nak perasan ke ape , tp ni memang hakikat ye mak cik !

Sebagai contoh ,we olls girls lah . Kita emo gila babeng la kan . Mungkin emo sebab kena marah atau sebab kena tinggal dalam mall atau apa-apa je lah . Mesti di saat tu anda inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk anda kan ? Actually bukan ada apa pun . Emo anda tu bila-bila je boleh hilang . Tapi still anda nak lelaki yang anda suka tu pujuk kan ?

Mengada-ngada! Gedik ! ( aku xde la sampa cenggitu de . tu bukan gedik da tapi menyusahkan hidup orang ! ni ape yang aku nampak dengan mata kepala sendiri la kan.. )


Bila lelaki luangkan masa dengan korang. 


Korang tahu tak betapa specialnya korang kalau ada lelaki pause game semata-mata kerana korang ? KORANG TAU TAK ? God... seriously korang kena sedar nak-nak bila lelaki tu tengah main game online . Lelaki kalau dia gilakan game , dia memang akan utamakan game . Tapi once dia utamakan korang , maknanya dia utamakan korang dari game ? It's a big deal ! Seriously babe !

Dan biasanya , kalau lelaki tu suka kat korang , dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk korang . Tak kira lah situasi apa sekalipun , dia mesti akan ada masa untuk korang ye tak ? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan ? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak ada masa langsung untuk anda, itu maksudnya anda dalam bahaya dan mungkin anda dah membosankan dia . Tapi alhamdulillah sangat-sangat la .. aku bersyukur sangat-sangap sebab boipren aku selalu la tersangat sms , call aku . Aku ni flexible type , kalau nk sms , aku on , tak nak sms pun aku on je . Boypren aku pulak nak kami berkepit je ! Aku on plus suke giler ! Kalau lambat reply , dia terus call ! Bahagia sangat-sangat hokek !
p/s : Untuk sesiapa yang ada rase dengki or iri hati tu , peliss sangat ! Jangan nak dengki or jeless sangat ye sebab kami akan terus berkepit dan mengepit dengan semakin erat ! blueekk  ! ;p


Bila lelaki tu perasan akan benda-benda yang paling kecil yang korang ada / buat . 
Kadang kadang , lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia , si lelaki bukan dengar sangat pun apa yang si perempuan tu cakap . Kadang-kadang lelaki romantik ni hanya akan tengok gelagat awek dia , cara dia bercakap dan sebagainya la . Kalau bergayut pula , dia lagi suka dengar awek dia bebel . Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia ketawa bila dia ketawa . Kelakar doe . Kelakar dan comel . Dan sweet . Dan macam-macam perasaan lagi la ! Kadang-kadang tu , terasa sekalipun tengah admit kat sepital Tanjung Rambutan , korang akan tetap rasa bahagia sebab yes , sangat-sangat bahagia ! :)


So, apa yang lelaki akan perasan ? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap . Lelaki akan perasan bila masa biasanya si gadis akan ketawa . Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat . Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat . Dan most of the time , lelaki akan perasan si gadis punya nada . Actually lelaki romantik je yang perasan , da tak semua lelaki boley perasan bende-bende cenggini . Biasalah , romantik kan . Lelaki melayu kan romantik .


Dia mula kenalkan korang dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common . Aku nak cerita pun malas . Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia , tu ada beberapa maksud. First , itu bermaksud dia nak cakap "Oi kawan-kawan, tengok ah sini . Walaupun aku huduh , tapi awek aku comelllll . Tak macam korang , muka handsome . Tapi awek tak der gak . Dan maksud yang ke dua adalah... Wait , why the hell bila lelaki kenalkan awek dia kat kawan-kawan dia bermaksud lelaki tu serious ?

Yes , dia akan kenalkan korang kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan . Dan kalau boleh , lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek . So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia . Dan pada masa yang sama , lelaki tak nak si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki . Dia nak jugak send time dengan kawan-kawan dia . Bab n kene bagi open , sebab bila kita trust boypren kita , kita tak der nak control dia sangat da plus kita sendiri da tau dengan sape dia nak lepak tu kan .  TQ pak cik hilmi ! ;)


Well, korang boleh tanya kawan dia.
Korang boleh menyamar sebagai bekas kawan sekolah bf korang then korang tanya la kawan baik dia . Most of kawan lelaki akan tahu samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak . Tapi lelaki biasanya tak ceritakan siapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia , ada tapi jarang la . Tapi , kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not , kan ? So , korang boleh susun langkah track your boy .Believe me , it's work girls !


Bila korang lari, lelaki tu akan kejar.


Lelaki mudah bosan . Iya . Kadang-kadang , dia rasa nak main game je memanjang . Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia . Tapi once dia habis main that game , dia akan mula tercari-cari awek dia . Then bila awek dia ignore , perh , lagi la si lelaki rasa nak cari . Macam aku , bile dia sibuk sangat dengan game , aku tido ! Bila dia cari aku lik , aku da berdengkur ! Even da tawen nanti pun , aku nak buat cenggini ! Biar dia tak berani nusyuz dengan aku or erti kata lain , menolak kemahuan ku , chewah !! Tapi , betul la .. semakin perempuan lari , semakin kuat lah si lelaki kejar . Well, aku pernah tonton sebuah movie di Diva . Tajuk citer tu adalah Play The Game . Antara quote dalam movie tu adalah
"Love , you either know it when you meet her , or when you lose her ." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl , dia biasanya akan rasa gelabah . Masa ni lah korang boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik . Fun thing yang lelaki biasanya tak boleh buat kat semua perempuan ! Hanya kamu je dapat ! :)


Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aku maksudkan di sini adalah pergaulan korang . Tak adanya kalau korang bercouple , si lelaki usap-usap tangan korang sambil bayangkan benda bukan-bukan . Dan tak adanya lelaki tu pandang punggung korang sambil meleleh air liur . Okay fine memang ada . Tapi lelaki macam tu mostly kejar seks semata-mata . Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him . Ni seyesly based on my experiences la .

Tapi cuba you all fikir balik . Andai kata korang sayangkan satu benda , korang nak jaga elok-elok tak ? Macam entry yang before ni yang aku story pasal kerete kalau korang sayang kerete tu kan ! Kalau aku lah kan jadi lelaki  , kalau aku jumpa seorang awek comel , bertudung litup , muka suci then pakai baju kurung setiap hari cam Ana Rafali tu kan , aku rasa macam nak culik dia dan sorok dalam almari . Iyelah . Dia tu comel . Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia ? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy ? Mesti rosak that girl kan ? See , so you guys lelaki , peliss jaga girls korang baik-baik and respect them ! Takkan lari gunung dikejar ! Kalau memang dah tertulis dari luh mahfuz untuk korang , janagn la nak risau ape-ape okay !


Tapi korang kena ingatvye girls ! Lelaki ni pandai menipu . Perempuan pula tak berapa nak pandai . Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak . End up masuk bilik gak . Avoid lah !

Yes , most of perempuan tahu yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kahwin . Tapi korang kena ingat . Lelaki pun tahu yang perempuan tahu . So , bila-bila masa je lelaki boleh ajak perempuan tu kahwin dan berpura-pura serious . Then bila perempuan setuju dan happy gila , si lelaki dengan bijaknya akan berkata "You yo u. Kita akan kahwin nanti kan . So , apa kata you buktikan cinta you kat I . Malam ni check in hotel jom ?" Jeng , Jeng , Jeng !!

Eh , jangan terkejut kalau aku kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu . Sangat-sangat bersepah !

Dan , conclusionnya , yes , seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan kau kalau dia buat benda-benda di atas . Persoalannya , lama mana dia akan suka kat kau ? Aku belum pernah jumpa lelaki yang setia pada cinta hingga akhir hayat ! Demi Allah , belum ada mana-mana lelaki yang aku banggakan .

SUKA - MINAT - SAYANG - CINTA
Bezakan antaranya , namun hati-hati dengan CINTA , ia mampu menjadi benci dan dendam yang maha dahsyat . 

Ya Allah , moga cinta aku dan dia diberkatiMu dan satukanlah kami andai kami ditakdirkan bersama . Amin .


16 December 2011

KENAPA LELAKI BEGITU DAN JUGA BEGINI ? OHH LELAKI !

Olla .. best jugak bile taw ade stalker setia ! heyyo .. awak stalker ! ;D




eh , jap .. aku buat entry ni bukan untuk tuju kat sesape .. lagipon , ni la satu-satunye tempat aku nak cakap ape je aku suke hokek ! Since ramai yg tak tahu blog aku nih .. aku nak taip je ape aku suke ,ape je aku nak story , kalau kau cakap aku 'syok sendiri' kann and kau tak suke la kann , ko pegi click kat sign 'X' atas tuh .. jangan bace ! Mak hokey je ! aw !


First of all , ceh-ceh .  Jap lagi datang la giler aku nih ! hihi ! Actually , it feels really good bila aku ada laptop sendiri untuk menulis , tak der nak pinjam orang punye or pegi cc ke hape . Apa pun , harap-harap laptop ni tak buat hal lagi ye , sebab rasenye tahun ni je da 3 kali format ! tu la kedekut tak nak pasang anti - virus ! sape yang kaya raya , bak mai siket duit ! Teee *

Kenapa ada sesetengah lelaki , yang taknak bagi tau girlfriend dia the truth yang dia dah bosan dengan girl dia tuh , fed up , muak dengan girlfriend dia and he wants to move on with someone else ?
Lelaki tu pilih awek berambut karat berbanding girl yang berambut tak karat ? Dan kenapa perempuan tu karatkan rambut dia ? Apa dia ingat kalau dia buat rambut karat, dia boleh dapat muka macam sys Hamis Jalikha? Eww pelissh hokek . No way ! No enrty ! ahaks ! Sys Hamis Jalikha kalau rambut karat sampai putih pun lawa okay . Sebab dia kacukan . Korang ? Korang kacukan ke ? Mana adaaa . Sebab tu la tak lawa pon pompuan-pompuan yang pelik2 ni gatal nak g karatkan rambut ! Da la buat lagi huduh , berdosa lagi tu . haiyoo.. !


Lagi pun, cer tengok sys Lisa surihani tu . Mana main kaler-kaler rambut ye tak ? Kaler-kaler rambut tu dah ketinggalan zaman ah . Sekarang zaman dah maju . Dunia dah berubah . Zaman sekarang semua main rambut hitam . Baru nampak so neutral !



So , berbalik kepada soalan , kenapa lelaki suka curang instead memberitahu yang dia dah fedup dengan si gadis ? Actually , ye ke yang lelaki tu dah bosan dan fed up ? Well , bukan la nak cakap aku ni expert pasal lelaki ke ape , but dengan pengalaman aku da kenal ramai sangat lelaki ni , bagi aku lelaki tu mungkin takut dan tamak .

Takut ?
Certain lelaki amat takut untuk bagi tahu yang dia curang . Why ? Sebab dia takut kot-kot dia dah buat pilihan yang silap apabila mula curang . Dengan kata lain , lelaki curang untuk 'Try and Error' . Dia curang (try) . Bila rasa tak tak boleh bertahan (error) , dia blah . Easy concept . Faham kan ! Tapi banyak kebodohan dan kedunguan lelaki ditonjolkan di sini ! sebab ? Most of lelaki ni la kan , dorang akan menyesal bile dorang rase (error) tu is the right thing ! Dan mase tu nak nyesal pon , eh .. haremm la nak nanges ke ape sebab girl tu mesti da maki , reject , etc korang giler2 ! Padan la muke ! sob2 !

Tamak.
Bayangkan yang anda adalah seorang lelaki . Di hadapan anda ada dua orang awek . Sorang yang alim , yang baik , yang sopan santun . Dan sorang yang liar , seksi dan menggoda . So, korang nak pilih mana satu ? Well , kalau boleh ngap dua-dua , kenapa nak buang satu ? HAHA . Mesti kat kepala hotak korang nak awek yang seksi meksi , tayang lemak sane - sini kann ! Baru korg ley bangge jalan dengan awek tu .. Tapi kalau nak tnggalkan yang alim , baik , sopan santun ni pulak , sayang giler kot ! Tu la calon bini nak bawak balik kampung , tayang kat mak bapak korang ! Takkan nak tayang awek yang terjojol t*t*k kat mak bapak ! Sumpah , memang korang kene rembat dengan penyapu punye la ! hahaahha !! That is why lah kenapa lelaki curang dan pasang dua . Am I right ? ;)



How is it possible that someone yang Solat penuh lima waktu , do such things as check in into hotel , ringan-ringan , geli-geli dan bermacam-macam lagi ?
Sebenarnya , solat 5 waktu tak menjanjikan apa-apa (kalau solat tak sempurna bab Mak Cik Senot-Senah cakap kann.. ) Ustaz pun ada yang merogol , meliwat . Pelajar tahfiz pun ada yang melanjurkan diri ke arah ketelanjuran . Cikgu agama pun ada yang molest . Ustazah dan ustaz dok beromen . Dan Kelantan , negeri paling islam di malaysia , mempunyai pesakit HIV dan AIDS paling tinggi bilangannya di Malaysia . So what upp ?


Korang kena ingat satu benda . Jari telunjuk adalah ilmu . Dan jari tengah adalah nafsu . Kalau korang tengok balik , jari tengah akan sentiasa lebih panjang dari jari telunjuk . Maksudnya , even korang belajar sampai ke tahap ustaz sekalipun , nafsu adalah sesuatu benda yang amat-amat bahaya . Sebab tu la aku cakap , solat atau tak , puasa atau tak , taat ibu bapa atau tak , ianya tidak menjanjikan apa-apa pun , percayalah . Aku pernah tengok sendiri orang-orang yang pelik . Ada orang yang tak pernah solat , tetapi puasa tak pernah tinggal . Ada orang yang tak pernah tinggal solat tetapi hari-hari pergi club .Haih , manusia kan .. macam-macam ragam ! Gitu lah gamaknya manusia ..




Sebab tu lah orang kata berkahwin itu umpama menyempurnakan agama . Supaya kita boleh fight all of those nafsu . Tapi nak buat macam mana . Nak kahwin je , mintak hantaran tinggi-tinggi . Pastu masak tak reti ( eh , aku reti yer ! hihi ) . Pastu tanggalkan stoken suami tak mahu . Macam mana nak kahwin ? Then masa nak kahwin , make up pulak tebal nak mampus . NI TAK MENTION TOK SEMUA PEREMPUAN HOKEK ! OKAY FINE , terubah topik .


Tapi seriously ah , aku rasa tak ada kot orang nak bernikah dengan perempuan rosak . Contohnya, Maria Ozawa la . Kalau korang di beri peluang untuk kahwin dengan sesiapa sahaja adakah korang akan pick Maria Ozawa ? Or top Vietnam model , Elly Tran Ha ? Okay fine Elly Tran Ha tu ada kot ( Member aku nak . Eww) . Tapi realitynya , tak ada kot . Kecuali la engkau tu memang lelaki tahap setan , sanggup la kot .. tapi aku percaya mana- mana lelaki kat dunia ni , mesti nak perempuan suci untuk buat isteri !


Why lelaki, suka suruh girlfriend dia tutup aurat, pakai sopan-sopan, tapi dia pergi menggatal dengan awek yang free hair, seksi?


The issue nya sekarang ni , aku rasa lelaki tu terperangkap antara nafsu dan long term planning doe . Biasa lah , darah muda la katakan . Sekali awek hot tackle , sure cair .  Dan bila dia tengok perempuan blond yang hot dan seksi tu , aku bet yang dia nampak adalah nafsu . Dan bila dia tengok awek dia , apa yang dia nampak adalah 'future wife' . Dan bila dia fikir-fikir balik "Hmmm. future wife ni lambat lagi kalau nak naughty-naughty pun . Tapi kalau awek blond ni , bila-bila masa boleh" . Actually tak semua perempuan seksi dan tak tutup aurat tu adalah liar . Tapi dalam kes ni , siap dah check in hotel . So faham-faham la ye .

Actually kan , ada certain lelaki ni dia suka tau kalau ada lelaki lain pandang awek dia sambil cakap "Weh, seksi gila awek kau. Badan dia, perh" . Then lelaki tu sure rasa bangga bila kawan-kawan dia bercakap pasal body awek dia . Ya , ewww . Aku tak faham kenapa ada certain lelaki boleh share-share cakap pasal part-part badan awek dia dengan lelaki lain . Dan rasanya tentu sekali dia tak nak jadikan awek dia tu sebagai wife dia . Lagi pun , no way lah korang (boys) nak lelaki lain usha dan fikir yang bukan-bukan pasal yang calon isteri korang kan ? Dan yes , most of lelaki , dia akan cari gadis yang baik untuk di jadikan calon isteri . Yang liar dan entah apa-apa tu , hanya di jadikan stok dan bahan simpanan je . Tapi yang tak adil untuk perempuan baik , bila dapat suami yang jahat ! Sakit hati kan ? 

Bytheway , sejujurnya nasihat aku , past is past , terima dia seadanya asalkan dia tak ulangi lagi . Ubah dia .. Sayangi kebaikan dan cintai keburukan dia , insya Allah . Ni la yang aku buat . Tapi kalau da tertulis memang tak ditakdirkan untuk bersama dengan dia , redha je la . Percayalah , Allah tu memberikan apa yang kita perlu , bukan kita mahu !


 
Lagi pun, korang bayangkan ye , korang ada seorang awek yang baik gila babeng la kann . Nak ke korang rosakkan ? Mesti korang nak jaga elok-elok kan ? Konsepnya sama je . For example , korang ada kereta . Kereta korang lawa . Then superb . Korang beli mahal gila . Di sebabkan mahal , korang jaga la elok-elok kan ? Sanggup ke korang kotorkan kereta tu ? Sanggup ke korang drive guna kereta tu di kawasan berlubang-lubang sampai rosak ? Mesti tak sanggup kan? So , instead dari merosakkan calon bakal isteri sendiri , baik rosakkan bakal bini orang lain ye tak ? Hoih , jahatnye aku , macam menghasut lelaki jadi jahat lak ! haha ! See lelaki ni pandai sebenarnya . Ehem . Mr , Affrizal , peliss take note ! take note the right and good things ye !


*********************


Well , dalam dunia ni ada bermacam kes pasal lovey dovey ni . Ada yang begitu , dan ada yang begini . Tapi, aku rasa dalam banyak-banyak tu , mesti ada yang nak menuju ke alam perkahwinan kan ? Sebab aku pun cenggitu !

Well , kahwin ni seronok sebenarnya . Kadang-kadang gaduh manja . Kadang-kadang gurau-gurau kasar . Kadang-kadang suami yang merajuk . Kadang-kadang isteri yang pujuk . Bestnya , even belum kawin , bile aku gaduh dgn dia , dia pujuk je , tu pun da rase syok giler ! Guys , berkahwin adalah sesuatu stage dimana kita dah di satu tahap yang berkeinginan untuk hidup dengan pasangan kita untuk satu jangka masa yang amat panjang . Contohnya, aku nak hidup dengan seorang lelaki yang aku tak akan pernah rasa bosan untuk bersama . 

Ya , antara sebab aku berkahwin adalah sebab aku nak bersama dengan boy yang aku suka for the rest of my life . My whole life . Bangun pagi nampak muka si dia , terukir senyuman indah , ecece ! Masuk tidur pun , nampak muka si dia dan senyuman indah itu tetap terukir . Tak akan pernah rasa bosan .
And... yeah . Saya romantik siket kan ? Sila jangan terpikat ! Teeettt *




p/s : I DO LOVE U OKEY ! xoxo


14 December 2011

ADAT VS AGAMA ? TUNANG PLUS TAWEN !

Olla adat lovers .

Aku da lame nak cakap pasal ni .. teringat nak wat entry citer pasai nie ..

"Mari Memangkah Adat-adat Melayu yang Merapu."
GILER ! ops , hihi .. entry ini bakal di benci oleh Persatuan Ibu Kandung & Ibu Tunggal Malaysia ! oo , pasti tu !! Why ? Iye la.. sebab aku bet diorang nak sangat mengutamakan adat lebih-lebih lagi bila masuk bab perkahwinan . Mana tak nye , bila si ibu dapat tahu yang si anak perempuan dah nak kahwin , terus tak senang duduk macam dia nak kahwin . hihi .. itu la deh perangai ibu ! Nak sediakan pelamin lah , bunga tu lah bunga ni lah , kain lace bagai  sume ! But somehow , ada certain adat adalah bertentangan dengan Islam . Sama ada bertentang di sebabkan syirik atau membazir .Itu klaw perasan la kann ..

And that is the problem . Stiap kali kita nk bgtawu yang adat-adat tu semua bertentangan dengan Islam , sure lah akan ada makcik-makcik yang berkata :

" Dah dari dulu sampai sekarang orang buat macam ni . Kita ikut je lah . Beradab lah sikit . Ape pulak tetamu cakap nanti ? "

Euuwww . Bila kita sebut adat , masing-masing mesti cakap "Ikut dari orang yang terdahulu" . Well , for what ? Adat-adat di Malaysia dah bercampur-campur . Ada yang dari hindu , dari bangla , dari jawa dan dari ciptaan sendiri pun ada . Aiyyoyo aroyo ! hehee

Bertunang

Ape nak cite yer ? Well , mari kita mulakan dari bab yang lebih ringan . Adat bertunang . Adat okay , not adab . Dalam Islam , ada je adab bertunang . Adab bertunang yang ada dalam Islam termasuklah ' Cara Pergaulan dan Tempoh Pertunangan ' . Tapi dalam orang melayu malaya ni , akan ada satu benda baru yang di panggil Adat Bertunang . Where the fcuk datangnya Adat Bertunang ? Yeah , datang dari makcik-makcik yang nak utamakan adat dari agama . Thank you makcik , yang untung perempuan la .. dapat cincin extra ! yeha !! haha ;D

Adat Resam Bertunang Melayu
  • Pertunangan mesti (Wajib) melalui keluarga.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada cincin.
  • Pertunangan mesti (Wajib) ada hantaran pertunangan.
Actually , kalau nak bertunang tak perlu melalui keluarga pun tak apa . Bertunang adalah perjanjian antara lelaki dan perempuan yang berjanji akan berkahwin . Once lelaki dan perempuan berjanji untuk berkahwin , itu dah dikira bertunang dah pon . So deal through the fon pon suda boley dikira bertunang guys ! Segala majlis bla bla tu adalah sampingan je . Begitu gak dengan cincin ekcely . Tak perlu cincin bagai tu der . Dan hantaran pertunangan lagi lah tak perlu nak banyak-banyak . Kalau nak gunakan sebagai 'hadiah' , benda yang simple-simple pun dah cukup .

Then, how about berkahwin?


Berkahwin lagi lah bermasalah . Nak tahu tak kenapa orang zaman sekarang kahwin lambat ? Yaa , bukan sebab peraturan dan undang-undang , tetapi sebab 'ketakmampuan' . Jangan nak cakap undang-undang ya . Umur 18 dah boleh kahwin . Tapi sekarang ni , umo kite da bape da kot ? Umur 25 pun calon suami / isteri pun tak der lagi . Haih ! Kalau diikutkan dalam Islam , kahwin ni mudah . Masa belajar pun boleh kahwin . Setahun bekerja pun dah boleh kahwin . Tak der hal pun . Tapi kita sendiri yang menyusahkan keadaan . Contohnya , hantaran perkahwinan .

Hantaran Perkahwinan dan Mas Kahwin
Aku tak faham kenapa makcik-makcik suka sangat mintak hantaran yang mahal-mahal untuk anak perempuan dia ? Perlu ke mintak RM222'222 ? Or RM 66'666 ? What ? Nombor bertuah ? Okay now ramai da yang percayakan kepada nombor bertuah ? Nombor bertuah dan nombor cantik satu hal . Then datang pulak dengan empat , lima , enam angka . Macam mana la si lelaki nak kahwin macam ni ? Kesian lelaki - lelaki malaya ! hadoi ! Untuk bakal laki aku nanti , dont worry ye ! Ibu tak jual anak . hihi !

Hokek , kita sebagai Melayu yang miskin dan tak banyak duit , kita kena la berlagak konon kita ada banyak duit . Macam artis-artis Malaysia lah . Bila artis yang kaya nak kahwin , sibuk nak kasi nombor hantaran nak cantik-cantik . RM111'111 lah . RM99'999 lah . Last-last bercerai . Kenapa bercerai ? Sebab tak berkat .

Tahukah anda yang ada hadis pasal ni ?
Ni satu hadis ley selitkan dalam entry ni ..
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya". ( Riwayat Ahmad )
"Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah" ( Riwayat Abu Daud )

Ya , hadis dah diterangkan secara terang benderang . Tapi , adakah kita nak ikut kata-kata Nabi ? No rite ! Nabi tu zaman dulu . Apa barang iku t. Baik kita ikut mak cik-makcik yang mengutamakan adat berbanding agama ni . Bila ada adat , ramai orang suka . Bila ramai orang suka baru lah best . Allah tak suka pun tak apa . Iye tak ? haih ! Pelik -pelik je kita ni kan ?

Hantaran perkahwinan yang mahal-mahal yang cecah berbelas ribu-riban adalah shit . Masak tak pandai , tanggalkan stoken suami tak nak , ada hati nak mintak berbelas ribu riban .


Benda-benda macam ni la yang membuatkan orang tak mampu nak kahwin .Kahwin yang satu ni pun kemain serik dan buat kaum adam da semput , inikan nak berkahwin untuk ke dua , ketiga and ke-empat ? aiyoyo , lupekan je la niat tu .. lelaki oi , dapat kahwin untuk pertama pun da kira sangat - sangat beruntung . Ada lelaki yang sekarang ni umur da 30-an , 40-an tapi still tak mampu nak kahwin . Jika awak berkahwin dalam usia muda , awak bertuah la lelaki ! ;)

Bersanding Bak Raja Sehari + Tepung Tawar + Merenjis

Orang akan kata

"Kamu bersanding sebab mengikut tradisi nenek moyang kita (Actually mengikut tradisi hindu) . Sebab tu lah bersanding macam Raja . Raja sehari la katakan . Alaa , ibarat Raja-raja zaman dulu"

Wait , mengikut tradisi zaman dulu yang meniru raja-raja zaman dulu ? Hello , raja zaman dulu ada gundik bagai hokek ! Gundik diaorang pulak perh , terbaik babe . Semua pakat muka macam amoi . Iya , amoi lah . Amoi yang putih dan gebu tu . Tapi kalau rasa raja sehari ada ke gundik-gundik ni ? Mana ada . Then korang tahu tak yang bersanding adalah bertentangan dengan Islam ? Ya , sebab ianya meniru upacara agama hindu plus , ianya menunjuk-nunjuk je pun . But then why still nak sanding-sanding ? Korang ingat best ke bersanding duduk atas kerusi tak buat apa-apa ? Nak korek hidung segan , nak bermanja dengan laki pun segan . Ya . Biasanya majlis perkahwinan di buat sehari selepas nikah . And korang ingat satu malam tu cukup ke si suami isteri nak berkenalan dengan lebih 'rapat' dan melakukan proses menghilangkan rasa malu ? Hokek .. tak cukup ye ! haha


And then what ? Tepung Tawar . Renjis-renjis air ? Untuk dapat berkat ? Really ? REALLY ke berkat tu deq non oi ? Seorang demi sorang mak cik naik atas pelamin sambil renjis-renjis dikira mengambil berkat ? Eh , no no no ye ! How can tabur-tabur beras or something dikira ambil berkat ? And that renjis-renjis things . What the hell is that . Well, itu semua adalah bertentangan dengan Islam . Sedar tak sedar korang dah membuat suatu perkara dan perbuatan yang di panggil Syirik . Berdosa pulak tu !

Dan macam yang dikata dalam hadis tadi , "Besar berkat nikah adalah bila sederhana belanjanya" . So , bila cakap bab sederhana ni , tak payah la nak demand karaoke-karaoke , silat-silat , kuda kepang , taekwando tu semua . Tu semua mengarut je . Ya, tak akan ada karaoke di majlis perkahwinan aku . (Tu pun kalau aku kahwin lah) . Kalau ada pun, band-band yang perform. And my hubby tu jangan harap ah nak karaoke ke ape nanti . Kalau nak terpekik terlolong , tunggu tengah malam nanti . Special punya kareoke dengan aku hokek . Mengada-ngada ! haha ;D

Make Up Tebal Nak Mampus.
Okay ini adalah off topik ekcely . Topik atas sume tu olah dari link - link agame yang aku usha . Tak berapa kena dengan entry tapi pernah tak sume nak  perasan kat pengantin perempuan ? Aku bet korang mesti perasan kan asal pergi kenduri kahwin je , mesti nampak si pengantin perempuan yang make up tebal nak mampus . Serious tebal . Umpama babydoll dah . Dan the issue is , lawa sangat ke macam tu ? Kenapa pak or mak andam untuk bakal pengantin semua sepesen ? Semua jenis suka make up tebal ? Adakah kerana mak andam tu syok sendiri ? Ataupun dia jealous sebab pengantin tu nak kahwin dan dia tak kahwin-kanwin lagi so dia kasi makeup tebal-tebal biar nampak huduh ?

Sedar tak diri kita nie , kenapa ramai pasangan suami isteri bercerai ? YA , KERANA MAK ANDAM . Mak Andam tu pi make upkan si pengantin macam badut . Then bila dah tangkap gambar , nampak la muka badut yang huduh tu daman gambar tersebut . Then gambar tu pulak kita pi gantung kat dinding dalam bilik . Setiap hari si suami terpaksa tengok . Bila tengok , rasa meluat . Sepatutnya , bila tengok rasa sejuk je perut . Tapi kalau dah meluat dan nak muntah tu , memang tak lama ah . So yeah , kalau rase sayangkan perkahwinan anda , tak payah susah-susah nak panggil mak andam make upkan . Selama ni kita bersolek sendiri-sendiri boleh je suami korang terpikat . Apasal tetiba nak suruh mak andam make up pesen badut ? Yes , kahwin nanti , make up sendiri je ye cik nazeera edora ! Jimat ! ;)

12 December 2011

ON MY WAY .. WRITING OUT MY HEART ..

My darling Affrizal ,


We have gone through many hard times together 10 months . We have been through the difficulties of our relationship and we even came to a point of almost losing each other because we got tired of each other's weaknesses and shortcomings , rite dear ?  :)

I thank God .! we were able to make things right between the two of us . We learned how to deal our differences in a proper way . We learned to listen to each other and we became sensitive to each other's needs .

Now look at the two of us , we are still here and getting stronger as time goes by .  We are enjoying each sinle second we being together and making each day special by showing our love and care in a very special way .
Sometimes , when I come to think of what we have been through before and how we have dealt our problems , I'm getting more appreciate of our truly love .

I cannot help myself but to laugh at it because we were like children fighting over petty things and made it such a very big deal until it blown out of proportion .

However , I am very thankful 'cause we have grown so much . We have become more mature in handling our faults and our shortcomings .

It would have been my greatest mistake if I did let you go and let go of our love .
I promise to continue to love you more each day .I love you b . Yes ! I do .. I do love you .. :)

HAPPY MONTHLYVERSARY SAYANG !




I love you with all of my heart, body ,and soul. You complete me. You make my life worth living. To have known you and to have loved you has been the most beautiful dream. I can only hope that I never wake up !